Friday, 16 May 2014

Eksport Produk Pertanian Ditapis Untuk Jamin Kuantiti Mencukupi @IsmailSabri60 @NajibRazak #DSIS


Produk pertanian yang akan dieksport ke pasaran luar negara akan melalui tapisan untuk memastikan jumlahnya mampu memenuhi kuantiti permintaan.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata tapisan itu perlu bagi memastikan imej negara tidak terjejas sekiranya pengusaha tidak mampu memenuhi jumlah permintaan produk.

"Banyak produk yang kita bawa sebelum ini dalam eskpo perdagangan dan pertanian di luar negara, kemudian bila orang luar berminat (dengan produk) dan buat order, kita pula yang terpaksa tolak kerana tak ada jumlah produk yang mencukupi.

"Ini akhirnya mendatangkan masalah kepada kita dari segi imej negara," katanya kepada pemberita selepas merasmikan program 'Sesuka Hati Chef Bersama Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani'.


Ismail Sabri menegaskan selain kuantiti, pengusaha juga perlu memastikan kualiti produk adalah baik dan konsisten serta memiliki pembungkusan yang menarik.

"Pengusaha juga perlu kreatif dari segi persembahan produk supaya lebih banyak orang berminat, untuk membolehkan produk kita bersaing dengan negara lain yang mengeluarkan produk serupa," katanya.

Berhubung lambakan tomato di Cameron Highlands baru-baru ini, Ismail Sabri berkata perkara itu selesai apabila kementerian dan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) membeli tomato itu untuk dipasarkan ke pasaran tempatan, selain dieksport.

Mengenai program itu, Ismail Sabri berkata seramai 13 usahawan bumiputera dipilih untuk mengambil bahagian mempromosikan produk mereka secara langsung selama 10 minit dalam slot Nasi Lemak Kopi O di TV9.

Program yang disiarkan setiap Ahad bermula 20 April lalu itu menampilkan seorang wakil syarikat untuk mempromosikan produk menerusi masakan dan resipi mudah.

"Ini merupakan inisiatif kementerian untuk membantu usahawan Bumiputera mempromosi dan mengukuhkan penjenamaan mereka dalam pasaran tempatan, di mana kita menaja 70 peratus daripada kos siaran," katanya.

Beliau mempelawa usahawan Bumiputera yang berminat untuk menyertai program itu mengemukakan borang penyertaan melalui laman web kementerian www.moa.gov.my memandangkan masih ada kekosongan untuk tiga episod.

Thursday, 15 May 2014

Panas!!! "Tok Ketua Kampung Putrajaya" Ku Nan Bakal Dipecat Sebagai SUA UMNO??? @NajibRazak


PETALING JAYA: Bekas Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ali Rustam dijangka dilantik sebagai Setiausaha Agung Umno yang baru menggantikan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Menurut sumber, Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak dijangka membuat pengumuman tidak lama lagi.

Sumber itu menambah, ramai ahli Umno kecewa cara Tengku Adnan mengendalikan proses pertukaran menteri besar Terengganu yang menyebabkan beliau perlu digantikan.

Jika beliau pandai berdiplomasi dengan bekas Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said, maka dua ADUN, Ghazali Taib dan Roslee Daud tidak keluar dari Umno mengikut jejak langkah ADUN Kijal itu.

Bagaimana pun semalam mereka bertiga kembali semula ke pangkuan Umno yang menyebabkan krisis Umno Terengganu selesai dalam masa 48 jam.

"Tambahan pula Tengku Adnan sibuk dengan tugas sebagai menteri, pengerusi perhubungan Umno Wilayah Persekutuan dan ahli parlimen Putrajaya yang menyebabkan beliau tidak dapat beri tumpuan sepenuh masa di ibu pejabat Umno," kata sumber itu kepada FMT.

Ali yang tewas dalam PRU lalu kini dilantik sebagai Pengerusi Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) yang tidak ada kuasa eksekutif.

"Justru itu jika beliau dilantik sebagai setiausaha agung, beliau dapat beri tumpuan sepenuh masa di ibu pejabat Umno," kata sumber itu lagi.


