Kes perceraian artis perempuan kesayangan Pas, Abby Abadi dengan suaminya tidak sampai setahun perkahwinan mereka menyerlahkan sikap tangkap muat yang diamalkan oleh parti itu.
Pada satu ketika dahulu Pas begitu bangga ‘memiliki’ Abby yang begitu selamba mengeluarkan ‘fatwa’nya sendiri berhubung isu agama sehinga digelar ‘ustazah mee segera’.
Memang sesuai gelaran itu diberi kerana Pas tidak pernah menegur artis-artis yang berjaya dipengaruhinya untuk menyertai parti itu walaupun dalam banyak tingkahlaku dan perbuatan mereka melanggar syarak dan peraturan agama.
Dalam kes perceraian beliau dengan Muhammad Noor Farhan Che Bakar, suaminya itu mengadu di mahkamah syariah bahawa bekas isterinya selalu melakukan penderaan fizikal termasuk dicederakan di bahagian muka, tangan dan lengan.
Beginilah caranya Pas mentarbiyah ahli-ahlinya menjalankan kehidupan ‘secara Islam’ hinggakan mereka menghina agama dengan melakukan perkara-perkara yang ditegah.
Begitu juga dengan artis-artis lain yang pernah menyertai Pas seperti Bob Lokman, Sham Kamikaze dan Aishah yang menjadi calon parti itu atau Dayangku Intan yang bertanding pada pilihan raya umum lalu di atas tiket PKR.
Di manakah mereka sekarang yang satu ketika dahului semasa kempen rancak berjalan begitu disanjung dan dipuji melangit sebagai ayam tambatan pembangkang?
Mereka semua kalah dan setelah PRU13 berakhir mereka pun menjadi sampah dan dibuang begitu sahaja.