Jadilah Sahabat Kulaan...

SEWA

SEWA

TRIP

TRIP
PAKEJ TRIP KE KRABBI, HATYAI TERMURAH...

Saturday 2 June 2012

Bila Nik Aziz Melawak "Kalau Nabi Muhammad s.a. w Hidup Balik....



MAKA berjenakalah Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Menteri Besar Kelantan Darul Naim apabila beliau berkata : “Kalau Nabi Muhammad s.a.w. hidup balik dan datang ke Kelantan tentu dia suka hidup di Kelantan dan tidak suka hidup di negeri lain sebab Pas laksanakan Islam.” Jenaka seumpama ini merupakan suatu andaian yang amat melucukan kerana mustahil akan berlaku demikian. 

Seperti lazimnya, Nik Aziz yang juga Mursyidul Am Pas amat gemar untuk menimbulkan isu-isu yang keliru dan celaru. Sebagai seorang pemimpin politik yang berimej agama, sandiwara lucu seumpama ini boleh memikat sebilangan penonton yang lemah imannya. Berasaskan kepada konsep cerita yang sama dengan menerima bahawa andaian itu kononnya akan berlaku, maka sudah tentu Kelantan bukan tempat untuk Nabi Muhammad s.a.w. bermastautin.

Tidak mungkin baginda gembira dengan kehadirannya ke negeri Kelantan dan bersahabat dengan pemimpin-pemimpin Pas yang gemar bersandiwara itu. Soalan pertama yang dikemukakan pada episod pertama ialah berapa orangkah yang bertambah iman dan takwanya kerana berada di bawah pemerintahan Pas dan apakah orang Islam yang menyokong UMNO, iman dan takwa mereka lemah disebabkan kerana menyokong UMNO? Soalan ini timbul kerana Nabi di bawa ke majlis ceramah Pas. 

Ternyata akhlak penceramah-penceramah dan pensyarahnya amat buruk. Lidah mereka sewenang-wenangnya berdusta dengan caci maki dan fitnah terhadap pemimpin Islam yang lain. Paling dukacita, ada di kalangan penceramah mereka yang bukan Islam membaca ayat-ayat suci al-Quran secara tidak betul dengan tujuan memperlekeh dan menghina pemimpin-pemimpin Islam UMNO. Penyokong-penyokong Pas pula bertakbir ketika mendengar ceramah seumpama itu. 

Episod-episod seterusnya ialah baginda menimbulkan soalan-soalan: Apakah amal soleh yang telah disempurnakan oleh Pas dalam usaha membangunkan rakyat dan memakmurkan negara? Sudah terhapuskah di Kelantan maksiat-maksiat, kemiskinan, kejahilan, kemunduran dan sebagainya? Apakah kemungkaran-kemungkaran riba, judi, arak, zina dan lain-lain sudah lenyap di Kelantan?

Nabi tentunya terkejut dengan penuh hairan dan takjub apabila baginda dapati di Kelantan ini setelah Pas memerintah pada tahun 1990 maka terbinalah sembilan buah berhala yang besar dan terbesar di rantau Asia Tenggara. Berhala-berhala tersebut ada yang duduk bersila dan ada yang berdiri, ada yang betina dan ada yang jantan. Satu majlis perasmian berhala terbesar telah diadakan baru-baru ini secara besar-besaran yang kebetulan perasmian itu sempena hari sambutan ulang tahun penubuhan Pas.

Lupakah pemimpin-pemimpin Pas tentang sikap Nabi sewaktu pembukaan Mekah (Fathu Makkah) apabila baginda dapati dikeliling Kaabah terdapat beratus-ratus berhala? Perasaan dukacita Nabi bertambah apabila mendapati sebilangan besar rakyat Kelantan khususnya golongan profesional dan cerdik pandai kebanyakannya berhijrah ke luar negara, khususnya Kuala Lumpur kerana Kelantan bagi mereka bukanlah tempat untuk hidup maju dan membangun. Ini adalah kerana budaya membangun dan ingin maju sememangnya tidak terdapat di situ. Kadar kemiskinan tinggi. Kebanyakan anak muda pula menjadi penganggur dan terdedah kepada najis dadah. Bahkan belia Kelantan adalah yang teramai terlibat dengan najis dadah. Kehidupan di Kelantan di bawah pimpinan Pas tidak ubah seperti keadaan kota Mekah pada peringkat awal Nabi diutuskan sebagai rasul. Baginda tidak mampu tinggal lama kerana penyalahgunaan agama terlalu hebat. Keadaan ini membuatkan Nabi tidak tegar untuk hidup lama di Kelantan lalu berhijrahlah baginda ke Kuala Lumpur. Ternyata di Kuala Lumpurlah terdapat golongan pemimpin-pemimpin yang lebih hampir amalan dan kerja kuatnya kepada Warasatul Anbiya.

Pemimpin-pemimpin UMNO di Kuala Lumpur saja yang dapat memahami maksud ayat Allah yang antara lainnya (Al-Anfal:60) yang bermaksud : Dan bersedialah untuk menentang mereka dengan segala kekuatan yang dapat kamu sediakan dari pasukan berkuda untuk menggerunkan musuh-musuh Allah dan musuh-musuh kamu dan musuh-musuh lain yang kamu tidak mengetahuinya, tetapi Allah mengetahuinya. Dan apa saja yang kamu belanjakan kepada jalan Allah akan disempurnakan balasannya kepada kamu dan kamu tidak akan dianiayanya. Baginda tertarik dengan konsep integrasi yang diamalkan oleh rakyat negara ini. Kaum-kaum berbilang bangsa dapat hidup bersama dalam keadaan penuh perpaduan dan harmonis, saling bekerjasama dan menghormati antara satu sama lain. Hal ini sama dengan bayangan hidup di kota Madinah dahulu yang berpayungkan konsep persaudaraan di antara Muhajirin dan Ansar, Aus dan Khazraj. 

Episod akhir kita dipertontonkan bagaimana Nabi membisikkan ke telinga Nik Aziz beberapa ayat al-Quran. Antaranya (Al-Baqarah:79) yang bermaksud: Celaka besar bagi orang-orang yang menulis Kitab dengan tangan mereka (mendakwa kononnya kata-kata Allah), kemudian mereka berkata: Ini adalah dari Allah, supaya mereka dengan perbuatan itu dapat membeli keuntungan dunia yang sedikit. Maka celaka besar bagi mereka disebabkan apa yang ditulis oleh tangan mereka, dan celaka besar bagi mereka dari apa yang mereka usahakan itu. Peringatan demi peringatan, tetapi tidak juga diendahkan. Bahkan Nik Aziz bertambah angkuh dan sombong, sehingga berani meletakkan dosa pahala manusia berada di tangan beliau.

1 comment:

  1. Pakcu Rantau Panjang2 June 2012 at 12:45

    Martabat Rasul dan Ambiya terlalu tinggi dan mulia.Hendaknya jangan di campur aduk dengan politik dunia yang penuh putar alam untuk mecari kuasa yang sementara ini....walahualam

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The True Brothers

The True Brothers