Jadilah Sahabat Kulaan...

SEWA

SEWA

TRIP

TRIP
PAKEJ TRIP KE KRABBI, HATYAI TERMURAH...

Saturday 5 October 2013

Puaka Niring : Tasik Natrok Ubah Haiwan Jadi Batu???




Seorang jurugambar profesional ketika melawat sebuah tasik di Tanzania terkejut apabila menemui pelbagai jenis haiwan menjadi keras seperti baru disumpah menjadi batu.

Nick Brand ketika melawat Tasik Natron mendapat tahu haiwan itu berubah menjadi kaku seperti batu adalah kerana tubuh mereka menjadi terawet oleh alkali yang tinggi terkandung di dalam air tasik itu.

Air tasik itu sebenarnya mengandungi abu gunung berapi yang bernama Natron. Natron turut digunakan oleh orang Mesir untuk mengawet mayat para pemerintah ketika Mesir purba seperti mayat Firaun.

Tahap alkali di dalam tasik itu adalah dalam kadar pH antara 9 dan 10.5 serta suhunya adakalanya boleh mencecah 60 darjah celcius.

Tidak ada haiwan akan terselamat apabila berada di tasik itu dan biasanya haiwan-haiwan itu akan mati.

Sebaik sahaja seekor burung atau binatang jenis kelawar terjatuh ke dalam air Tasik Natron, mineral yang terdapat di dalam air akan mula mengubah daging mereka menjadi batu.

Tubuh mereka kemudian akan kaku betul-betul pada saat terakhir kematian mereka.

Jika dilihat daripada keadaan haiwan di dalam gambar itu, ia kelihatan seperti di sebuah tasik yang berhantu tetapi dipenuhi oleh hantu binatang akibat daripada kejadian itu.

Tiada sesiapa pun tahu punca sebenarnya mereka mati tetapi suasana air tasik yang kelihatan seperti satu imej cermin menjadikan haiwan terutamanya burung keliru lantas terhempas ke dalam tasik itu.

"Kandungan garam dan soda dalam tasik ini begitu tinggi sehingga ia boleh memadamkan dakwat pada kotak filem Kodak saya dalam beberapa saat sahaja.

"Mineral inilah yang menyebabkan haiwan itu diawet sebegitu, saya menemui mereka mati di sepanjang persisir tasik dan gambar mereka saya olah pada keadaan mereka ketika hidup," katanya.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Thursday 3 October 2013

Kah! Kah! Kah! Parlimen Gamat Bila Datuk Azeez Berbahasa Tamil...


Semalam, parlimen sempat menjadi gamat seketika apabila Datuk Azeez Rahim berdialog dalam Bahasa India ketika menjawab pertanyaan MP Kapar, G Manivannan.

Satu dewan dipenuhi ketawa dan keadaan ini dianggap menjadi pengubat seketika suasana serius sebelumnya.

Insiden lucu ini berlaku ketika Parlimen membincangkan soal Akta Pencegahan Jenayah (PCA) yang mengembalikan penahanan tanpa bicara selama dua tahun yang akhirnya diluluskan Dewan Rakyat selepas melalui proses pindaan bermula awal minggu lalu.

Pembangkang dari Pakatan Rakyat (PR) membantah pindaan akta berkenaan atas alasan ianya menyalahi hak asasi manusia, manakala pemimpin Barisan Nasional (BN) menyokong pindaan berkenaan atas faktor keselamatan umum ekoran peningkatan kes jenayah bunuh dan kongsi gelap.

Bagaimanapun, soal jawab antara Datuk Azeez dan G Manivannan yang menjadi selingan lucu semalam adalah berkaitan isu abu mayat Chin Peng dan pengganas Sulu.



Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

PRK DUN Sungai Limau 4 November 2013!!!


Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau akan diadakan pada 4 November 2013 dan tarikh penamaan calon pula ditetapkan pada 23 Oktober 2013.

Perkara itu diumumkan oleh Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof selepas mempengerusikan mesyuarat khas mengenai PRK DUN Sungai Limau di sini, hari ini.

Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian Ahli Dewan Undangan Negerinya (ADUN), yang juga merupakan bekas Menteri Besar Kedah, Tan Sri Azizan Abdul Razak.

Azizan, 69, yang menjadi Menteri Besar Kedah sejak Mac 2008 hingga PRU13 Mei lalu, meninggal dunia di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar pada 26 September.

Allahyarham meninggal dunia akibat jangkitan kuman dan kegagalan organ dalaman yang pelbagai, setelah lebih empat bulan mengalami masalah kesihatan yang serius.

Bekas Pesuruhjaya PAS Kedah itu meninggalkan dua orang isteri, 14 anak dan enam cucu.

