Jadilah Sahabat Kulaan...

SEWA

SEWA

TRIP

TRIP
PAKEJ TRIP KE KRABBI, HATYAI TERMURAH...

Saturday 17 August 2013

Puaka Niring : Kisah Benar Santau Bulu Kerana Daun Pandan...


Petang tadi sedang lepak-lepak ngan sahabat-sahabat di Ipoh tadi sedang rancak sembang isu cerita politik negeri Perak tetiba boleh "divert" ke cerita santau yang dialami sendiri oleh salah seorang sahabat tadi hanya kerana marahkan jiran kerana memotong daun pandan.

Cerita lama berkaitan salah seorang keluarga member yang disantau hanya kerana daun pandan. Dikatakan ahli keluarga beliau ada menanam banyak pokok pandan dikeliling rumahnya. Jiran yang tinggal berdekatan plak meniaga nasi lemak dan diceritakan setiap senja waktu maghrib anak peniaga nasi lemak ini tadi akan datang mengambil daun pandan tadi.

Nak dijadikan cerita pada suatu hari tuan rumah pokok pandan tu membersih kawasan rumah termasuk memotong sedikit pokok pandan yang dilihat agak semak. Lebihan pandan tadi disimpan untuk nanti diberikan kepada jiran yang setiap hari datang ambik daun pandan bagi memasak nasi lemak.

Bila tiba waktu maghrib maka anak jiran pun datang untuk memotong dan mengambil daun pandan. Maka tuan rumah pun menyuruh anak jiran untuk ambil daun pandan yang telah dipotong. Tiba-tiba anak jiran terus pulang tanpa perlu mengambil daun pandan. Selang beberapa hari tuan rumah mula mengalami sakit misteri bermula dengan bengkak di muka.

Puas anak tuan rumah bawak pegi berubat sampai jumpa sorang ostad kat Trong Taiping baru tau yang tuan rumah tadi kena santau. Ostad tadi memberi gambaran terperinci pasal individu yang menghantar santau termasuk rupa paras dan lokasi rumah.

Di akhir cerita sahabat tadi, tuan rumah akhirnya meninggal dunia kerana kesan santau tadi.

p/s : apa yang cuba disampaikan di sini hanyalah sebahagian daripada kisah benar yang berlaku dalam dunia paranormal yang mungkin pada sesetengah orang mungkin tak mempercayainya tapi mungkin peristiwa yang sama pernah berlaku pada orang lain atau keluarga yang rapat dengan kita.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

[Gambar] Kereta VolksWagon Golf Ustaz Azhar Idrus Bersepai Terlampau Laju Sangat???


Kami mendapat maklumat daripada salah seorang followers Oh! Media mengenai satu kemalangan yang melibatkan Ustaz Azhar Idrus dan isteri.

UAI yang bersama isteri barunya dalam perjalanan menuju ke Kuala Lumpur bagi menghadiri satu kuliyah tertutup (kerana tidak ada di dalam jadual).

Kemalangan awal pagi tadi yang berlaku di Pengadang Baru, Terengganu yang melibatkan kereta Volkswagen Gti Golf milik penceramah bebas terkenal Ustaz Azhar idrus dan juga sebuah Proton Saga.

Kami diberitahu Ustaz Azhar Idrus hanya luka-luka dan pemandu Proton Saga hanya cedera ringan.

Bagaimanapun isteri Ustaz Azhar Idrus tidak mengalami sebarang kecederaan.

Untuk anda semua, berhati-hatilah di jalanraya, kemalangan boleh berlaku kepada sesiapa sahaja.

Apapun petang ini Ustaz Azhar Idrus tetap akan bertolak ke Kuala Lumpur untuk menyampaikan kuliyah seperti biasa. (Ohartis.com)
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Panas!!! Wassap Dari Rakyat Malaysia Yang Mengalami Sendiri Ketegangan Di Mesir!!!!


