Jadilah Sahabat Kulaan...

SEWA

SEWA

TRIP

TRIP
PAKEJ TRIP KE KRABBI, HATYAI TERMURAH...

Monday, 15 August 2011

Kenyataan MAZA Yang Memperlihatkan Sifat "Wahabi"nya.

Kalau benar seperti apa yang dinyatakan oleh Ustaz Asri Zainal Abidin dalam hal berkenaan isu azan ini atas alasan ia mungkin mengganggu hak orang lain, Kulaan mencadangkan beliau memberi pandangan yang sama berkenaan orang cina yang bermain mercun dan membuat bising ketika "Pesta Menghalau Hantu" dan "Sambutan Tahun Baru Cina" kerana ia juga mengganggu ketenteraan orang lain terutama orang Islam.

Kebiasaannya ketika sambutan perayaan ini, pembakaran mercun dan bunga api dibuat saban malam tanpa mengira sensitiviti masyarakat keliling. Tanyalah kepada mereka yang tinggal dalam kawasan yang majoritinya bangsa cina pasti mereka mengatakan hal yang sama. Kulaan sendiri pernah tinggal di kawasan Kepong, itulah yang berlaku ketika perayaan tersebut tiba. Bolehkah kerajaan Kelantan, Kedah terutama kerajaan Pulau Pinang laksanakan dahulu dasar tidak membenarkan perayaan tersebut dijalankan atas alasan ia mengganggu kah asasi orang lain terutama orang Islam yang juga tinggal dalam kawasan komuniti tersebut.

Apa yang cuba diperbesarkan di sini adalah isu laungan azan ini kerana ia hanyalah isu furu' atau cabang dan umum mengetahuinya hukum azan adalah sunat muakkad.

Asal usul azan dan qamat.

Dari Abdillah bin Zaid bin Abdi Rabbihi al-Ansari r.a., katanya; Ketika Rasulallah memerintahkan orang memperbuatkan loceng untuk dibunyikan bagi memanggil orang sembahyang tiba-tiba ketika aku sedang tidur datang seorang lelaki ( dalam mimpi ) membawa sebuah loceng dengan tangannya. Aku pun berkata kepadanya , “ Hai Abdullah, juallah loceng ini.” Orang tersebut berkata, “ Untuk kegunaan apa ? “ Aku pun menjawab, Kami hendak memanggil orang sembahyang dengannya.” Kata orang tersebut, “ Mahukah engkau aku tunjukkan yang lebih baik daripada itu ? “ “ Ya, baik.” Lalu kata orang itu” Ucapkanlah Allahu Akbar….sampai habis.” Kemudian dia mengundur sedikit, lalu berkata lagi,” Kemudian apabila engkau hendak mendirikan sembahyang, ucapkan pula ; Allahu Akabr….sampai habis qamat.” Setelah pagi, aku pun pergi kepada Rasulallah SAW mengkhabarkan mimpi tersebut. Lalu baginda SAW bersabda; “ Itu mimpi yang benar, insya Allah. Pergilah kepada Bilal. Ajarkannya apa yang telah engkau terima supaya diazankannya dengan itu kerana suaranya lebih nyaring daripada engkau.” Aku pun berangkat bersama Bilal dan mengajarkannya kepada Bilal, lalu Bilal pun meneriakkan azan tersebut. Hal itu terdengar oleh Umar bin al-Khattab ketika beliau di rumahnya. Beliau pun keluar sambil menarik-narik kain rida’nya seraya berkata,” Demi Allah yang mengutus tuan dengan kebenaran ya Rasulallah, aku telah melihat seperti apa yang dilihatnya ( dalam mimpi ). Sabda Rasulallah SAW.” Maka segala puji bagi Allah.” Hadis ini diriwayatkan oleh Abu daud dengan sanad yang sahih. Demikian Tirmizi juga meriwayatkan setengahnya dengan jalan Abu daud dan mengatakan hadis ini hasan lagi sahih.

Hukum Azan dan qamat.