Sent from my BlackBerry® smartphone over the TuneTalk network

Wednesday, 14 May 2014

Gempar!!! Berpuluh Ribu Datang Ke Ceramah DAP Kat #PRKBukitGelugor!!!



Dahsyat... Memang dahsyat giler ceramah DAP nie... Biar gambar sahaja berbicara bak kata orang putih "a picture speaks a thousand words". Gambar ni diambil semasa ceramah anjuran DAP semalam di dua lokasi sekitar Bukit Gelugor.

"Signal" ini jelas menunjukkan DAP sudah tidak mendapat sokongan rakyat dan pengundi Parlimen Bukit Gelugor. Ini juga jelas memperlihatkan kempen DAP untuk Pilihanraya Kecil Parlimen Bukit Gelugor tidak mendapat "support" yang kuat dari parti Pakatan seperti Pas dan PKR.

Suasana geopolitik hari ini sudah tidak sama dengan suasana politik seperti PRU13 lalu. Kalo keadaan ini diambil kira dengan sambutan hambar penyokong Pakatan sendiri mungkin keputusan luar jangka akan berlaku di Bukit Gelugor.

Berdasarkan maklumat dalaman parti DAP, peratusan keluar mengundi yang mungkin berkurangan daripada semasa PRU13 sedikit sebanyak akan mempengaruhi keputusan majoriti undi. Diramalkan jika keadaan ini berlarutan sepanjang minggu berkempen kemungkinan besar peratusan jumlah majoriti 42 ribu yang dimenangi sebelum ini akan berkurangan dan tidak mustahil perkara ini boleh berlaku.

Mungkin kerana BN tidak meletakkan calonnya untuk bertanding menyebabkan suasana kempen sikit hambar dan tidak sepanas kebiasaan apabila ada pertandingan.

Nasihat buat pengundi Bukit Gelugor, cukup-cukup la sudah bagi muka kat DAP. Inilah masanya kita tukar Ahli Parlimen baru selain DAP dan calon bebas Pas.

Sent from my BlackBerry® smartphone over the TuneTalk network

Panas!!! Kegagalan Ku Nan Dan Raof Bikin UMNO Terengganu Huru-hara!!! @NajibRazak


Sehari dua ni negara panas dengan isu perletakan jawatan Dato' Ahmad Said sebagai MB Terengganu dan perlantikan MB baru Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman yang bikin dunia politik negara terkejut dengan huru-hara yang berlaku di Terengganu.

Dikhabarkan UMNO menghantar so-called "tok ketua kampung" Tengku Adnan yang juga Setiausaha Agong UMNO bersama SUK UMNO Datuk Raof untuk turun ke Terengganu bagi membuat rundingan dengan semua ADUN Kerajaan Terengganu bagi membolehkan proses peralihan kuasa berjalan dengan lancar.

Tapi entah apa silapnya dua ekor utusan ni turun ke Terengganu menambahkan huru-hara kat sana. Mungkin kerana kelemahan "tok ketua kampung" hingga makin parah politik UMNO Terengganu. Pendapat ini juga disuarakan oleh pemimpin bahagian lain juga melihat akan kelemahan Ku Nan sebagai "tok ketua kampung Putrajaya" dan diminta memikul tanggungjawab atas perkara yang berlaku di Terengganu sehingga ada desakan beliau meletakkan jawatan sebagai Setiausaha Agong UMNO.

