Jadilah Sahabat Kulaan...

SEWA

SEWA

TRIP

TRIP
PAKEJ TRIP KE KRABBI, HATYAI TERMURAH...

Monday 16 June 2014

Panas!!! Umat Islam Tak Perlu Ragu Makan Daging Lembu Macam Cadburry??? @IsmailSabri #DSIS @NajibRazak


Hari ini bertempat di Rumah Sembelihan Shah Alam Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Dato' Sri Ismail Sabri telah melancarkan "Penandaan Tag" bagi daging sembelihan yang disembelih di rumah Jabatan Perkhidmatan Veterinar mahu pun di rumah sembelihan berlesen lain.

Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) adalah jabatan yang bertanggungjawab dalam memastikan setiap ternakan yang disembelih di Rumah Sembelih Jabatan atau pun di pusat penyembelihan yang dilesenkan mengeluarkan karkas yang berkualiti, bersih dan mematuhi peraturan Kesihatan Awam Veterinar dalam keselamatan makanan.

Bagi menjamin hanya ternakan yang sihat sahaja disembelih, kawalan pergerakan ternakan ke rumah sembelih perlu dilaksanakan dengan memastikan ternakan tersebut mempunyai 'Sijil Kesihatan Veterinar" dan "Permit Pemindahan Ternakan" yang dikeluarkan oleh DVS negeri.

Dalam memastikan ternakan sihat dan bebas dari penyakit, pemeriksaan ante-mortem dilakukan sebelum ternakan disembelih di rumah sembelih. Setiap karkas yang dikeluarkan akan diperiksa oleh pemeriksa veterinar dan hanya karkas yang lulus pemeriksaan veterinar sahaja akan ditanda dengan lagenda pada karkas tersebut. Sistem penandaan karkas dengan lagenda ini mempunyai kelemahan yang mana ia sukar dibaca dan mudah ditiru.

DVS telah membuat penambahbaikan dengan menyediakan tag penandaan karkas yang mempunyai ciri-ciri keselamatan yang tinggi dan sistem dayajejak. Penandaan karkas ini berupaya memberi maklumatmenhenai karkas dari segi tarikh dan tempat ternakan disembelih, nama pemeriksa daging yang telahmenjalankan pemeriksaan terhadap karkas berkenaan. Tag Penandaan karkas ini dibahagikan kepada tiga kategori iaitu K1 berwarna ungg, K2 berwarna kuning dan K3 yang berwarna merah.


1. K1 (unggu) - bermakna tag ini dipasangkan pada karkas yang dikeluarkan dari rumah sembelihan yang dilesenkan atau diluluskan. Rumah Sembelihan tersebut mempunyai pemeriksa veterinar atau program jaminan keselamatam makanan.

2. K2 (kuning) - ia digunakan di rumah penyembelihan yang dilesenkan serta pemeriksaan veterinar dipantau oleh DVS.

3. K3 (merah) - membawa maksud sembelihan dilakukan di luar rumah sembelihan yang dilesenkan atau yang diluluskan namun mempunyai akaun kebenaran sembelihan dan dipantau secara rapi oleh DVS.

Pengguna atau orang awam tidak perlu ragu tentang kualiti, kebersihan dan keselematan awam veterinar sekiranya mereka membeli daging dari karkas yang mempunyai tag penandaan karkas sama ada di hypermarket mahu pun di pasar tani.

Karkas yang ditanda dengan tag penandaan ini juga mempunyai sistem daya jejak di mana ianya mampu mengesan dengan mudah pemilik ternakan, pusat penyembelihan, pegawai yang memeriksa karkas serta tarikh ternakan disembelih.

Penggunaan tag penandaan karkas ini dapat meningkatkan keyakinan pengguna bahawa karkas tersebut telah menjalani satu proses yang memberi kepastian bahawa ianya berkualiti, bersih dan selamat untuk dimakan serta mematuhi peraturan kesihatan awam veterinar. Proses penyembelihan yang dijalankan juga disempurnakan oleh penyembelih bertauliah dan mematuhi aspek kebajikan haiwan.

Sebagai permulaan, tag penandaan karkas ini akan dilaksanakan di 25 buah rumah penyembelihan ruminan DVS. Adalah menjadi harapan pada masa hadapan ianya akan dikembangkan kepada pusat-pusat penyembelihan ruminan yang dilesen, pusat penyembelihan unggas dan pusat penyembelihan babi.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The True Brothers

The True Brothers