Jadilah Sahabat Kulaan...

SEWA

SEWA

TRIP

TRIP
PAKEJ TRIP KE KRABBI, HATYAI TERMURAH...

Thursday 16 February 2012

Puaka Niring : Setiap Kali Ramsey Menjaringkan Gol, Pasti Ada Individu Terkenal Meninggal Dunia!


Pemain tengah Arsenal, Aaron Ramsey kini berhadapan dengan dilema setiap kali menjaringkan gol.

Apa tidaknya, setiap kali dia berbuat demikian, pasti akan ada personaliti atau individu terkenal yang akan meninggal dunia…terbaru melibatkan penyanyi terkemuka, Whitney Houston.

Whitney meninggal dunia beberapa jam selepas pemain berusia 21 tahun itu berjaya menyumbatkan gol dalam perlawanan menentang Sunderland Sabtu lalu.


Walaupun cuma satu kebetulan, namun ia kini menjadi bahan lawak dalam internet dan media- media Britain.

Untuk pengetahuan anda, ‘kebetulan’ yang terjadi mula diperkatakan bulan Mei tahun lepas sewaktu Ramsey menjaringkan gol ke atas Manchester United.

Keeseokan harinya Osama Ben Laden dilaporkan berjaya dibunuh tentera Amerika Syarikat.

Sewaktu golnya berjaya menembusi gol pasukan Spurs Oktober lalu, tiga hari kemudian ‘bos’ Apple, Steve Jobs menemui ajal.

Sebulan selepas itu, Ramsey menjaringkan gol ke atas Marseille dalam Liga Juara-Juara. Nak tahu apa jadi? Esoknya Muammar Gadaffi pula meninggal dunia.

Segala ‘kebetulan’ yang berlaku menyebabkan seorang peminatnya telah menulis dalam satu ruangan forum. Katanya;

” Saya risau keadaan akan menjadi ‘semakin tidak terkawal’ kalau dia berjaya menjaringkan gol lagi,”

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The True Brothers

The True Brothers