Ni whatsapp dari isteri Ust Nasaie, K. Amirah Munirah. Baru ni je dia share -

Perintah berkurung 7 malam - 7petang. Kami duk di rumah je. Selamat insyaallah. Bahaya malam. Tentera mengganas. Diberitahu kawan di Sabi' 4 km dari Rubuah sekatan jalanraya waktu malam banyak sangat. Hampir takda kete lalu.

Pagi depa tak tutup jalan tapi kete kebal kete polis penuh di tepi jalan standby je. Malam lebih-lebih lagilah berpesta depa puak ni. Ada 1 kete lalu di check habis-habisan. Malam semua org tak keluar. Sape keluar digeledah habis.

Penembak tepat kebanyakannya target tembak isteri-isteri atau anak-anak pimpinan. Suami sebahagian sembunyi. Depa ugut dengan bunuh. Kes Ramadan lepas 4 syuhada. 3 orang isteri pimpinan. 1 org lagi pelajar universiti asma tak tahan gas.

Ribuan jenazah di Rubuah bawah kawalan depa. Dapat curi 300 jenazah dilarikan ke Masjid Iman. Kaum keluarga pakai datang nak urus. Tentera buat tembakan semalam belah malam di masjid tu. Baki jenazah di Rubuah rasenya bakar gitu je nak hapus kesan.

Friday 16 August 2013

[18SX] Pengikut Al-Arqam Adakan Majlis Berbaur Seks!!!


KUALA LUMPUR – Pengikut Al-Arqam yang kini aktif semula atas nama Global Ikhwan mengadakan majlis berbaur seks dan mempengaruhi para isteri agar meninggalkan suami mereka yang tidak lagi bersama jemaah itu, dakwa Pertubuhan Kebajikan Insaniah Srikandi Malaysia (Srikandi).

Presiden Srikandi, Norashikin Abd Ghani, berkata, Hatijah Aam atau Ummu Jah yang kini mengetuai jemaah tersebut pernah menganjurkan majlis di mana wanita yang menyertainya datang dengan hanya memakai baju tidur nipis semata-mata.

"Selepas sesi ceramah terdapat slot lucah termasuk goyang gerudi, kononnya untuk membangkitkan roh seks.

" Ini adalah kesesatan yang jelas," dakwa Norashikin dalam satu sidang media khas di sini hari ini.

Srikandi adalah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang menjalankan kerja-kerja kemasyarakatan dan kemanusiaan.

Thursday 15 August 2013

Puaka Niring : Untuk Apa TV3 Siarkan Hantu Gangster Arahan Namewee??? @tv3


Pernah satu ketika Aidilfitri beberapa tahun lalu Stesyen Televisyen Malaysia Berhad atau TV3 menayangkan iklan Hari Raya yang kontroversi yang dilihat menyentuh sensitiviti umat Islam apabila iklan dicampur adukkan dengan elemen pelbagai agama.

Hasilnya, TV3 menarik semula siaran iklan itu dan memohon maaf di atas tindakan mereka. Kali ini, pada Aidilfitri kali ini TV3 pula telah menjadualkan tayangan filem arahan pengarah filem menghina Melayu dan Islam Wee Meng Chee atau Namewee.

Filem yang dipilih sudahlah tajuknya tak berfaedah "Hantu Gangster" lebih parah ia ditayangkan ketika sambutan Aidilfitri masih lagi hangat di seluruh negara. Di dalam laman web jadual TV3, tayangan filem itu dijadualkan pada 19 Ogos depan pada pukul 10 malam, waktu perdana.

Tidak layak untuk filem Namewee ditayangkan di mana-mana stesen TV di mana pun di negara ini kerana jelas, pemuda ini tidak menghargai budi yang diberikan oleh kerajaan.

Jelas dalam videonya, dia bertindak mengugut kerajaan dengan niat menghina mereka selepas kerajaan terutamanya Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menarik balik kebenaran tayangan filem The New Village.

Ia dikatakan mempunyai unsur mengagungkan komunis yang diangkat sebagai wira kemerdekaan negara.

