Jadilah Sahabat Kulaan...

SEWA

SEWA

TRIP

TRIP
PAKEJ TRIP KE KRABBI, HATYAI TERMURAH...

Saturday 14 January 2012

Dalam Kepala Tun M Ada Otak, Dalam Kepala Azmin Tak Ada!!!!...

Tun Dr. Mahathir Mohamad ialah contoh seorang pemimpin ulung yang tidak mudah melatah apabila berterima kasih kepada Azmin Ali, meskipun Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu menghinanya dengan ungkapan biadap.

Namun, dalam nada sinis, bekas Perdana Menteri itu menempelak Azmin kerana mengeluarkan kenyataan tidak berotak apabila memanggil beliau dengan ungkapan 'kepala otak kau' semasa berceramah di Pulau Pinang, Selasa lalu.

"Saya mahu kata terima kasihlah, dalam kepala saya ada otak, kepala dia (Azmin) tak ada," katanya ringkas dan sinis ketika ditemui selepas menyampaikan ucaptama pada majlis dialog bank pelaburan anjuran Maybank, di Hotel Mandarin Oriental.

ProGay Filipina Gembira ANUar Dibebaskan... Yahoo!!!...


Pembebasan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada pertuduhan liwat ke atas pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan turut disambut oleh sebuah pertubuhan homoseksual di Filipina.

Organisasi Progresif Gay Filipina (ProGay) dalam satu kenyataan menerusi portal berita di http://www.tempo.com.ph berkata, sudah tiba masanya undang-undang berkenaan liwat yang merupakan sebahagian daripada legasi kolonial British itu dihapuskan.

‘‘Kami bersama-sama pergerakan individu demokratik yang lain meraikan kejayaan Anwar menentang penganiayaan terhadap beliau,” demikian menurut pegawai hak asasi manusia pertubuhan itu, Oscar Atadero seperti yang dilaporkan portal tersebut.

Isu Wang Zakat Bayar Yuran Guaman : Fatwa Mufti Wilayah...





Friday 13 January 2012

Puaka Niring : HANTU TALI GANTUNG MENGGANGU PENDUDUK KAMPUNG...


Kampung Pandan Seri sedang musim durian. Sepanjang musim itu Bang Akob tidur di pondok duriannya, beberapa meter dari tanah perkuburan Islam kampung itu. Seperti biasa, menjelang tengah malam dia pasti menyusur dusunnya memungut durian. Kalau tidak, sudah pasti duriannya akan dipungut budak-budak dadah yang sering merayau-rayau di dusun orang tidak kira waktu.

Malam itu, angin mendesah. Sekali sekala kilat memancar. Durian amat rahat. Di setiap penjuru dusun kedengaran bunyi durian gugur. “Kalau tak cepat pungut, habislah pagi esok…” kata Bang Akob dalam hati. Sambil menggalas bakul rotan, dia menyuluh di kawasan pangkal pokok yang ada dua puluh batang itu. Kebanyakan pokok durian di dusun Bang Akob pokok tua. Dusun itu harta pusaka peninggalan ayahnya.

Angin malam itu terus mendesah. Kadang-kadang kuat, kadang-kadang perlahan. Ketika bertiup kencang, meliang-liuk kebanyakan dahan pokok dibuatnya. Ketika itu juga kedengaran bunyi durian gugur bertambah banyak. Hati Bang Akob kepalang gembira. Rezekinya esok hari pasti bertambah, fikirnya.

Interview Rival Between @tunfaisal vs Hishamudin Rais On Air????...





This evening live at BFM 89.9 fm "The Business Station" situated at BU8, Bandar Utama, the 'rival' between two most popular bloggers, Tun Faisal Ismail Aziz, UMNO Youth Exco Member and Chairman of UMNO Youth New Media (UMB) with the 'otai' social activist Hishammuddin Rais on topic "social media as the new political battleground"...

Acam... Gempak tak 'intro' Kulaan... Sikit-sikit sudah ler... Itulah 'interview' yang dibuat oleh stesen radio berbahasa inggeris atau bahasa kampungnya "omputih" ler...

Panel dia memang gempak... Hishamudin Rais yang memang tak asing lagi dalam dunia aktivis sosial or reformasi nie bersama Tun Faisal, Pengerusi Unit Media Baru (UMB) membincangkan tajuk atau soal "media sosial sebagai lapang tempur politik baru"... Adus!!! Tingginya persoalan tuh...

Guan Eng Hina Hadi Awang, Nik Aziz Tak Layak Jadi PM... Hanya Anwar Saja Yang "Bersih"...


