Jadilah Sahabat Kulaan...

SEWA

SEWA

TRIP

TRIP
PAKEJ TRIP KE KRABBI, HATYAI TERMURAH...

Thursday 4 October 2012

Ini Bukti Suaram Terima Dana Yahudi Zionis???...


Sokongan Transparency Malaysia (TI-M) terhadap penerimaan dana asing oleh pertubuhan hak asasi manusia, Suara Rakyat Malaysia (Suaram) tidak mengejutkan.

Ini kerana sokongan tersebut mengikut budaya seperti kata pepatah Inggeris, 'birds of a feather flock together' atau burung yang sebulu akan berkelompok sama.

Ini kerana TI-M merupakan satu cawangan atau 'chapter' daripada TI yang berpusat di Berlin, Jerman sementara Suaram pula di dakwa menerima dana daripada Kedutaan Jerman di Kuala Lumpur.

Jadi kedua-dua pertubuhan mempunyai persamaan dari segi sumber dana yang diperolehi untuk membiayai aktiviti mereka.

Sudah tentunya Suaram dan lain-lain pertubuhan bukan kerajaan yang lain juga menerima daripada pelbagai sumber asing seperti yayasan antarangsa seperti Open Society Institute kepunyaan penyangak matawang, George Soros.

Selain itu Suaram juga didokong oleh dana daripada National Endowment for Democracy yang berpusat di Washington) serta Southeast Asian Centre for e-Media.

Semua dana yang diterima Suaram adalah melalui sebuah entiti yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) bernama Suara Inisiatif Sdn Bhd (SISB) dan berfungsi sebagai sebuah syarikat perniagaan.

Umpamanya rekod SSM mendedahkan SISB menerima RM558,000 (AS$188,775.65) daripada OSI antara 17 Oktober 2007, 18 Disember 2008 dan 12 Februari 2010, dan dana tersebut kemudiannnya di salurkan kepada Suaram bagi menjalankan aktivitinya.

Selain itu Parti Keadilan Rakyat (PKR) sering kali menerima bantuan kewangan daripada Konrad-Adenauer-Stiftung yang merupakan satu yayasan politik di Jerman bagi menjalankan aktiviti latihan dan program pengrekrutan ahli-ahli parti samada di dalam atau di luar negara.

Malah OSI juga turut di dakwa membiayai kegiatan politik PKR serta portal berita Malaysiakini dan Institut kajian Dasar (IKD).

Malaysiakini adalah portal berita berasaskan internet yang kononnya mahu menghidangkan berita yang seimbang kepada rakyat Malaysia tetapi umum tahu ia sememangnya bias terhadap kerajaan melalui artikel dan kritikan pedasnya kebelakangan ini ia sudah menjadi amat pro-pembangkang.

Wartawan, kolumnis serta penulis sambilan Malaysiakini terdiri daripada mereka yang dikenali di kalangan parti pembangkang dan NGO pro-pembangkang.

IKD pula merupakan badan pemikir atau 'think tank' kepunyaan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim dan telah diasaskan sejak tahun 1980an lagi.

Ia kini diterajui oleh kroni rapat, Anwar, iaitu Khalid Jaafar yang dahulunya adalah Setiausaha Akhbar beliau dan bertanggung jawab menulis ucapan-ucapan Anwar.

Malah buku Asia Renaissance yang kononnya ditulis Anwar sebenar adalah hasil karya Khalid sendiri.

Dalam pertahankan Suaram, TI-M mendakwa kerajaan Malaysia juga menerima sumbangan daripada pelbagai institusi luar negara.

Sumbangan-sumbangan tersebut diterima adalah atas dasar persetujuan kerajaan ke kerajaan atau G-to-G bagi membiayai program-program sosio-ekonomi untuk meningkatkan kualiti hidup rakyat negara ini.

Umpamanya pada tahun 1970an kerajaan Malaysia banyak menerima sumbangan daripada organisasi-organisasi Jepun seperti Japan International Cooperation Agendy.

JICA banyak memberi geran dan juga pinjaman berfaedah rendah bagi membiayai banyak projek-projek pembangunan seperti projek untuk meningkatkan hasil pertanian yang kini dinikmati oleh rakyat serta membantu ekonomi negara.

Berbeza pula dengan Suaram yang menerima dana asing atas kapasiti sebuah syarikat perniagaan yang menjalankan aktiviti bertentangan dengan aspirasi rakyat Malaysia.

NGO-NGO seperti Suaram san sebagainya bergerak atas prinsip-prinsip perjuangan yang luhur seperti hak asasi manusia, kebebasan media, kebebasan bersuara, melawan rasuah dan salahguna kuasa tetapi hakikatnya mereka melaksanakan agenda tersembunyi pemyumbang dana yang membiayai kegiatan mereka.

Dalam kes Suaram, bagaimana sebuah NGO yang ditadbir oleh sebuah syarikat swasta mampu berkempen di Perancis supaya mahkamah negara itu membuat siasatan ke atas pembelian kapal selam Scorpene ???

Apa pula kepentingan Suaram di dalam proses pembelian Scorpene apabila ia bukanlah pihak yang berkepentingan dalam urusan antara kerajaan Malaysia dan Perancis ???

Ini bermakna Suaram menjadi alat kepada OSI dan pihak pembangkang di negara ini untuk menentang kerajaan dengan menjadi suara sumbang menimbulkan pelbagai fitnah dan dakwaan yang tidak berkait langsung dengan kes kapal selam.

Apabila kes di mahkamah Perancis nampaknya sudah tidak berapa memihak kepada mereka, Suaram menukar taktik dengan mengalihkan pandangan rakyat kepada isu pembunuhan wanita Monggolia, Altantuya Shaariibuu pula.

Di mana letaknya perjuangan hak asasi Suaram yang menjadi prinsip pertubuhan itu kerana ia kini dilabel lebih sebagai perkakas politik kepada Anwar daripada memperjuangkan isu-isu kemanusiaan ???

NGO seperti Suaram, portal berita seperti Malaysiakini dan The Malaysian Insider serta agensi tinjauan pendapat, Merdeka Center semuanya bergantung kepada dana asing untuk membiayai aktiviti mereka.

Bermula dengan perjuangan untuk menegakkan nilai-nilai yang murni, mereka akhirnya dimangsakan oleh pembiaya asing yang tidak lain tidak bukan ingin melaksanakan agenda yang tidak memberi kebaikan kepada negara.

Sumber : info4thetruth

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The True Brothers

The True Brothers