Pada PRU13, Azizan mempertahankan kerusi DUN Sungai Limau yang dimenanginya sejak 1995 dengan menewaskan sepupu beliau Fazillah Mohd Ali yang mewakili BN, dengan majoriti 2,774 undi.

Berikut adalah tarikh penting yang ditetapkan SPR mengenai PRK DUN Sungai Limau:

Tarikh keluar writ – 3 Oktober 2013

Notis pilihan raya – 4 Oktober 2013

Penamaan Calon – 23 Oktober 2013

Tarikh mengundi – 4 November 2013
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Wednesday 2 October 2013

Biar Betul??? Mr Bean Sudah Peluk Agama Islam???


Benarkah Mr. Bean atau nama sebenarnya, Rowan Atkinson sudah memeluk Islam?

Khabar yang tidak dapat disahkan kebenarannya ini sudah mula tersebar di beberapa laman blog tertentu termasuk laman YouTube.

Melalui laman web Islampos, berita tersebut dikatakan mula disebarkan oleh sebuah laman web anti-Israel, Sadabladi.com dengan menyatakan bahawa Mr. Bean mendapat hidayah selepas menonton filem fitnah tentang Nabi Muhammad S.A.W, "Innocence of Muslim".

Ketika ditanya media mengenai perkara itu, beliau dikatakan hanya mengangkat jarinya sahaja sebagai syarat dia sudah mengangkat dua kalimah syahadah.

Terjemahan dari artikel laman web tersebut juga mengatakan bahawa Sheikh Rashid Ghannousyi merupakan salah seorang pembimbing Mr.Bean dalam prosesnya memeluk Islam.

Kisah ini turut mendapat perhatian sebuah laman web Israel iaitu Israellycool yang menyiarkan beberapa artikel mengenainya.

Namun, seperti yang kita ketahui, mana mungkin mereka akan bersikap positif terhadap perkhabaran ini.

Ia dibuktikan dengan artikel yang bertajuk "No, We Do Not Believe Rowan Atkinson Converted To Islam (Tidak, Kami Tidak Percaya Rowan Atkinson Memeluk Islam)".

Setakat ini belum ada berita rasmi dari sebarang akhbar atau laman web arus perdana mengenai 'pengislaman' Mr. Bean.

Apapun, kita tunggu sahaja kenyataan rasmi dari pelakon dan pelawak hebat ini nanti.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tuesday 1 October 2013

Puaka Niring : Gempar Orang Minyak Kembali Di Marang!!!


Kelibat misteri seorang lelaki separuh bogel didakwa orang minyak muncul kembali di daerah ini walaupun ada yang menganggap gangguan itu sudah berakhir dengan tertangkapnya seorang lelaki berusia 42 tahun, Isnin lalu.

Mangsa terbaru, Sh Nor Akmaliza Tuan Ibrahim, 33, mendakwa melihat manusia separuh bogel berada berdekatan katil dalam bilik tidurnya kira-kira jam 5 pagi, Rabu lalu iaitu dua hari selepas lelaki 42 tahun itu ditangkap pasukan rondaan Rakan Muda.

Ibu tiga anak yang tinggal di Jalan Kampung Machang Lada itu berkata, kelibat manusia dipercayai seorang lelaki yang hanya memakai baju dan berseluar dalam tiba-tiba sahaja muncul dan berada berdekatan katil apabila dia tersedar daripada tidur.

"Saya yang terkejut terus menjerit sekuat hati menyebabkan 'orang' itu lari menuju ke arah tingkap bilik tidur dan terjun keluar sebelum. menghilangkan diri," katanya.

Akmaliza berkata, walaupun dia tidak mengalami sebarang kecederaan, namun bersyukur kerana tiada barang dalam rumahnya hilang.

Namun dia kini mengalami trauma dan takut untuk tidur dalam bilik seorang diri.

"Saya bimbang perkara seperti ini berulang kerana suami sering pulang kerja lewat dan dia (suami) biasanya tidur di ruang tamu.

Kesian Kat Ustaz Azhar Idrus Dieksploitasi Selepas Dijanjikan RM30,000 Berlakon Filem???



Seperti yang diuar-uarkan filem terbaru terbitan MIG Ustaz, Mu Tunggu Aku Datang bakal menampilkan Penceramah Bebas, Ustaz Azhar Idrus.

Pastinya ramai peminat tegar beliau ternanti-nantikan filem ini adalah lakonan Ustaz Azhar yang pertama walaupun dikhabarkan hanya muncul sebagai cameo.

Kelibat penceramah bebas berstatus 'selebriti' dalam filem tersebut sudah pasti bakal menenggelamkan teraju utama filem ini iaitu Ajak dan Sharol dari kumpulan Shiro Raja Lawak.