Berikutan pembebasan Anwar dari tuduhan liwat, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menyatakan hanya Anwar yang paling bersih, paling layak menjadi Perdana Menteri, “Ini bukan soal kita bela Anwar saja tapi kita bela kerana beliau saja yang paling bersih untuk menjadi Perdana Menteri,” katanya.

Sekali gus, Guan Eng mengesahkan bahawa Hadi Awang, Nik Aziz, mahupun Lim Kit Siang dan Karpal Singh juga adalah tidak cukup bersih dan tidak layak sama sekali untuk menjadi Perdana Menteri.

Perlu diingatkan bahawa ‘paling bersih’ mengikut piawaian Pakatan Rakyat ialah seorang yang telah didakwa atas kesalahan salahguna kuasa, liwat, terlibat dalam zina dan menjadi talibarut asing. Oleh itu, setakat korup sahaja seperti beberapa pemimpin PR yang lain tetapi tidak memiliki ciri-ciri tersebut adalah tidak lengkap untuk dinobatkan sebagai Perdana Menteri.

Benar, Anwar telah bebas tetapi penting untuk kita fahami bahawa tidak terdapat dalam kenyataan penghakiman yang Anwar tidak meliwat.

[Video] : Ada Lagi Mahasiswa Yang Lebih Waras Dan Berotak Daripada Adam Adli #UPSI




Nie baru la betoi pandangan mahasiswa yang ada akai bukan pakai akai kat lutut macam Adam Adli...

Ini la bakal pengganti Anwar Ibrahim tapi dengan versi yang lebih rasional dan menggunakan ilmu dengan akai bukan macam Adam Adli...

Nama dia pun macam Anwar Ibrahim tapi bukan dia... Anwar Hadi...

Bila tengok video nie mesti geng sebelah sana meroyan tak tentu pasai...

Perak Catat Lebihan Kutipan Hasil Pada 2011 Di Bawah Kepimpinan BN @ZambryAbdKadir...

Kerajaan negeri berjaya memungut kutipan hasil sebanyak RM812.6 juta iaitu lebihan sebanyak RM28.2 juta berbanding anggaran RM784.4 juta selepas akaun tahun kewangan 2011 ditutup 31 Disember lalu.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, kejayaan tersebut didorong banyak faktor yang antaranya, penguatkuasaan serta keberkesanan dan kemampuan kerajaan negeri mengenal pasti punca-punca hasil baru.

"Dalam Bajet 2011 lalu, hasil yang kita jangkakan ialah sebanyak RM784.4 juta tetapi kita berjaya melepasi angka tersebut dengan jumlah kutipan atau hasil berjaya dikumpulkan sepanjang 2011 sebanyak RM812.6 juta."

Isu Zakat Jamil Khir, Pembangkang Pas Faham Tapi Putar-Belit Fakta????...


Dalam Laporan Audit Ketua Negara 2010 melaporkan Jamil Khir, Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Datuk Che Mat Che Ali dan Ketua Pendakwa Syarie Wilayah Persekutuan, Shamsuddin Hussain menggunakan wang zakat sebanyak RM63,650 membiayai kos guaman dalam kes saman Qazaf Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ekoran laporan dari Ketua Audit Negara - AJK PAS Pusat Idris Ahmad mendesak Jamil Khir memberikan penjelasan dirinya berada di dalam asnaf yang mana membolehkan wang zakat digunakan untuk membiayai kos saman Qazaf Anwar Ibrahim.
"Rakyat sedang menunggu penjelasan, asnaf mana yang membolehkan beliau meminjam wang zakat? Apakah kedudukan beliau sebagai Gharimin (orang yang berhutang)? Faqir miskinkah? Fisabilillahkah?,Mualafkah?"

Thursday 12 January 2012

Hantu Menumpang Bergambar Dengan Awek Kilang???...


Minggu ni sahaja ada dua keping gambar hantu yang mana hantu tersebut menumpang dalam gambar makwe cun. Gambar kali ini juga dikirimkan dari Facebook oleh Mohd Izzudin. Kata beliau :

ni gambar yg tlah diambil oleh kawan aku kat Kilang VS20 ni dekat store.... pada ketika itu mereka hanya bergambar 2 orang.. dan apabila ditunjukkan sama temannya..temannya berkata..."siapa yg kat tengah tu?"... mereka terpinga2 dan setelah diamati ade kepala hantu ditengah2 berwajah seperti anjing...beberpa hari selepas itu handphone orang yg ambik gambar ni..handponenya rosak..nasib baik boleh tukar simcard ke hp lain.. tu la aku dapat gambar ni... dan start drpd hari tu plak hp aku dah mula biol...kebetulan je kot....