Ini antara kenyataan berkaitan desakan perletakan jawatan oleh Timbalan Ketua UMNO Bahagian Petaling Jaya Utara terhadap "tok ketua kampung" Ku Nan :

"Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor perlu bertanggungjawab terhadap kemelut politik UMNO di Terengganu yang menyaksikan bekas Menteri Besarnya, Datuk Seri Ahmad Said serta dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) mengisytiharkan keluar daripada parti dan bertindak sebagai wakil rakyat Bebas.
Pandangan peribadi itu dilontarkan Timbalan Ketua UMNO Bahagian Petaling Jaya Utara, Mohamad Azli Mohemed Saad yang mahu Tengku Adnan meletak jawatan kerana gagal menguruskan isu peralihan teraju kepemimpinan negeri itu secara baik sehingga mencetuskan kemelut berkenaan.
Saya secara peribadi minta beliau (Tengku Adnan) letak jawatan, kerana bagi saya, beliau selaku delegasi (wakil Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak) telah gagal menguruskan isu terbabit. Kita tahu Datuk Seri (Ahmad) meminta ditangguhkan dahulu (peralihan kepemimpinan) kerana anaknya nak berkahwin. Apakah ini (alasan) tidak boleh diterima?"
Persoalannya adakah "tok ketua kampung" Ku Nan sanggup melepaskan jawatannya dan memikul tanggungjawab atas kegagalan beliau sebagai delegasi kepada PM. Tak pasal-pasal rakyat marah kat PM atas kelemahan Ku Nan ni.

Sanggupkah Ku Nan melepaskan jawatan? Atau Ku Nan pun sama seperti politikus lain yang cintakan jawatan mengatasi kepentingan parti.


p/s : melompat la pulak orang kampung bila tok ketua depa kena tegur... dah tahap maksum kot tak boleh kena tegur... blogger tok ketua kampung sila jawab ye....

Sent from my BlackBerry® smartphone over the TuneTalk network







Rangkaian Agro Bazaar Bakal Di Buka Di Pasaran Antarabangsa @IsmailSabri60 @NajibRazak #DSIS


Rangkaian Agro Bazaar akan mula dibuka di pasaran antarabangsa bermula di Singapura dan Acheh tidak lama lagi dalam usaha kerajaan meneroka peluang pasaran lebih luas bagi produk pertanian serta industri asas tani negara.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata sebelum ini produk tempatan hanya boleh didapati di pasar raya besar tertentu di luar negara menyebabkan pemasarannya agak terhad.

Beliau berkata langkah itu juga bagi membolehkan lebih banyak produk industri kecil dan sederhana (IKS) bermutu keluaran tempatan dapat dipasarkan ke luar negara dengan lebih efektif.

"Agro Bazaar di Singapura akan dibuka sepenuhnya mulai pertengahan Jun depan, manakala cawangan di Acheh pula akan dibuka akhir bulan yang sama," kata beliau ketika berucap di majlis perasmian Program Pemerkasaan Ekonomi Melayu & Bumiputera Menerusi Keusahawanan di Agro Bazaar, Pagoh.


Turut hadir menyempurnakan majlis perasmian itu ialah Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Ismail Sabri berkata semua perkara berkaitan termasuk lokasi yang sesuai juga sudah dipilih bagi membolehkan produk pertanian segar termasuk buah dan sayur serta produk IKS dipasarkan secara lebih menyeluruh di premis bazar yang berada di bawah naungan kementerian itu.

"Selain itu, kita juga sedang membuat persediaan membuka Agro Bazaar di Guangzhou, China dan Hong Kong selepas ini," katanya.

Mengenai pembukaan Agro Bazaar di Singapura, beliau berkata ia akan membantu meningkatkan pasaran produk pertanian segar dan produk IKS yang diusahakan pengeluar di Johor.

Sementara itu beliau turut menyarankan supaya usahawan tani serta pengeluar IKS lebih kreatif dan berani mengeluarkan produk baharu bagi membolehkan industri pertanian dan asas tani negara terus berdaya saing di peringkat antarabangsa.

Tuesday, 13 May 2014

Bukti Kenapa Ahmad Said Khianati Janji Beliau Dengan PM @NajibRazak????


Boleh suruh Ahmad Said bersumpah dihadapan Al Quran jika beliau tidak pernah membuat akujanji untuk meletakkan jawatan pada tanggal 12 Mei 2014.

Mat Said Mengkhianati Janjinya sendiri.

