Jadilah Sahabat Kulaan...

SEWA

SEWA

TRIP

TRIP
PAKEJ TRIP KE KRABBI, HATYAI TERMURAH...

Friday 13 September 2013

Khairul Azwan Calon Naib Ketua Pemuda... @NajibRazak @ZambryAbdKadir @Khairykj @AzwanBro @tunfaisal




"Saya mewakili Pergerakan Pemuda UMNO /BN Negeri Perak menyokong keputusan mesyuarat Jemaah Menteri sebentar tadi untuk tidak meneruskan cadangan bagi melaksanakan sistem CCRIS oleh PTPTN dan Bank Negara. Ternyata kepimpinan kerajaan sekarang tetap mendengar suara dan pendapat rakyat, khasnya orang muda." - Azwanbro

"Hari ini sayap Pergerakan Pemuda UMNO telah mencapai usia 64 tahun. Bermula dari era Kapten Hussein Onn, kini legasi Sayap Pergerakan Pemuda UMNO diteruskan pula oleh YB Khairy Jamaluddin yang juga merupakan Menteri Belia Dan Sukan Malaysia. Telah banyak perubahan dan barisan kepimpinan yang lahir dari sayap Pergerakan Pemuda UMNO. Semoga Pergerakan Pemuda UMNO akan terus kritis serta progresif dalam menempuh peredaran zaman dan era politik tanah air." - Azwanbro

"Dalam sesebuah institusi kekeluargaan, persediaan menjadi ibu bapa adalah sangat penting. Kebolehupayaan mengawal emosi dan kemampuan untuk mendidik anak-anak adalah antara elemen wajib bagi ibu bapa dalam membentuk persekitaran positif bagi membesarkan anak-anak. Seperti kes ibu mendera anak nya baru-baru ini, walau apa jua alasan nya sebagai ibu bapa kekerasan yang melampau bukan lah cara yang terbaik mendidik anak-anak inikan pula sebagai cara untuk meluahkan perasaan marah. Mereka ini seharusnya diberi didikan kaunseling dan bimbingan psikiatri." - Azwanbro

"Sikap melulu wakil rakyat pembangkang yang memuat naik soalan lisan di laman sosial kerana kononnya mereka tidak diberi peluang bersuara di dalam dewan adalah sangat bersikap kebudak-budakan. Tidak semua soalan lisan diajukan dan jika dilihat di negeri yang dikuasai pembangkang situasi yang sama juga berlaku kepada wakil rakyat BN. Mereka harus faham prosedur perjalanan sidang DUN sebelum bertindak melulu." - Azwanbro

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The True Brothers

The True Brothers