Jadilah Sahabat Kulaan...

SEWA

SEWA

TRIP

TRIP
PAKEJ TRIP KE KRABBI, HATYAI TERMURAH...

Saturday, 19 May 2012

Nie Jawapan Double Y Pulak Kat PapaGomo Pasal "Tak Mengenang Budi"... @NajibRazak @HishammuddinH2O @ahmadmaslan @KhairyKJ @razaliibrahim


Semalam gua dah kuarkan jawapan daripada blogger APA bila PapaGomo mempersoalkan tentang APA yang tak mengenang budi dengan apa yang telah Gomo curahkan... (Gomo nie plak tau ker mengenang budi orang lain....) Hari nie gua kuarkan plak jawapan kepada semua tohmahan terhadap YuseriYusoff a.k.a Double Y [STORY PENUH KLIK SINI] tentang dia pun tak "MENGENANG BUDI" macam blogger APA... 

Gua nak tanya skit kat Gomo nih... Lu dok sebok kata orang tak mengenang budi lu... Lu pernah ker kenang budi orang lain... Lu nie spesis "BIAWAK" lidah bercabang... Kat depan kata lain... Kat belakang citer lain... Citer lu tak mengenang budi apa yang lu dapat masa PRK Tenang tuh lain kali ler gua story... Kat Pengerusi UMB yang lu dok kutuk nie ler yang lu dapat... ish! Payah gak nak cakap... Takut "back-fired" balik kat UMNO ngan BN nanti...

Buat 'SIFU' saya, usah risau atau gundah gulana. Saya akan menjawab satu-persatu 'NIAT' baik PapaGomo sebagaimana beliau nyatakan.

Qoute PapaGomo :

1) Tidak mahu wang UMNO dibazirkan.
Program Konvesyen Media Sosial apakah hasilnya setakat ini. Membazir ke tidak?

2) Elakkan UMB yang merupakan entiti UMNO dijadikan alat pemimpin tertentu.
UMB tidak terlibat menjadi alat bagi menghalalkan penyalahgunaan, penyelewengan yang dilakukan oleh mana-mana pemimpin dalam UMNO. Bukan hari ini kata menteri 'PONDAN' esok lusa kata 'MANTAP'. Pendek kata puji bila ada imbuhan, keji bila imbuhan dihentikan.

3) Menghapuskan KASTA yang UMB selalu labelkan "Ini Orang UMB dan Ini Bukan UMB"
- Siapa yang wujudkan KASTA terlebih dahulu? Ingat balik peristiwa selepas Pilihanraya Sarawak. (SIAPA NAIKKAN LOGO "KAMI BUKAN BLOGGER UMB!"

4) Memastikan semua pejuang maya meraih hasil yang sama rata sama rasa mengikut tugas yang dipertanggungjawapkan dan kekuataan Blog tersebut. -
Ayat macam Anwar Ibrahim "sama rata, sama rasa" - NFC berapa sebenarnya jumlah diperolehi tetapi berapa pula jumlah yang diterima oleh bloggers yang terlibat membantu menjawab isu NFC? (The Untold Story ketika pertemuan saya dengan individu yang menguruskan operasi NFC di Restoran Meatworks - nak tahu tak?)

5) Tidak memilih puak dalam pemberian bantuan baik dari kewangan ataupun kelengkapan. "Orang UMB layak Bukan UMB tak layak"
Sudah-sudah la rekayasa fitnah sahabatku PapaGomo. UMB bantu selagi termampu tanpa meletakkan sebarang syarat jika ada blogger yang berhadapan masalah. Tak percaya? [KLIK & BACA SAMPAI HABIS]

6) Dahagakan kekuatan sebenar pejuang maya untuk disatukan tampa mengira fahaman asalkan terus menyokong Kerajaan BN.
Siapa yang tidak mahu bersatu, siapa yang bersikap berlagak sombong, siapa yang menepuk meja di hadapan pemimpin, siapa yang menyindir, mengutuk, menghina, mengfitnah bila ada blogger yang mengaku mereka UMB?

