Jadilah Sahabat Kulaan...

SEWA

SEWA

TRIP

TRIP
PAKEJ TRIP KE KRABBI, HATYAI TERMURAH...

Thursday, 31 January 2013

#JelajahAnakMalaysia Singgah Di Teluk Intan... @HishammuddinH2O @Saharabd @JTransformasi @tunfaisal


Setelah selesai acara flag-off dan majlis pelancaran di Putrajaya, konvoy jelajah memulakan pengembaraan ke Utara tanahair. Destinasi pertama adalah Kawasan Parlimen Teluk Intan, Perak.

Konvoy Jelajah Anak Malaysia dimaklumkan sudah tiba di Teluk Intan dan bersedia untuk aktiviti di sana bermula esok. Pelbagai aktiviti dan acara menanti penduduk di Teluk Intan.

Antara acara yang bakal berlangsung adalah Program Gotong Royong di Pusat Pembangunan Keluarga Kg. Padang Tembak jam 2.30 - 4.30 petang. Diikuti Perlawanan Bolasepak Persahabatan di Mini Stadium Teluk Intan, Padang Speady bermula jam 4.30 - 6.30 petang.

Diikuti program disebelah malamnya diadakan Muzikal Rakyat Puisi Keamanan & Kemanusiaan Tangisan GAZA bermula 9.00 - 11.00 malam bertempat di Dataran Condong Teluk Intan. Manakala aktiviti terakhir konvoy Jelajah Anak Malaysia adalah Senamrobik & Pelancaran Buku Menara Condong jam 7.30 -10.30 pagi bertempat di Dataran Menara Condong Teluk Intan.

Jadi, kepada semua penduduk di sekitar Teluk Intan dan rakyat Perak dijemput hadir beramai-ramai bagi menjayakan program anak muda ini.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The True Brothers

The True Brothers