Jadilah Sahabat Kulaan...

SEWA

SEWA

TRIP

TRIP
PAKEJ TRIP KE KRABBI, HATYAI TERMURAH...

Wednesday, 5 September 2012

Inilah Pemimpin PKR Yang Mengaku Membuat Bendera Bodoh PR...


AKHIRNYA ADA JUGA ORANG YANG MENGAKU. ANWAR NAK PUSING APA PULA SELEPAS INI??? TAKKAN PEMIMPIN BUAT KEPUTUSAN SEORANG. TAK LOGIK???

KUALA LUMPUR 2 Sept. - Timbalan Ketua Penerangan Angkatan Muda Keadilan (AMK), Mohd. Najwan Halimi mendakwa dirinya adalah pereka bendera yang didakwa oleh penyokong Himpunan Janji Bersih akan menggantikan Jalur Gemilang.

Bendera merah putih seakan bendera Singapura itu dibawa penyokong himpunan tersebut di Dataran Merdeka, 30 Ogos lalu dan dinamakan sebagai Sang Saka Malaya.

Berdasarkan laman Twitter @NajwanHalimi, pemimpin muda daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu dilaporkan berkata, Sang Saka Malaya akhirnya dikibarkan oleh anak-anak muda!'

Mohd. Najwan juga telah membuat penjelasan terperinci di laman blognya di http://www.najwanhalimi.com/2009/08/sang-saka-malaya.html dengan memberitahu bendera tersebut direkanya sempena memperingati sambutan kemerdekaan pada tahun 2007.

Jelasnya, corak tersebut diadaptasi daripada bendera Sang Saka yang diguna pakai oleh negara Indonesia dan Singapura yang juga merupakan panji warisan kerajaan Nusantara.


Bendera Malaysia yang digunakan pada hari ini jika diteliti sebenarnya diadaptasi daripada bendera Amerika Syarikat yang bernama Stars and Stripes, dan ia dibezakan menerusi bulan sabit dan bintang bucu empat belas berwarna kuning.

Barangkali ini menjawab persoalan mengapa warga Malaysia semakin tidak ghairah mengibarkan bendera. Jiwa dan warisan silam negara ini jelas tidak terzahir menerusi panji yang bernama Jalur Gemilang!" katanya yang dipetik daripada tulisan blog bertarikh 30 Ogos 2009.

Pada 30 Ogos lalu, negara dikejutkan dengan tindakan biadab beberapa peserta Himpunan Janji Bersih di Dataran Merdeka yang mengibarkan bendera yang didakwa akan menggantikan Jalur Gemilang jika pembangkang berkuasa.

Selain dikibarkan di khalayak ramai, beberapa risalah juga diedarkan semasa sambutan ambang merdeka itu yang mengajak rakyat untuk mengatakan tidak kepada Jalur Gemilang dan menyokong bendera merah putih itu.

Mohd. Najwan bukan pemimpin pakatan pembangkang pertama yang mempersoalkan Jalur Gemilang kerana pada September tahun lalu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Alam Shah daripada DAP, M. Manoharan pernah menegaskan pembangkang akan menukar bendera negara jika memperoleh kuasa dalam pilihan raya umum akan datang.

Selain itu, Timbalan Pesuruhjaya Pas Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin pernah mengeluarkan kenyataan mempersendakan Jalur Gemilang dengan menggelarkan sebagai jalur malang.

3 comments:

  1. Haram jadah ni patut baca dan kaji sejarah Jalur Gemilang tu. Jgn main cakap macam bangsat je kata ikut bendera USA. Amat malang bagi pemuda ini yg teramat bodoh dan buta sejarah.

    ReplyDelete
  2. Kalau ikut macam bendera Indon dan Singapura, warna bendera UMNO pun macam tu juga. Aljub tak meroyan ke tengok warna bendera Malaysia macam bendera UMNO.

    Dahlah bodoh, bangang pulak tu ...

    ReplyDelete
  3. Apa kita nak kesah pasal rekabentuk bendera Jalur Gemilang. Itu lambang kemegahan negara, patut diterima dan dihormati. Tak ada sapa yang komplen pun rekabentuk dia ditiru dari mana-mana rekabentuk bendera didunia. Cuba tengok rekabentuk bendera -bendera di negara-negara lain. Ada yang hampir sama. Ada dia orang bising. Bodoh.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The True Brothers

The True Brothers