Siapa yang sebaik sahaja bersalaman mengeluarkan kenyataan "dapat ke sarawak sebab jilat Tun Faisal, ingat gua pekak? Ada atau tidak saya sms ucapkan agar PapaGomo selamat ketika beliau ke Somalia? - Jika saya ingin amalkan perpecahan, buat apa saya sms lebih-lebih lagi cacian dan kejian yang saya terima?

Oh... sebelum terlupa siapa yang berlagak sombong ketika gua sapa di malam penghargaan UMNO kepada media selepas Perhimpunan Agung UMNO yang lepas hanya kerana beliau lengkap memakai vest berbutang tiga (mujur tak pakai riben macam Kadiq Sheikh Fadzir je. kah3!)

Bukankah UMB dilabel sebagai bloggers lembik oleh PapaGomo sendiri? (Nampaknya PapaGomo turut melabelkan kawan-kawan yang PapaGomo tahu berada di bawah UMB sebagai lembik. Bukan begitu?)

Lagi qoute PapaGomo :

"Tidak mahulah seperti kisah 2 orang Blogger yang dulunya dididik dan diberi makan oleh Gomo kini menjadi pencacai kepada seorang EXCO pemuda Umno"

Nyatakan bila kamu beri saya makan, di mana, berapa banyak - Seingat saya, saya hanya pernah makan sepinggan nasi ayam bersama dua lagi bloggers?

Tetapi jangan lupa pula siapa yang bayar di Old Town White Coffee. (lol macam budak-budak gua rasa layan qoute PapaGomo sedangkan kami sebaya kehkehkeh!)

Siapa yang hubungi saya setiap kali datang ke Bukit Bintang?

Apakah perlu kita berlagak sombong jika rakan call ajak minum sekejap?

Bukankah bekas Ketua Wira Perkasa turut bersama, dan selalunya beliau yang kena 'pau' sebab masa itu PapaGomo belum kaya seperti sekarang dan masih berkereta biasa-biasa sahaja.

Qoute PapaGomo seterusnya :

Dan inilah juga ketakutan apabila RAHSIA wang yang disonglap dan juga Projek yang dijaja kononya untuk membantu Blogger takut terdedah.

Dedahkan sahaja, memang sudah lama saya tunggu. Namakan siapa, jawatan apa, berapa jumlahnya. Selepas itu saya akan beritahu siapa sebenarnya yang melacurkan blogger.

Qoute paling best PapaGomo seterusnya :

Hari ini Double Y dan Aku Peduli Apa cukup hebat menyerang Papa Gomo. Ya mungkin sebab Gomo tidak mampu memberikan hasil wang ringgit tiap tiap bulan ataupun baju yang berlogo serta membawa bercuti ke sana kemari maka Gomo tidak menguntungkan.
Ololololo...

Sedihnya, nak nangis gua rasa bro...

Siapa yang bercuti naik Cruise sehingga ke Bali, Indonesia?

Siapa yang tukar kereta baru?

Siapa yang ada kondominium baru?

Paling gempak dan best dari PapaGomo :

adress Blog nya adalah Yuseri Yusof dan anda boleh tanya beliau siapa yang memberikan tunjuk ajar berblogg. Malah boleh tanya beliau sewaktu beliau hendak memulakan Blog siapa yang memberikan nasihat untuk memilih nama blog.

Benar, jika ikut PapaGomo waktu itu. Saya mungkin blogger yang tidak berwajah. Blogger yang menulis apa sahaja tuduhan serta fitnah tetapi tidak bertanggungjawab dengan penulisan saya.

Tetapi bagaimana cara berblogging, mengumpul maklumat, akses maklumat, serta mengupas isu rasanya langsung tiada AJARAN dari PapaGomo yang saya terima.

2 comments:

  1. TERRRRBAEEEEKKKK BRO!!!....KITA NI YANG BENAR2 MENHAYATI KONSEP BROTHERHOOD...

    ReplyDelete
  2. Udah-udah lh tu... jgnlh kt menunding jari ke arah lain.... hntikn mncari salah silap... Apa yg pnting.... Bergabunglah, brgandinganlh.... Buat apa yg sepatutnya... Bermaaf-maafnlh....

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The True Brothers

The True Brothers