Namewee mempertikaikan juga tindakan menahan dan mendakwa dua blogger seks Alvin dan Vivian selepas kontroversi mereka menghina kesucian bulan Ramadan beberapa minggu lalu.

Kini TV3, sebuah stesen televisyen tersohor nak tayangkan filem Hantu Gangster arahan si dia ni pada waktu Aidilfitri. Eloklah pihak TV3 menilai semula keputusan ini.

Jika terus ditayangkan, pasti mengundang kritikan hebat dan kecaman lagi dari orang ramai tambahan pula orang Melayu Islam di negara ini. Sudah habis kah stok Jejak Rasul yang hebat dulu untuk ditayangkan semula???
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Menteri Perlancongan Lantik Anak Jadi Pegawai Khas Kementerian??? Kroni La Nie!!! @NajibRazak

Ni apa lagi citer pasal Pak Menteri Perlancongan yang ribut-ribut kat alam maya ni. Dia buat perangai apa pulak ni, tak sudah-sudah buat UMNO ngan kepala PM pening ni. Hari tu pasal gambar dia tunjuk "fuck" kat jurukamera.

Ni pasal anak dia plak jadi Pegawai Khas kepada bapak dia sendiri di kementerian bapak dia macam blogger Sangkakala laporkan. KLIK SINI


Pemimpin UMNO macam ini la yang busukkan nama baik UMNO. Pemimpin macam ni la yang bikin PM pening kepala tak boleh nak buat kerja lain dok pikir macam mana nak kasi settle. Elok jer ahli UMNO yang boleh mengundi masa Pemilihan UMNO nanti pikir banyak kali nak angkat orang macam ni jadi pemimpin tinggi UMNO.

Apa yang Pak Menteri ni buat telah membuka ruang seluas-luasnya kepada pembangkang untuk menghentam UMNO. Kita dok kata pemimpin Pakatan Rakyat kroni sana kroni sini, aleh-aleh pemimpin kita pun buat benda yang sama macam mana. Tengok MB Kedah yang baru, terang-terang tidak akan memberikan projek kepada ahli keluarga beliau demi untuk membersihkan nama baik UMNO daripada dituduh parti kroni. Dia senang-senang jer bagi busuk nama parti. Akal letak kat mana.

Entah apa mandrem Pak Menteri ni sampai PM masih dok ambik bela dia sampai masih jadi Menteri. Ingatkan lepas PRU13, PM dah tak lantik dia jadi menteri.

p/s : kita tunggu la apa reaksi dari Pak Menteri ni ye...
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Kisah Koperal Trafik Berhati Mulia… @PDRMsia @ZahidHamidi


Walaupun wang ringgit yang dikeluarkan untuk membantu mungkin tidak mahal, nilainya amat tinggi buat orang yang sedang memerlukan pertolongan.

Itulah contoh kejadian yang berlaku jam 6 petang semalam, apabila seorang pemuda bernama Khairi Amer kehabisan minyak motor di Jalan Pekeliling, Kuala Lumpur.

Khairi amat bersyukur apabila seorang anggota trafik berpangkat Koperal sudi membantunya membelikan minyak motor.

Malah menurut Khairi yang berkongsikan kejadian ini di Facebook PDRM, anggota trafik berkenaan datang bersama minyak motor dalam botol besar yang dibeli dari stesen minyak berhampiran walaupun dia cuma memberikan botol kecil kepadanya sebelum itu.

Anggota trafik itu juga hanya tersenyum dan tidak mahu menerima wang yang dikeluarkannya untuk membelikan minyak motor tersebut walaupun dihulur.

Tahniah diucapkan kepada PDRM yang berjaya melahirkan penjawat awam yang berdedikasi menjalankan tugas seperti anggota trafik tersebut. Semoga lebih banyak lagi kes-kes seperti ini dapat didengar pada masa akan datang. – REM RAMZI

Sumber: Facebook Polis DiRaja Malaysia
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Wednesday 14 August 2013

Panas!!! Drummer Kumpulan Rock Otai "Search" Masuk Hospital???