Selepas PRU13 Dato Sri Ahmad Said telah mengakui beliau gagal membawa UMNO Terengganu. Malah laporan dari seluruh bahagian pelbagai peringkat di Terengganu meminta agar Ahmad Said berundur. Satu perjanjian telah dimohon oleh Ahmad Said agar YAB PM memberikan beliau setahun tempoh bagi menguruskan beberapa pekara sebelum meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar Terengganu. Pekara ini telah pun dimaklumkan kepada Duli Tuanku Sultan Terengganu sejak setahun yang lepas dan mendapat perkenan Tuanku. Apabila cukup tempoh setahun yang dipersetujui oleh Ahamd Said kepada Duli Tuanku Sultan dan YAB PM beliau enggan berundur dan memungkiri janji untuk berundur dari jawatan Menteri Besar.

Untuk makluman majlis pernikahan anak Ahmad Said telah berlangsung pada minggu lalu. Ahmad Said dengan sengaja mengedarkan kad jemputan perkawinan anak beliau pada 17 Mei ini semata mata mahu mendapatkan simpati ahli UMNO dan juga rakyat sedangkan beliau tahu tempoh beliau memegang jawatan Menteri besar akan tamat pada 12hb Mei 2014 mengikut perjanjian yang telah dimeterai.

YAB PM Dato Sri Najib telah melakukan yang terbaik bagi memastikan UMNO dan Barisan Nasional negeri Terengganu kekal relevan. Tindakan untuk menukarkan Ahmad Said bukan satu tindakan yang terburu buru kerana ianya sepatutnya telah berlaku setahun yang lalu. Namun atas tanggungjawap dan keperihatinan YAB PM beliau mempersetujui permohonan setahun yang diminta sendiri oleh Ahmad Said.

Jelas pada kita semua, bahawa tindakan Ahmad Said adalah amat tidak wajar dan tidak seharusnya berlaku. Beliau juga seharusnya sedar bagaimana kedudukan beliau memegang jawatan Menteri Besar setelah Idris Jusoh disingkirkan selepas PRU12. Jadi hari ini ianya berbalik kepada prinsip perjuangan parti ataupun jawatan. Ahmad Said sewajarnya mejelaskan pekara sebenar kepada rakyat.

Jika Idris Jusoh ditolak sebagai Menteri Besar kerana tidak mendapat perkenan Tuanku Sultan dan bagaimana pula kali ini apabila Tuanku Sultan perkenan Yb Raziff sebagai Menteri Besar?

Dato Sri Najib Razak bukan seorang yang semberono ataupun kejam. Ahmad Said sewajarnya mengikuti contoh tauladan bekas MB Terdahulu Idris Jusof yang tetap setia bersama parti UMNO walaupun tersingkir dari jawatan Menteri Besar. Apa yang dilakukan YAB PM adalah untuk kebaikkan seluruh rakyat negeri Terengganu, UMNO dan Malaysia.

Monday, 12 May 2014

Puaka Niring : Rakaman CCTV Didakwa Serigala Jadian???


Serigala jadian adalah makhluk yang biasanya hanya dilihat dalam filem-filem seram.

Namun rakaman CCTV di Sao Gocalo de Compos, Bahia, Brazil baru-baru ini mencetuskan tanda tanya jika serigala jadian benar-benar wujud.

Video berdurasi 44 saat itu dikatakan menyokong cerita seorang lelaki tempatan bernama Pinto yang sebelumnya mendakwa dia diterkam oleh serigala jadian namun dapat melepaskan diri.

Pinto menggambarkan makhluk tersebut berwarna hitam dan setinggi 5 kaki.

Dakwaan Pinto yang pada mulanya dijadikan mainan akhirnya membuka cerita beberapa saksi lain yang turut mendakwa terlihat makhluk menyerupai serigala jadian ini di kawasan sekitar sekaligus menjadi berita hangat dalam kalangan penduduk.

Susulan itu, kerajaan tempatan mengesyorkan agar penduduk tidak keluar dari kediaman mereka selepas jam 9 malam sementara kewujudan makhluk ini disiasat.

