Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat buat hal lagi! Kali ini Menteri Besar Kelantan yang hampir 30 tahun mentadbir negeri majoriti Melayu itu berkata, beliau tidak pernah meminta dilahirkan sebagai manusia berketurunan Melayu dan tidak perlu bersyukur dilahirkan sebagai Melayu.
” Lahir sebagai Orang Asli pun saya tak kisah. Kalau lahir sebagai orang Arab tetapi berjuang tolak Islam tak ada guna,” katanya.
Beliau diminta mengulas mengenai kenyataan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad bahawa Nik Abdul Aziz patut bersyukur dilahirkan sebagai orang Melayu yang tentunya beragama Islam.
Dr. Mahathir sebelum ini menyifatkan Nik Abdul Aziz sebagai pengkhianat orang Melayu kerana sanggup memecahbelahkan perpaduan ummah semata-mata untuk kepentingan politik.
Pada masa sama, Nik Abdul Aziz menyelar Dr. Mahathir kerana mementingkan orang Melayu lebih daripada agama.
“Dr. Mahathir orang tua, boleh jadi dia lupa makan ubat hari ini,” katanya sinis ketika diminta mengulas kritikan Dr. Mahathir.
Nik Aziz berkata, agak sukar untuk mengekalkan Islam yang diamalkan pada zaman Rasulullah SAW kerana jarak masa hampir 2,000 tahun.
“Ia ibarat air yang jatuh ke muka bumi, kemudian mengalir dari hulu kira-kira 1,500 kilometer, sudah tentu air yang sampai pada kita di sini (di muara) amat berbeza, untuk guna atau minum, kita kena tapis dulu menggunakan penapis."
WAHAI NIK AZIZ, SUDAH PASTIKAH AGAMAMU ISLAM JIKA KAU DILAHIRKAN SEBANGSA DENGAN AMBIGA? NAMPAK GAYANYA KAU YANG KENA MAKAN PIL PSIKOTROPIK LANTARAN KURANG GUNAKAN AKAL YG DINUGERAHKAN ALLAH SWT..,
No comments:
Post a Comment