Jadilah Sahabat Kulaan...

SEWA

SEWA

TRIP

TRIP
PAKEJ TRIP KE KRABBI, HATYAI TERMURAH...

Monday 26 August 2013

Presiden MBM Salahkan @MBKPutrajaya Sebab Nak Bodek Presiden Perbadanan Putrajaya!!! @NajibRazak @Khairykj @TengkuAdnanReal @PutrajayaCorps


Hari ni gua baru dapat satu cerita pasal Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), si Maliki ni. Dikhabarkan beliau ada ditanya oleh Presiden Perbadanan Putrajaya, Tan Seri Aseh tentang keadaan belia-belia dalam Putrajaya. Korang tau apa respon si Maliki ni, dia kata dia tak boleh buat apa-apa sebab Majlis Belia Kawasan Putrajaya (MBKPj) tak memberi sokongan kepada MBM.

Apa maksud dia dengan MBKPj tidak memberi sokongan kepada beliau. Sokongan macam mana yang beliau maksudkan. Sokongan undi ka sokongan dari segi program dan aktiviti. Gua bertanya atas kapasiti gua sebagai belia Putrajaya yang terlibat secara langsung dengan MBKPj sejak dari penubuhannya sehingga sekarang. Berpuluh program dan aktiviti gua "involved" tak kira sama ada besar atau kecik. Gua juga pernah pergi mesyuarat peringkat Wilayah dan Kebangsaan.

Dia kaitkan MBKPj dengan memberi contoh MBKPj yang tidak memberi sokongan ketika program PM turun melawat ke Pasar Ramadan anjuran MBM. Eh! Gua nak tanya lu sikit la Maliki, lu turun untuk program tu ada inform dengan MBKPj dulu tak pasal program tu. Ada tak wakil si Maliki ni bermesyuarat dengan barisan kepimpinan MBKPj untuk bersama-sama menjayakan program PM melawat Pasar Ramadan. Ada tak? Jawapannya : MANA ADA.

Dah la masuk kampung orang main terjah jer lepas tu kutuk plak orang kampung. Lu tak ada adap ker. Lu pandai-pandai buat "arrangement" ngan Perbadanan Putrajaya, bila tak berjaya nak salahkan orang lain pulak. Sejak dari penubuhan MBKPj dari awal hingga ke hari ini cuba lu senaraikan apa sumbangan MBM kepada MBKPj dalam membantu bagi menjalankan sesuatu program atau aktiviti.


Selama ini MBKPj bergerak atas inisiatif dan daya usaha sendiri serta dibantu oleh Kementerian Belia Dan Sukan melalui Pejabat Belia Dan Sukan Kawasan Putrajaya (PBSKPj). Selebihnya MBKPj mencari sendiri dana untuk membuat sesuatu program atau aktiviti untuk belia dalam kawasan Putrajaya. Jasa dan sumbangan Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan melalui Pejabat Khidmat Masyarakatnya juga banyak membantu MBKPj menjaya apa jua program.

Lu sebagai Presiden MBM, pemimpin nombor satu kami sepatutnya tahu bahawa MBM seharusnya membantu dan memberi peluang kepada MBK melakukan aktiviti dalam kawasan masing-masing dan tidak sewajarnya berurusan terus dengan Perbadanan Putrajaya tanpa memaklumkan pihak kawasan iaitu MBKPj. Kalo nak main langgar jer lebih baik jangan diwujudkan Majlis Belia Kawasan yang mengikut parlimen masing-masing. Cukup dengan Majlis Belia Malaysia jer diperingkat pusat atau nasional.

Beliau sebagai pemimpin tertinggi kena belajar menghormati orang setempat. Jangan sampai nanti orang marah maka belia-belia Putrajaya nanti halau lu bila lu masuk kampung orang. Kalau benar apa yang gua katakan ini tidak benar sila buat kenyataan rasmi. Biar satu Malaysia belia kita tahu siapa betul siapa salah. Elok jer orang macam ni ditukar jer masa pemilihan MBM nanti. Bagi la kepada pemimpin muda yang memahami sensitiviti setempat. Inilah masalahnya kalau golongan EpalOren jadi ketua.


p/s : terlajak perahu boleh diundur... terlajak cakap... kerana pulut santan binasa... kerana mulut badan binasa... 

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.





No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The True Brothers

The True Brothers