Calon PCM Datuk Huan Tak Layak Jadi Ahli Parlimen Bukit Gelugor??? @NajibRazak @Huan2U


Kenapa calon dari Parti Cinta Malaysia, Datuk Huan Cheng Guan tak layak untuk jadi Ahli Parlimen Bukit Gelugur???? Apa kurangnya beliau???? Gua rasa pengundi Parlimen Bukit Gelugur kena jadikan segala pengalaman yang beliau miliki dalam politik sebelum ini sebagai sandaran untuk penduduk Bukit Gelugor memilih beliau sebagai wakil rakyat yang boleh membawa suatu demensi yang baru kepada mereka. 

Di bawah ini adalah bukti-bukti pengalaman luas Datuk Huan dalam pentadbiran dan politik. Seharusnya dengan segala pengalaman ini menjadi sandaran kepada pengundi Bukit Gelugor untuk memilih beliau sebagai wakil rakyat kerana beliau amat memahami senario geopolitik dan geopolitik negeri Pulau Pinang kerana pernah menjadi Ahli Parlimen Batu Kawan.







Tengku Abdullah Nasihat Peminjam Tekun Tidak Salah Guna Pinjaman.. @IsmailSabri60 @NajibRazak #DSIS


Tengku Mahkota Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah menasihati peminjam Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (Tekun) Nasional agar tidak menyalahgunakan kemudahan itu.

Titah baginda mereka juga perlu melunaskan pinjaman seperti yang ditetapkan agar kemudahan itu dapat dimanfaatkan oleh peminjam lain pada masa akan datang.

"Segala kemudahan yang disediakan agensi kerajaan bertujuan membantu usahawan, dan peluang yang ada harus diambil untuk usahakan perniagaan sebaik mungkin," titah baginda ketika ketika merasmikan Program Jelajah Informasi Usahawan anjuran kerajaan negeri Pahang peringkat daerah Raub di Dataran Taman Tasek Raub.

Majlis turut dihadiri oleh Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Tekun Nasional Datuk Abdul Rahim Hassan dan Pengerusi Jawatankuasa Koperasi, Usahawan dan Kepenggunaan negeri Datuk Shahiruddin Ab Moin.


Titah Tengku Abdullah sejak penubuhannya pada 1995, Tekun Nasional sudah mengeluarkan pinjaman lebih RM3 bilion kepada 280,000 usahawan di seluruh negara.

Di Pahang sahaja lebih 30,000 usahawan mendapat pinjaman membabitkan peruntukan RM205 juta dalam tempoh yang sama, titah baginda.

Baginda turut berharap jelajah usahawan yang diadakan itu dapat memberi panduan dan maklumat kepada usahawan dalam mendapatkan pinjaman serta bantuan untuk menjalankan perniagaan.

Hasil maklumat dan panduan itu, baginda berharap usaha kerajaan untuk melahirkan lebih ramai lagi usahawan dan peniaga yang maju dan berdaya saing akan tercapai.

Baginda turut menyarankan agar usahasama dijalankan antara Majlis Amanah Rakyat (Mara), Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (Muip) dan Tekun dalam mengenal pasti golongan asnaf yang berpotensi diberikan bantuan bagi memulakan perniagaan.

Sunday, 11 May 2014

Setiausaha Akhbar Menteri Wilayah Lemah Pertahankan "Bos" Sendiri Salahkan Orang Lain???? @NajibRazak


Nampak gayanya makin parah jentera siber Bahagian Putrajaya bila "GAGAL" berfungsi mempertahankan BOS mereka yang juga Ketua Bahagian Putrajaya "kebetulan" juga Menteri Wilayah bila mahu mengheret bekas-bekas blogger dari sebuah unit di bawah sayap Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia yang kini sudah tiada lagi. Kesannya ia mula membangkitkan kemarahan sahabat-sahabat blogger "yang takda kaitan dalam ini filem" seperti tulisan sahabat MedanTempurKedah (cerita penuh SILA KLIK SINI)
Untuk pengetahuan SU Akhbar Ku Nan, tindakkan rakan blogger yang menegur Ku Nan itu bukanlah mewakili semua kumpulan blogger, beliau menegur kerana Ku Nan adalah Ketua Bahagian beliau dan beliau ahli Umno serta jentera parti di Putrajaya.. Jadi tak salah menegur sesuatu jika perkara itu boleh merosakkan Umno di bahagian..