Kalau diteliti tiada penjelasan macamana penampakan itu boleh berada di belakang sedangkan bayang-bayang kaki tidak kelihatan. Mungkin juga pekerja-pekerja di situ bergurau untuk menakut-nakutkan orang lain. Memang ada rupa macam anjing

Macam biasa terserah kepada penilaian anda. Terima kasih kepada Izzudin. Teruskan menghantar gambar hantu korang kepada kami. Real ke tak real ke kita bincang sama-sama.

Jika Hassan Ali Dipecat Pas, Abdul Hadi Juga Patut Dipecat?


Majlis Syura Pas yang diketuai oleh Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sepatutnya memecat presiden parti itu, Datuk Seri Abdul Hadi Awang kerana mengadakan pertemuan dengan bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi untuk membentuk kerajaan perpaduan.

Bekas Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri, Datuk Md. Alwi Che Ahmad berkata, Abdul Hadi telah datang ke kediaman rasmi Perdana Menteri untuk membincangkan perkara tersebut dan bersetuju membentuk kerajaan perpaduan dengan UMNO selepas Pilihan Raya Umum Ke-12 lalu.

Beliau yang juga Setiausaha Barisan Nasional (BN) Kelantan bagaimanapun berkata, rancangan itu tidak menjadi kenyataan kerana ditentang oleh Nik Abdul Aziz dan beberapa pemimpin lain dalam Pas.

"Abdul Hadi bersetuju untuk tubuh kerajaan perpaduan. Saya tahu kerana pada ketika itu saya adalah Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri, malah saya terlibat secara langsung bertemu dengan beberapa pemimpin Pas untuk menubuhkan kerajaan perpaduan."

"Kalau bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr. Hasan Ali dipecat maka Nik Abdul Aziz sewajarnya memecat Abdul Hadi kerana membelakangi parti. Nik Abdul Aziz adalah Mursyidul Am Pas yang mengetuai Majlis Syura dan kedudukannya lebih tinggi daripada Abdul Hadi."

Bapa Saiful Bukhari Mahu Segera Failkan Rayuan...

AZLAN Mohd. Lazim pada sidang media merayu agar Peguam Negara membuat rayuan segera kes liwat melibatkan anaknya, Mohd. Saiful Bukhari di kediamannya di Bandar Utama, Damansara, Selangor

Bapa Mohd. Saiful Bukhari, Azlan Mohd. Lazim, 58, merayu supaya pihak Peguam Negara segera mengemukakan rayuan selepas Mahkamah Tinggi membuat keputusan melepas dan membebaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada tuduhan meliwat anaknya, kelmarin.

Pada masa sama, Azlan dalam satu sidang media di kediamannya hari ini mengecam keras kenyataan Majlis Peguam yang menyarankan agar Peguam Negara tidak perlu memfailkan rayuan terhadap kes membabitkan anaknya itu.

Azlan berkata, walaupun beliau sekeluarga dapat menerima keputusan tersebut tetapi itu tidak bermakna hak keadilan bagi Mohd. Saiful perlu dinafikan kerana di dalam sistem perundangan negara, anaknya itu masih berhak mengemukakan rayuan sehingga peringkat mahkamah tertinggi.

‘‘(Oleh itu) Demi anak saya, saya merayu agar pihak Peguam Negara memfailkan rayuan. Diharap pihak peguam Negara tidak terpengaruh dengan desakan Majlis Peguam atau mana-mana pihak agar tidak mengemukakan rayuan."

‘‘Sebagai bapa saya akan terus bersama anak saya dan berjuang untuk memastikan aduan anak saya ini mendapatkan pengadilan seadil-adilnya bagi mengembalikan nama, maruah dan juga seluruh keluarga saya,’’ katanya di kediamannya di Bandar Utama, dekat sini hari ini.

Wednesday 11 January 2012

Video : Penjelasan Hassan Ali Dipecat Pas Kerana Kritik Anwar...





Kulaan : 
"Takda parti atas muka dunia yang tidak pecat ahli dia yang tidak senonoh..." -Nik Aziz-

"Anwar nie fizikal dia.. nak bawak diri pun teruk... nak duduk pun sakit... nak bangun lebih sakit lagi... kerana belakang dia telah dirosakkan masa dalam jail..." 
-Nik Aziz-

Golongan Muda Terus Didekati MB Perak @ZambryAbdKadir Terutama Di Luar Bandar...