Ini cerita yang gua jumpa pasal otai drummer kumpulan Search yang gua minat dari sejak gua kecik lagi. Gua doakan bro Yazid Search cepat sembuh dan kembali sihat untuk membuat persembahan dengan kumpulan Search.

"Pemain drum kumpulan Search, Yazid, dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) secara mengejut kerana penyakit buah pinggang yang kronik.

Berita tersebut dimaklumkan oleh pihak Karyawan menerusi satu mesej pesanan ringkas (SMS) yang kami terima, lewat malam tadi.

Menerusi SMS tersebut, difahamkan Yazid atau nama sebenarnya, Yazid Ahmat, 50, kini berada di wad Buah Pinggang, HKL.

Turut dimaklumkan, pada tengah hari ini pihak Karyawan akan menziarahi Yazid untuk mengetahui perkembangan lanjut mengenai diri pemuzik itu. – Malaysian Digest"
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

DAP Sarawak Kena Sound Tepek Ngan Ketua Pemuda UMNO @KhairyKJ!!! @NajibRazak


KENYATAAN MEDIA
KETUA PEMUDA UMNO MALAYSIA

Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia amat kesal dengan tuduhan serta kenyataan biadab dan tidak bertanggungjawab Pengerusi DAP Sarawak, Chong Chieng Jen di mukasurat depan Borneo Post hari ini 14hb Ogos, 2013. Beliau menuduh bahawa insiden kes tembak-menembak serta jenayah yang berleluasa di negara ini adalah sebahagian daripada sandiwara Barisan Nasional (BN) bagi mengembalikan beberapa akta yang telah dan sedang dimansuhkan.

Tohmahan serta tuduhan itu jelas merupakan satu bentuk hasutan yang serius, keterlaluan dan bertujuan mempengaruhi rakyat bagi membenci BN selaku kerajaan yang dipilih secara sah pada pilihan raya umum lalu.

Kenyataan Chong sebagai pemimpin kanan DAP yang juga merupakan Ahli Parlimen Bandar Kuching itu jelas menampakkan tahap pemikirannya yang cetek dan keanak-anakan bagi memperjuangkan politik kebencian yang diamalkan pembangkang terutama DAP selama ini.

Atas rasa tanggungjawab serta cintakan keamanan negara, kesejahteraan rakyat dan prinsip memperjuangkan amalan politik matang, Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya kenyataan 'politik kotor' Chong dan berharap ia membuka mata rakyat tentang kualiti pemikiran dan perjuangan politik para pemimpin pembangkang.

Sehubungan dengan itu, satu laporan polis telah kami buat laporan di Balai Polis Indera Mahkota, Pahang (NO Report : Kuantan/02689/13)ke atas Chong supaya satu tindakan undang-undang yang tegas dan adil dapat dilaksanakan ke atasnya.

KHAIRY JAMALUDDIN ABU BAKAR
Ketua
Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Pak Lah Kena Balun Kaw2 Dengan PERKASA Pulak???


PERTUBUHAN Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) hari ini mengecam tindakan Bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi (Pak Lah) yang dikatakan telah mengeluarkan dakwaan negatif terhadap pertubuhan tersebut serta mengkritik Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Dalam sebuah kenyataan akhbar yang dikeluarkan oleh Setiausaha Agung Perkasa Syed Hassan Syed Ali, beliau menyifatkan buku Awakening: The Abdullah Badawi Years in Malaysia merupakan sebuah buku penafian semata-mata.

Malah, beliau selaku Timbalan Presiden Kelab Chedet turut berdiri untuk mempertahankan Tun Mahathir kerana beliau menyifatkan kritikan Pak Lah terhadap Tun Mahathir jelas tidak benar sama sekali.

