Jadilah Sahabat Kulaan...

SEWA

SEWA

TRIP

TRIP
PAKEJ TRIP KE KRABBI, HATYAI TERMURAH...

Friday 6 September 2013

Panas!!! Siapa @Azwanbro Sebenarnya??? @NajibRazak @ZambryAbdKadir @Khairykj @tunfaisal


Khairul Azwan Harun atau lebih mesra dikenali dengan Azwan Bro dilahirkan di Ipoh, Perak. Sejak awal Azwan telah dididik dalam suasana kekeluargaan yang mengutamakan nilai-nilai kesederhanaan, keagamaan dan kepentingan jati diri Melayu.

Azwan mendapat pendidikan awal di Sekolah Menengah Raja Permaisuri Bainun, Ipoh dan seterusnya melanjutkan pelajaran di Universiti Islam Antarabangsa sebelum menyambung pelajaran di Cardiff University Of Wales, United Kingdom (Bachelor Of Science) dan Universiti Terbuka Malaysia (Master Of Management).

Penglibatan Azwan dalam dunia politik sebenarnya bermula semenjak belajar di luar negara lagi apabila terlibat secara langsung bersama Kelab UMNO Luar Negara UK & Eire.

Setelah pulang dari United Kingdom, pada tahun 1999, beliau memulakan kerjaya sebagai Juruaudit dan Konsultan Kewangan di Ernst & Young, Kuala Lumpur.

Pada tahun 2004, Azwan telah dilantik sebagai Pegawai Khas kepada YB Dato’ Dr. Zambry Bin Abd. Kadir yang ketika itu merupakan Exco Pelajaran, Sumber Manusia dan Teknologi Negeri Perak.

Wednesday 4 September 2013

Puaka Niring : Misteri Kehilangan Kharun Aseh Terbongkar??? @NajibRazak


Sebelum ini gua ada keluarkan satu siri bercakap ngan Khairun Aseh dalam segmen Puaka Niring mengenai tanda tanya ketidakhadiran Setpol PM ni semasa Mesyuarat Cawangan Matahari baru-baru ini. Sila klik sini :

Akhirnya segala misteri dan tanda-tanya terurai bila rahsia ke mana hilangnya Khairun dari mesyuarat cawangan Matahari terjawab. Khairun telah berpindah cawangan dari cawangan Matahari ke cawangan Kaktus. Satu Putrajaya dah tahu bahawa cawangan Kaktus merupakan kubu kuat pengaruh Khairun kerana itu adalah cawangan anak buah kesayangannya Khairil.

Maka, bila misteri kehilangan Khairun ini akhirnya terjawab timbul pula misteri yang baru. Kenapa Khairun berpindah cawangan sedangkan semua exco lain masih berada dalam cawangan lama. Mengikut sumber yang di bawa angin, tujuan sebenar Khairun berpindah ke cawangan kubu kuatnya adalah untuk bertanding sebagai Ketua Cawangan. Ini kerana Ketua Cawangan lamanya iaitu Matahari adalah Datuk Seri Tengku Adnan yang juga merupakan Ketua Bahagian Putrajaya. Takkan dia berani nak langgar Ku Nan.

Jika benar teori ini berlaku, sudah dapat diagak bahawa beliau masih gilakan jawatan sedangkan semasa beliau memegang jawatan AJK Bahagian dia tak datang ke mesyuarat pun. Apa jaminan bahawa jika beliau memegang jawatan Ketua Cawangan boleh menjamin bahawa beliau boleh menjaga cawangan dengan turun ke padang dengan kerapnya.

Gua masih menantikan langkah beliau umpama sedang bermain catur pulak apa rancangan beliau di Putrajaya.

Buat PM atau pegawai PM atau staf PMO yang monitor tulisan gua ni, bagi la nasihat kat PM agar si Khairun ni kerja elok-elok kat PMO tu. Jawatan yang disandang beliau ni bukan kecik-kecik anak, Setpol kepada PM tu.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tuesday 3 September 2013

Biar Betul!!! @ArmandPJU Kalah Jawatan Ketua Cawangan??? @NajibRazak


Tahniah kepada Armand Azha kerana sekali lagi dilantik secara sebulat suara oleh semua ahli UMNO Cawangan Pusat Bandar Damansara Jaya Bahagian PJ Utara bagi mempertahankan jawatan Ketua Cawangan sejak 2004 hingga 2013. Satu tanggungjawab dan amanah yang telah dipikul dengan baik oleh beliau selama hampir 10 tahun (2 penggal).

Ini antara ucapan beliau kepada semua ahli-ahli yang telah hadir ke mesyuarat pemilihan tersebut :

"Alhamdulilah syukur, sekali lagi diberikan mandat untuk menjadi Ketua Cawangan Pusat Bandar Damansara Jaya untuk terus kekal memimpin Cawangan bagi penggal 2013/2016. Terima kasih atas kepercayaan dan amanah yang diberikan..."