Ada diantara blogger mempunyai jawatan diperingkat cawangan ataupun bahagian.. Jadi tak salah jika mereka menegur pemimpin mereka dalam blog masing masing.. Kami sebagai blogger bebas, berhak nyatakan apa saja perkara yang boleh memburukkan parti..

Kepada SU Akhbar Ku Nan, saya harap anda sudah jelas tugas kami.. Bukan semua blogger menghentam pemimpin atas kepentingan peribadi sebaliknya menegur pemimpin agar tidak hanyut dek jawatan yang diamanahkan..

Sepatutnya tugas pegawailah yang perlu sampaikan teguran teguran ahli dibahagian kepada Boss, agar permasalahan dapat diselesaikan segera.. Dan bukannya menyuruh orang lain membalas kritikan orang yang membuat teguran..


dan juga di seorang sahabat lagi iaitu Sangkakalajari9 (cerita penuh SILA KLIK SINI).
Sangkakala membuat teguran apabila 2 keping gambar Menteri ni menaiki pesawat untuk menunaikan umrah dan kembali dari menunaikan umrah tersebar di kalangan ketua ketua cawangan.
Bagi Sangkakala teguran ini sepertimana yang dikatakan oleh rakan blogger dalam pautan tadi, adalah untuk memberikan kesedaran kepada Ku Nan dan ianya adalah sahih.
Ada juga yang mengatakan bahawa jasa Ku Nan dalam parti perlu dilihat, dan bagi Sangkakala pula, jasa tersebut tidak menghalalkan cara atau membuatkan para blogger pro kerajaan berdiam diri dengan kesilapan yang dilakukan.
Tapi apa yang mengecewakan ialah, teguran ini tidak diambil berat oleh Setiausaha Akhbar Ku Nan, malah rakan facebook beliau menyerang para blogger dan ada kemungkinan termasuklah diri Sangkakala dan kemungkinan besar, ini adalah arahan atau permintaan dari Setiausaha Akhbar Ku Nan sendiri.
Daripada apa yang gua lihat inilah salah satu kelemahan pentadbiran Ketua Bahagian Putrajaya "yang secara KEBETULAN menjadi Menteri Wilayah" bila melantik orang yang entah hapa-hapa duduk di pejabat beliau. 

Adakah menjadi satu kesalahan besar jika menegur melalui media sosial? Alasan yang diberikan kenapa tidak berjumpa sendiri dan terus luahkan segala permasalahan. Apakah dah ketinggalan zaman kot Menteri Wilayah ni sedangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib pun sudah memperlihatkan keterbukaan beliau dalam menerima arus perubahan teknologi seperti menggunakan medium media sosial. Inilah masalahnya dengan kepimpinan menteri yang yang ada sekarang GAGAL mengikuti arus perubahan menyebabkan rakyat terutama golongan muda mula menjauhi UMNO.


Panas!!! Video "Wak Doyok" Dimalukan Gara-gara 'SPEAKING LONDON'!!!!


Nama Wak Doyok mungkin sudah tidak asing lagi di kalangan pencinta fesyen tanahair.

Pemilik jenama The Garment ini cukup terkenal dengan imej misai dan gaya maskulin Inggerisnya sehingga menjadi ikutan ramai selebriti tanahair.

Baru-baru ini, menerusi program televisyen ‘Skool of Lawak’, satu video temubual dalam bahasa Inggeris bersama Wak Doyok telah disiarkan.

Bagaimanapun, pereka fesyen ini dilihat sedikit tergagap untuk menjawab soalan daripada pengacara tersebut.

Ia sekaligus mencetuskan persoalan di kalangan penonton di laman YouTube, adakah Wak Doyok kurang fasih berbahasa Inggeris????