Syed Hassan menjelaskan, tindakan Pak Lah yang mengecam Perkasa kerana dikatakan cuba untuk mengambil hak kaum lain demi kepentingan Melayu adalah tidak benar kerana tujuan pertubuhan tersebut hanyalah untuk mempertahankan kepentingan Melayu dan Islam dimana telah termaktub dalam Perlembagaan Negara.

Beliau turut memberi contoh berkenaan pengurangan peruntukan Biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dimana daipada 90% peruntukan kepada kaum Melayu akhirnya hanya tinggal 55% sahaja di penghujung zaman kepimpinan Pak Lah.

Tuesday 13 August 2013

Layak Ker Kaki Balun Ni Jadi Exco Pemuda UMNO Kalo Bukan Kroni @Khairy_KJ???? @NajibRazak #Pemilihan


Buat masa nie gua belum mau komen apa-apa lagi pasal calon nie. Gua nak tengok dulu rentak dia. Dulu kaki balun orang mamat nie. Sume orang tak betul. Ye la... Dulu belum ada jawatan.

Gua doakan dia menang jawatan exco Pemuda UMNO Malaysia dan memegang biro tertentu. Sedap skit gua nak balun sebab dulu dia pun kaki balun kan bro... "fare n square"....

p/s : tuuuuuuuuuuunngguuuuuuu!!!!
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Pak Arab Langgar Lari Budak Motor Kat Lebuhraya Utara Selatan!!! @PDRMsia @plustrafik @LLMinfotrafik


Walaupun gua rasa agak terlewat untuk post story xciden yang berlaku depan mata gua dan gua sendiri berada di lokasi kejadian, gua rasa terpanggil untuk membantu pihak PDRM mencari pak arab yang langgar lari tu.

Kejadian berlaku awal subuh hari terakhir puasa sehari sebelum hari raya lalu sekitar jam 6 pagi lepas gua berenti sahur. Gua dalam perjalanan pulang ke kampung di Perak dari ibukota. 


Dalam perjalanan lepas Hentian Behrang lokasi km 382.3 menghala ke utara, tiba-tiba sebuah MPV biru macam teksi Limo dari lorong laju paling kanan terus menghimpit tepi lebuhraya. Kebetulan sekumpulan budak-budak muda sedang berkonvoi pulang ke kampung.

Monday 12 August 2013

Jawapan Pak Lah Pasal Kecoh "Buku Pak Lah"...


KENYATAAN MEDIA Y.A.BHG TUN ABDULLAH HAJI AHMAD BADAWI


Sejak dua tiga hari yang lepas, banyak berita diterbit mengenai 'buku Pak Lah'. Isu ini juga mendapat liputan luas dalam media sosial dengan pelbagai reaksi dan komen. Sebelum saya memberi apa-apa komen, mungkin saya perlu memberi sedikit penjelasan tentang buku tersebut.
 
Pertamanya, buku tersebut tidak ditulis oleh saya. Buku ini disusun oleh dua ahli akademik, James Chin dan Bridget Welsh, dengan memuatkan beberapa rencana oleh pelbagai penulis yang telah menyumbangkan tulisan masing-masing mengenai pentadbiran saya sebagai Perdana Menteri. Ada yang dikhabarkan positif dan banyak juga yang negatif dan kritikal.
 
Kedua, saya sendiri hanya terlibat melalui wawancara yang dibuat oleh James Chin dan Bridget Welsh. Wawancara ini lebih kepada menjawab soalan-soalan yang dibangkitkan oleh penulis-penulis yang telah menyumbang kepada buku tersebut dan memberi saya ruang untuk menjelaskan beberapa perkara dari sudut saya sendiri.
 
Ketiga, saya tidak menaja atau meminta buku tersebut diterbitkan. Sudah menjadi perkara biasa para akademik membuat analisa tentang sejarah politik negara kita dan sudah pasti era saya tidak terlepas dari kajian ilmiah. Saya cuma telah setuju untuk diwawancara agar suara, pendapat serta penjelasan saya dapat dimuatkan didalam buku tersebut.
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The True Brothers

The True Brothers