Jadilah Sahabat Kulaan...

SEWA

SEWA

TRIP

TRIP
PAKEJ TRIP KE KRABBI, HATYAI TERMURAH...

Sunday, 15 June 2014

Nasib Abby Abadi Umpama "Habis Madu Sepah Dibuang"??? @Abby_Abadi112


Kes perceraian artis perempuan kesayangan Pas, Abby Abadi dengan suaminya tidak sampai setahun perkahwinan mereka menyerlahkan sikap tangkap muat yang diamalkan oleh parti itu.

Pada satu ketika dahulu Pas begitu bangga ‘memiliki’ Abby yang begitu selamba mengeluarkan ‘fatwa’nya sendiri berhubung isu agama sehinga digelar ‘ustazah mee segera’.

Memang sesuai gelaran itu diberi kerana Pas tidak pernah menegur artis-artis yang berjaya dipengaruhinya untuk menyertai parti itu walaupun dalam banyak tingkahlaku dan perbuatan mereka melanggar syarak dan peraturan agama.

Dalam kes perceraian beliau dengan Muhammad Noor Farhan Che Bakar, suaminya itu mengadu di mahkamah syariah bahawa bekas isterinya selalu melakukan penderaan fizikal termasuk dicederakan di bahagian muka, tangan dan lengan.

Beginilah caranya Pas mentarbiyah ahli-ahlinya menjalankan kehidupan ‘secara Islam’ hinggakan mereka menghina agama dengan melakukan perkara-perkara yang ditegah.

Begitu juga dengan artis-artis lain yang pernah menyertai Pas seperti Bob Lokman, Sham Kamikaze dan Aishah yang menjadi calon parti itu atau Dayangku Intan yang bertanding pada pilihan raya umum lalu di atas tiket PKR.

Di manakah mereka sekarang yang satu ketika dahului semasa kempen rancak berjalan begitu disanjung dan dipuji melangit sebagai ayam tambatan pembangkang?

Mereka semua kalah dan setelah PRU13 berakhir mereka pun menjadi sampah dan dibuang begitu sahaja.


Tidak lagi kedengaran suara sumbang artis-artis sebegini yang sebenar tidak mengerti hal politik tetapi sanggup dipergunakan oleh pembangkang atas sebab kepentingan wang ringgit.

Kini suara mereka sepi dan tidak lagi menjadi pujaan media pembangkang yang akan memberi publisiti meluas kepada mereka walaupun kebanyakan apa yang keluar dari mulut mereka hanyalah merapu dan kadangkala memalukan parti yang mereka wakili.

Bagaimanapun perkara ini tidak menjadi masalah kepada Pas atau PKR kerana kualiti calon atau pemimpin mereka tidak pernah menjadi ukuran untuk dijadikan idola oleh pengikut-pengikut yang sama jahil.

Artis-artis belaan Pas dan PKR ini tidak mempunyai tahap intelek yang timnggi cukup hanya sekadar untuk dilatih untuk memaki hamum kerajaan di atas pentas-pentas ceramah.

Yang penting bagi artis seperti ini habuan wang adalah utama dan rela mengadai integriti dan harga diri di atas pentas politik pembangkang.

Bagi pembangkang golongan artis sesuai untuk dieksploitasi dari segi tarikan selebriti tidak lebih dari itu.

Pembangkang bukannya benar-benar ikhlas untuk membantu kebajikan golongan artis tetapi mahu menggunakan mereka sebagai modal politik untuk mendapat undi.

Kes Abby sebagai artis yang kecundang ditipu oleh Pas amat ketara sekali kerana nasib dirinya setelah penat berkempen untuk parti itu sudah tidak dipedulikan lagi.

Golongan artis tidak sepatutnya bergelumang dengan politik dengan menggunakan platform mereka sebagai ‘public figure’.

Ini kerana mencampurkan politik dengan dunia glamer akan menjejaskan imej mereka sebagai warga seni.

Mereka akan memaksa peminat-peminat untuk turut memilih orientasi politik mereka jika mereka terlibat aktif dalam aktiviti kepartian.

Ini sudah tentu akan menjejaskan mata pencarian mereka yang banyak bergantung kepada industri hiburan.

Jika artis sudah mula berjinak-jinak dengan politik eloklah mereka tinggalkan dunia hiburan untuk menumpukan masa kepada kerjaya baru mereka.

Mencampur adukkan politik dan hiburan akan merugikan golongan artis kerana akhirnya mereka akan kehilangan punca pencarian sekiranya mereka tersalah hitung dalam berpolitik.

Ambillah contoh Abby dan Aishah yang kini hidup seperti melukut ditepi gantang kerana jasa dan khidmat mereka kepada Pas begitu cepat dilupakan oleh parti itu.

1 comment:

  1. Padan muka dia. Dulu celupar, skrg siapa nak simpati.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The True Brothers

The True Brothers