Khabarnya Ustaz Azhar bersedia untuk turut berlakon di dalam filem arahan Pierre Andre ini selepas beliau ditawarkan dengan sebanyak RM30 ribu.

Benarkah dek kerana populariti hebat yang ada pada Ustaz Azhar Idrus selaku penceramah bebas sebelum ini membuatkan pihak penerbit sanggup menawarkan bayaran sejumlah itu hanya untuk kemunculan beberapa minit beliau?

Sejak tertirisnya trailer filem Ustaz, Mu Tunggu Aku Datang dilaman Youtube baru baru ini pelbagai reaksi diberikan peminat, baik yang positif mahupun negatif.

Tidak kurang juga yang menganggap kemunculan Ustaz Azhar tidak lebih kepada mahu mengeksploitasi populariti yang sedia ada pada dirinya untuk mengaut keuntungan yang maksima disaat sambutan filem melayu semakin layu.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Monday 30 September 2013

Kah! Kah! Kah! Karpal Rayu Beri Peluang Tadbir Negara Sebab Makin Tua… Kesian Beb…


Pengerusi DAP Karpal Singh berkata belau berharap agar pemimpin parti tersebut, yang kini semakin tua, akan berpeluang untuk mentadbir kerajaan persekutuan.

Dalam ucapannya di Kongres Khas DAP hari ini, beliau berkata Pakatan Rakyat perlu menang dalam pilihan raya umum akan datang.

"Kita mesti (menang), kerana para pemimpin semakin tua. Kami perlu diberikan peluang sebelum kami bersara, dan bila saya kata 'kami', saya turut sertakan Lim Kit Siang…

"Kita ada orang muda. Saya nampak sangat sedikit orang tua sekarang. Apa yang kita ada, mungkin kamilah pahlawan yang terakhir.

"Orang muda perlu ambil alih dari kami, itu proses semulajadi. Daripada apa yang saya lihat hari ini, pemimpin muda ini adalah orang yang akan mewarisi pentadbiran seterusnya di negara ini," katanya kepada para perwakilan.

Karpal dan Lim kedua-duanya kini berusia lebih 70 tahun. – Malaysiakini.com
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Sunday 29 September 2013

Puaka Niring : 70 Pelajar Sekolah Menengah Diserang Histeria


Sesi pembelajaran di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tok Sera gempar apabila sekurang-kurangnya 70 pelajar diserang histeria.

Dalam kejadian kira-kira jam 1 petang, pelajar lelaki dan perempuan yang terkena gangguan itu, meracau-racau dan lari bertempiaran di sekeliling bangunan sekolah sehingga menyukarkan para guru menenteramkan mereka.

Seorang bapa, Saifullizan Abdullah, 38, memberitahu, kejadian histeria itu sudah berlarutan agak lama dan lebih merisaukan dua anaknya, Emy Syazana, 16, dan Norsyafikah, 13, turut mengalaminya.

Menurutnya, kejadian histeria itu juga sudah berlaku berulang kali malah mengganggu pelajaran dua anaknya itu.

"Sejak kejadian tersebut, sikap kedua-dua anak saya berubah apabila menjadi kuat tidur dan lemah.

"Ketika dirasuk di sekolah, ada sesetengah pelajar didapati tidak sedarkan diri dan ada mendakwa mendengar bisikan yang menyuruh mereka terjun dari bangunan sekolah," katanya.
Saifullizan berkata, paling membimbangkan apabila kejadian pelajar terjun dari bangunan sekolah pernah berlaku dua kali di lokasi yang sama dan salah seorang daripada mangsa maut pada Mei lalu manakala kejadian terbaru pada bulan lalu.

Kerana Taksub Pengikut Pas Sanggup Beli Tongkat Nik Aziz RM15K...


Tongkat Pesuruhjaya PAS Negeri Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, yang didermakan kepada Dewan Pemuda PAS Kota Bharu telah dibida seorang usahawan pada harga RM15,000.

Tongkat itu dibeli Abdullah Beran, 50, pada program lelongan amal di sebuah pasaraya, bermula jam 3.00 hingga 6.00 petang semalam.

Lelongan  bermula dengan harga RM500 dan akhirnya mencecah RM15,000 tepat jam 6.30 petang.

Pada masa yang sama sebanyak RM4,000 lagi berjaya dipungut pada program itu hasil lelongan barangan lain termasuk sumbangan orang ramai
.
Ketika ditemui, Abdullah mengakui sanggup membeli tongkat yang pernah digunakan Mursyidul Am PAS  itu dengan tujuan membantu mangsa kebakaran di Kampung Sireh Bawah Lemah.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The True Brothers

The True Brothers