Di bawah ini adalah senarai ahli jawatankuasa baru yang dilantik untuk penggal 2013/2016 :

Pengerusi Tetap :
Rizwan Rizal Effandy

Timbalan Pengerusi Tetap :
Md Aidil Ghadafi

Ketua Cawangan :
Arman Azha Hj Abu Hanifah

Timbalan Ketua Cawangan :
Robby Chandra Bin Salman

Ketua Pemuda:
Nazzif Bin Abu Bakar

Setiausaha :
Mohd Ruzaini Bin Ramli

Bendahari :
Mohd Farid Bin Zainal Abidin

Ketua Penerangan :
Ezwan Shah

p/s : lepas menang Ketua Cawangan boleh la menang Ketua Bahagian kot... he he he he he

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Monday 2 September 2013

Panas!!! Gambar YB Kuala Kangsar Ditangkap Ketika Menyerahkan Sampul??? @NajibRazak @ZambryAbdKadir @tunfaisal





Presiden GBG1M Bakal Ketua Pemuda Kota Bharu??? @NajibRazak


Presiden Gerakan Belia Gagasan 1Malaysia mahu bertanding jawatan Ketua Pemuda UMNO Kota Bharu pada pemilihan parti itu Oktober ini.

Shahrul Nasrun Kamarudin, 27, berkata, beliau menawarkan diri untuk bertanding jawatan itu bagi melaksanakan meraih kembali sokongan golongan muda kepada UMNO.

"Langkah yang saya ambil ini bagi menyahut seruan Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak yang mahu melaksanakan transformasi politik terutama meraih semula sokongan golongan muda," katanya.

Beliau mengumumkan perkara itu pada majlis Perasmian Kejohanan Futsal Merdeka 2013 Suara Generasiku di Pengkalan Chepa.

Shahrul yang juga ahli Pemuda UMNO Cawangan Atas Banggol berkata, beliau akan membawa pendekatan drastik untuk mendekati golongan muda.

Menurutnya, golongan muda perlu didekatkan dengan UMNO Bahagian Kota Baharu supaya mereka memahami parti itu dengan lebih mendalam.

Jawatan Ketua Pemuda UMNO Kota Bharu kosong selepas penyandangnya, Datuk Rosmadi Ismail melepaskan jawatan itu atas faktor had umur sebelum ini.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Sunday 1 September 2013

Putra Disokong 24 Bahagian Pemuda Perak Calon Exco Pemuda Malaysia!!! @NajibRazak @ZambryAbdKadir @tunfaisal


Siapa tak kenal Putra di Perak. Dari budak-budak kecik sampai orang tua terutama di Bahagian Ipoh Barat semua kenal Putra dan apa jasa beliau diperingkat cawangan, bahagian, negeri Perak dan nasional. Inilah calon exco pemuda UMNO yang layak membantu Pemuda UMNO Malaysia bagi penggal yang akan datang.

Ketua Pemuda Ipoh Barat ini terkenal dengan suara lantangnya membela bangsa Melayu ini bukanlah hanya mula bekerja ketika musim pemilihan sahaja tidak seperti calon kosmetik lain yang hanya muncul ketika musim pemilihan. Beliau sudah bekerja sejak 4 5 tahun dulu lagi diperingkat negeri Perak terutamanya.

Tidak dapat tidak disangkal lagi peranan dan kerja kuat beliau membantu jentera negeri Perak terutama Pemuda untuk menawan kembali negeri Perak dari tangan kotor Pakatan Rakyat. Akhirnya, BN dan UMNO berjaya menawan kembali Perak dan menjaya mendirikan kerajaan.

Kini beliau menawarkan dirinya untuk bertanding menjadi exco Pemuda untuk menaburkan bakti dan keringat di peringkat nasional. Hasrat murni beliau telah mendapat sokongan daripada kesemua 24 Bahagian Pemuda dalam Perak. Malah, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Zambry juga merestui hasrat beliau untuk bertanding.

Nah! Mahu dikatakan apa lagi mengenai individu bernama Putra ini. Berilah beliau peluang untuk berbakti melalui sayap Pemuda yang mungkin sebelum ini kelihatan lesu dan tidak bermaya.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Puaka Niring : Misteri Di Mana Menghilangnya Khairun Aseh Dalam Mesyuarat Cawangan??? @NajibRazak


Kali ni gua letakkan story pasal si Khairun ni dalam segmen Puaka Niring gua sebab cerita Khairun kali ini menimbulkan misteri. "Misteri kehilangan Khairun ketika mesyuarat cawangannya???".

Memang benar beberapa blog ada menceritakan kemusykilan ke mana hilangnya Khairun bila dilihat tidak hadir ke mesyuarat cawangan Bunga Matahari baru-baru ini seperti yang dilaporkan oleh sahabat Keris7Lok dan Sangkakala.

Misi Mencari Khairun Sedang Dijalankan Di Mesyuarat Cawangan Sendiri?

@NajibRazak KHAIRUN ASEH PILIH TEMPAT UNTUK HADIRKAN DIRI ??? APA HAL MACAM TU ???

Pembaca jangan risau, gua sedang berurusan dengan orang dalam Pejabat UMNO kat PWTC nak trace ke mana Khairun ni pindah cawangan sebab bila gua check dengan cawangan lama beliau, memang nama beliau sudah tidak ada sebagai ahli cawangan Bunga Matahari.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The True Brothers

The True Brothers