Jadilah Sahabat Kulaan...

SEWA

SEWA

TRIP

TRIP
PAKEJ TRIP KE KRABBI, HATYAI TERMURAH...

Tuesday 29 January 2013

Pemecatan Nasharudin Ada Muslihat???...


Presiden Pertubuhan Jalur Tiga (Jati), Datuk Dr. Hasan Ali mendakwa pemecatan Nasharudin Mat Isa daripada Majlis Syura Ulama PAS pada 13 Januari lalu sengaja diadakan oleh pemimpin pembangkang bertujuan mengalih perhatian rakyat daripada isu yang lebih besar dan penting.

Hasan mendakwa, Nasharudin dipecat bagi mengalihkan pandangan umum dan persepsi masyarakat terhadap pembangkang mengenai isu kalimah Allah yang masih terawang-awang dan belum ada jalan keluar oleh pakatan tersebut.

"Bagi saya pengumuman pemecatan itu mempunyai muslihat tersendiri. Ia kerana pertembungan antara keputusan pakatan pembangkang dengan Majlis Syura Ulama PAS mengenai isu penggunaan kalimah Allah dalam kalangan umat bukan Islam begitu merisaukan mereka.

"Sebagai langkah "damage control" pemecatan Nasharudin terpaksa digunakan sebagai isu yang akan mengalihkan perhatian rakyat dan ahli parti di peringkat akar umbi yang kini berkobar-kobar untuk melihat isu akidah yang boleh membawa kepada syirik dan kekufuran ini diberikan penegasan dan keputusan," kata Hasan Ali lagi.

Menurut Hasan, ahli dan penyokong PAS di peringkat akar umbi  kini mendesak supaya keputusan muktamad dibuat oleh pakatan pembangkang mengenai isu kalimah Allah dan kegagalan mengemukakan jawapan yang `decisive' akan mengakibatkan bencana terhadap pakatan itu dalam berhadapan Pilihan Raya Umum Ke-13.

Media pada 27 Januari lalu melaporkan Nasharudin yang merupakan bekas Timbalan Presiden PAS dan sering mengkritik hubungan antara parti itu dengan DAP dipecat  daripada Majlis Syura Ulama PAS pada 13 Januari lalu.

Nasharudin didakwa terpaksa disingkirkan kerana beliau kerap tidak hadir mesyuarat serta sering membuat kenyataan tidak selari dengan pendirian dan ketetapan majlis berkenaan.

Ramai pihak bagaimanapun beranggapan pemecatan Nasharudin itu mempunyai kaitan dengan tindakan beliau menyertai lawatan kemanusiaan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ke Gaza, Palestin pada 22 Januari lalu.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The True Brothers

The True Brothers