Jadilah Sahabat Kulaan...

SEWA

SEWA

TRIP

TRIP
PAKEJ TRIP KE KRABBI, HATYAI TERMURAH...

Thursday 16 February 2012

MB Perak @ZambryAbdKadir Harap Dapat Tambah Rumah Mesra Rakyat Untuk Rakyat Perak...

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berharap lebih banyak rumah mesra rakyat dibina oleh Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) di negeri ini, terutama untuk nelayan yang belum mempunyai rumah.

Zambry berkata, Kerajaan Negeri juga telah menyediakan beberapa tapak di Teluk Senangin, Segari, dekat sini, bagi membolehkan SPNB membina rumah mesra rakyat.

Menurutnya, harapan beliau adalah untuk melihat lebih banyak rumah seumpama itu dibina supaya ia dapat menjadi satu perkampungan tersusun di daerah Manjung.


“Adalah menjadi harapan Kerajaan Negeri untuk melihat sekurang-kurangnya 30 hingga 40 rumah mesra rakyat dibina oleh SPNB di Kampung Teluk Senangin bagi menempatkan golongan miskin tegar."

“Namun kita harap kawasan penempatan ini bukan hanya menjadi penempatan untuk nelayan sahaja, tetapi turut melibatkan semua golongan termiskin di Daerah Manjung,” katanya selepas menyerahkan kunci rumah mesra rakyat bernilai RM70,000 setiap satu kepada tujuh keluarga nelayan.

Hadir sama, Pengurus Besar SPNB, Datuk Dr Kamarul Rashdan Salleh dan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Manjung (MPM) Zamri Man.

Katanya yang juga Adun Pangkor, sebagai permulaan, nelayan muda yang baru membina keluarga perlu diberi peluang menyertai skim perumahan SPNB bagi mendapat kehidupan lebih selesa.

Sementara itu, Kamarul ketika ditemui berkata, SPNB merancang untuk membina 2,000 unit lagi rumah mesra rakyat di Perak pada tahun ini dan bermula Januari, setiap unit rumah berkenaan dibina dengan kos RM65,000 berbanding RM70,000 sebelum ini.

Menurutnya, kos berkenaan bersesuaian dengan kadar pembayaran untuk rumah mesra rakyat yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dalam Bajet 2012.

“Dalam Bajet 2012, kerajaan telah menetapkan setiap peserta skim perumahan mesra rakyat perlu membayar pinjaman RM45,000 secara ansuran selama 25 tahun, manakala RM20,000 adalah melalui bantuan subsidi."

“Bermakna, peserta skim berkenaan hanya perlu menjelaskan RM150 sebulan kepada pihak bank tanpa sebarang faedah dan SPNB juga telah menyediakan lima model baru untuk rumah mesra rakyat yang lebih luas, selesa serta dilengkapi dengan dua bilik air, juga dua bilik tidur,” katanya.

Katanya, sehingga kini SPNB telah membina 1,866 rumah mesra rakyat di serata Perak dan beliau menegaskan SPNB akan bekerjasama dengan Kerajaan Negeri untuk mengenal pasti kawasan yang sesuai bagi menjayakan program rumah mampu milik bernilai bawah RM100,000 seunit.

Menurut beliau, SPNB menyasarkan untuk membina 1,000 unit rumah mampu milik di Perak untuk tahun ini bagi menyahut seruan Menteri Kewangan II, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The True Brothers

The True Brothers