Jadilah Sahabat Kulaan...

SEWA

SEWA

TRIP

TRIP
PAKEJ TRIP KE KRABBI, HATYAI TERMURAH...

Wednesday, 15 February 2012

Apa Kes Anwar Di"Sound" & Di"Warning" Pemuda Pas???...


Dewan pemuda PAS Malaysia (DPPM) menyokong pendirian majlis Syura Ulama PAS yang menggesa Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya menarik balik kenyataannya mengenai Israel baru-baru ini.

Naib Ketuanya, Dr. Raja Ahmad Al Hiss berkata, pihaknya juga bersetuju bahawa Pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) tersebut wajar menyaman Wall Street Journal (WSJ) sekiranya laporan tentang kenyataannya itu tidak tepat.

"Pendirian yang dikeluarkan oleh Majlis Syura Ulama PAS ini sememangnya amat ditunggu-tunggu oleh seluruh umat Islam bukan sahaja di negara ini malah dari seluruh pelusuk dunia."

"Pendirian Majlis Syura Ulama yang dinyatakan oleh Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat membuktikan PAS tidak sekali-kali menggadai prinsip perjuangannya serta mengenepikan sentimen politik demi mencari keredhaan Allah," katanya melalui satu kenyataan media.


Raja berkata, gesaan supaya Anwar menarik balik kenyataan itu juga menunjukkan PAS bersama gerakan Islam seluruh dunia bertegas tidak mengiktiraf mengiktiraf negara haram Israel.

Malah katanya, PAS sememangnya tidak pernah berkompromi dengan mana-mana individu atau organisasi dalam isu Palestin.

Ia kerana, kata beliau, Israel diwujudkan secara zalim dan haram dengan merampas hak rakyat Palestin hingga menyebabkan rakyat negara itu hidup menderita, dibunuh, diseksa, dipenjara dan diusir dari tanah tumpah mereka sejak berpuluh tahun.

Tegas beliau, penyelesaian dua negara yang dicadangkan oleh sesetengah pihak sebenarnya tidak pernah dipersetujui kerana ia sama sekali menindas rakyat Palestin.

Tambahnya, bangsa Yahudi Israel adalah suatu bangsa yang zalim dan tidak akan tunduk dengan keamanan sehingga orang Islam semuanya berkiblatkan mereka seperti yang difirmankan Allah.

Justeru, katanya, DPPM mengingatkan Anwar supaya menjaga sensitiviti umat Islam pada setiap masa kerana Isu Palestin begitu dekat di hati umat Islam dan mengguris hati rakyat Palestin bererti mengguris hati keseluruhan umat Islam.

2 comments:

  1. ini taktik mereka raih pengundi Islam ke bro?

    boleh jadi.


    tapi apa jua statement mereka, kita akan guna sedarkan umat Islam dan rakyat Malaysia.

    ReplyDelete
  2. biasa ler... dah stail puak2 PR... nak buat camner...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The True Brothers

The True Brothers