 Dalam kitab Rahmatul Ummah, Abu Hanifah, Malik dan al-Syafe’i menyatakan hukum azan dan iqamah itu adalah sunat. Dalam kitab Al-Fiqh ala Mazahib al-Khamsah menambah Mazhab Syiah Imamiah juga menghukumkannya sunat muakkad dan menambah pandangan Malikiah yang mewajibkan secara kifayah di negeri (tempat ) yang berdiri padanya solat Jumaat yang seandainya meninggalkan penduduk tempat tersebut azan, boleh diperangi. Kitab Rahmatul Ummah seterusnya menjelaskan, Imam Ahmad bin Hanbal menyatakan; Azan dan iaqamah itu fardu kifayah kepada penduduk kota, manakala Imam Daud al-Zahiri menyatakan azan dan iqamah itu fardhu, yakni berdosa jika tidak dilakukan pada sembahyang fardhu, namun sembahyang tetap sah jika ditinggalkannya. kata Imam al-Auza’i, Jika lupa azan dan sembahyang tanpa azan, maka hendaklah diulangi sembahyangnya itu dengan azan seandainya teringat sebelum habis waktunya. Kata Atha’ ; Jika seseorang lupa qamat, maka diulangilah sembahyangnya dengan qamat.

Kitab Fiqh al-Manhaji pula menyatakan, ia sunat muakkad alal kifayah bagi suatu kumpulan, dan sunat aini bagi individu justeru ia adalah suatu perkara yang sangat penting bagi menzahirkan syiar islam. walau bagaimanapun, orang yang meninggalkannya tidak berdosa dan tidak pula mengulangi sembahyangnya.

Rujukan berkenaan hukum azan ini secara terperinci boleh dilihat Di Sini.

Ini jauh berbeza dengan pendapat dan pandangan orang dalaman Pas itu sendiri iaitu Nasrudin Hj Hasan At-tantawi, Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat yang mana pandangan beliau agak terbuka dan tepat Rujuk Sini dengan 14 isi @ "point" bagi menyokong pendapat dan pandangannya. "Begitulah azan yang sewajarnya didengar dan dihayati serta disahut seruannya bukan dibenci dan dibantah apalagi dikecam dan dihina."

Pemimpin pembangkang seringkali mempertahankan jika ada orang bukan Islam bercakap atau menggunakan ayat suci Al Quran atau Hadith dalam ucapan mereka dengan alasan kononnya adalah sebagai salah satu cara untuk berdakwah dan mendekatkan diri dengan agama Islam. Malas rasanya Kulaan nak memberikan contoh yang berlaku sebab banyak sangat yang contoh pemimpin pembangkang bukan beragama Islam yang menghina kesucian ayat Al Quran dan Hadith Rasullullah demi kepentingan politik sempit mereka. Kenapa pemimpin pembangkang yang beragama Islam dan bertaraf Ulama' tidak menganggap isu bacaan Al Quran sebelum azan dan laungan Azan itu sekali sebagai salah satu bentuk dakwah kita kepada mereka yang tidak beragama Islam. Berapa ramai pemimpin dan mengikut pembangkang terutama daripada DAP dan PKR yang memeluk agama Islam setelah membaca ayat suci Al Quran dan hadith. Jawapannya "Kosong" "Sifar" "Zero" "Yellek" .
video

Ini antara contoh mereka yang memeluk Islam setelah medengar alunan Azan :

1. Tasya anak bungsu lapan beradik beragama asal Buddha Klik Sini.
2. Amir Hawkins Rapper USA terkenal Klik Sini.
3.Aisha Canlas penganut katolik Klik Sini.

Ini antara contoh mereka yang memeluk Islam setelah medengar bacaan Al Quran :

1. Saidina Umar Al Khattab Klik Sini Klik Sini.
2. Ustaz Farid Ravi Abdullah Klik Sini.

Berdasarkan kepada fakta ini Kulaan rasa jika sesuatu perkara berkaitan agama itu memberi keuntungan dan kepentingan kepada pembangkang maka mereka akan terus menerus menyokong membabi buta tanpa melihat kesannya. Dan jika isu berkenaan agama itu tidak memihak mereka, mereka akan menggunakan kononnya Alim Ulama untuk mempertahan kenyataan tersebut.

Kulaan : "Qulli Haq Walau Kana Marra"... Berkatalah benar sekalipun ianya pahit...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The True Brothers

The True Brothers