Jadilah Sahabat Kulaan...

SEWA

SEWA

TRIP

TRIP
PAKEJ TRIP KE KRABBI, HATYAI TERMURAH...

Thursday 12 September 2013

Puaka Niring : Rasukan ‘Bambu Gila’ Di Kepulauan Maluku...


Kepulauan Maluku – Percayakah anda sebatang buluh mempunyai kuasa untuk bergerak secara sendirinya seolah-olah dirasuk oleh kuasa tertentu?

Benar atau tidak, tetapi itulah yang dapat disaksikan dalam acara mistik yang dinamakan sebagai Bambu Gila di sebuah perkampungan di sini.

Buluh 'gila' ini dibawa khas dari Gunung Gamalama, sebuah gunung berapi di Ternate, Utara Maluku yang dikatakan mempunyai semangat mistik paling kuat.

Seterusnya, tujuh lelaki paling gagah di perkampungan tersebut akan dipilih untuk mengawal pergerakan buluh yang telah dibersihkan dan disapu dengan minyak kelapa.

Menariknya, upacara yang dikendalikan oleh pawang tempatan itu memperlihatkan seolah-olah buluh tersebut bergerak sendiri dalam pautan kumpulan lelaki itu sebelum ia menjadi lebih berat dan semakin sukar dikawal.

Video upacara ini dapat disaksikan di laman YouTube dengan tajuk "Bambu Gila in Morella Village".

Walaupun sukar dipercayai kebenarannya, namun acara mistik ini berjaya menarik ribuan pelancong bukan sahaja dari seluruh Indonesia, malah juga negara lain.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The True Brothers

The True Brothers