Golongan muda di negeri Perak akan terus didekati melalui penganjuran pelbagai aktiviti sukan dan kesenian yang dilihat mampu mencungkil bakat terpendam mereka dalam kedua-dua bidang itu, demikian kata Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.

Katanya, salah satu teras gagasan Perak Aman Jaya yang diperkenalkan kerajaan negeri ialah pengupayaan golongan muda tanpa mengira latar belakang bangsa dan agama.

“Setiap anak dilahirkan dengan bakat dan kelebihan tersendiri dan ibu bapa tidak seharusnya terlalu mementingkan pencapaian akademik semata-mata dalam membuat perbandingan terhadap pencapaian anak mereka."

“Bagi mengembangkan bakat seni anak tempatan, kerajaan negeri di bawah Institut Darul Ridzuan (IDR) telah memperkenalkan konsep yang mengetengahkan bakat golongan muda-mudi dalam bidang kesenian."

Haron Din Minta Hasan Ali Merayu... Adakah Hassan Ali Akan Merayu????...


Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Dr Haron Din minta Datuk Dr Hasan Ali membuat rayuan berhubung keputusan parti memecat beliau berkuat kuasa, Ahad lalu. Di bawah perlembagaan parti, Hasan ada tempoh 30 hari untuk mengemukakan rayuan.

"Dr Hasan masih diberikan ruang untuk kekal bersama Pas," kata Haron, pemimpin kedua tertinggi dalam badan pembuat keputusan, Majlis Syura Ulama Pas selepas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Dalam pada itu, Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Dr Che Rosli Che Mat pula berkata, Hasan patut terus kekal bersama parti itu.

"Saya tidak nampak ada sesiapa yang sesuai menggantikan tempatnya. Mungkin ramai yang lebih berilmu daripada Hasan tetapi keberanian dan ketegasannya sukar dicari ganti," kata Ahli Parlimen Hulu Langat itu, yang juga pernah mencetuskan kontroversi apabila membuat kenyataan terbuka menyokong projek Lynas di Pahang, yang dibantah ramai pemimpin Pas dan juga sekutu mereka, PKR.

@HishammuddinH2O Puji PDRM Berjaya Kawal Perhimpunan 901...


Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein memuji komitmen dan kerja kuat seluruh pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam membuat persiapan dan bertugas 24 jam semasa perhimpunan Kempen Bebaskan Anwar 901.

Menurut beliau, kejayaan polis mengawal keselamatan dan ketenteraman awam pada perhimpunan di sekitar kawasan mahkamah, semalam telah membuahkan hasil yang memuaskan.

''Saya ingin mengucapkan tahniah dan syabas kepada seluruh anggota PDRM yang secara keseluruhannya telah berjaya mengawal keselamatan dan ketenteraman awam."

''Pendekatan kita di bawah semangat akta perhimpunan baru juga telah menampakkan hasil di mana anggota kita amat memahami dan berjaya melaksanakan Prosedur Operasi Standard (SOP) mengikut pendekatan baru ini," katanya.

Tuesday 10 January 2012

Bebas: Anwar Terpaksa Menentang BN Melalui PRU????... #bebasAnwar901


Kita sedia maklum bahawa peserta demonstrasi Bebas Anwar 901 menerima bayaran. Beberapa hari sebelum hari demonstrasi, kita boleh mendengar anak-anak muda di Kuala Lumpur berbincang secara serius dan terbuka berkenaan habuan yang mereka akan terima jika turut serta.

Semua persediaan dan setiap aspek diberi perhatian bagi memastikan demonstrasi diadakan sehingga berjaya membebaskan Anwar dari tuduhan.

Seluruh dunia begitu yakin yang Anwar bersalah dan akan didapati bersalah.

Namun, keputusan mahkamah ternyata tidak seperti yang dijangka dan Anwar kini bebas.

Lalu, tiba-tiba sahaja segala kain rentang, sepanduk, risalah serta contengan provokasi di sana-sini yang mengutuk kerajaan, Perdana Menteri malah isteri Perdana Menteri sebagai berkonsprasi dan memfitnah menjadi ironi.

Konspirasi ke jadah apakah sebenarnya? Fitnah apa?

Lawak Kasar Azwan Ali…Nak Bakar Umi Hafilda, Rejam Saiful Bukhari????... #bebasAnwar901



Sejujurnya penulis menghormati karier seni lelaki bernama Azwan Ali ni.

Daripada hanya pengacara rancangan, dia bertatih menjadi penerbit hiburan tersohor TV3 sebelum menjadi penerbit di syarikatnya sendiri.

Dia juga bukan calang orang, ada kelulusan undang-undang Universiti Malaya lagi.


Tetapi makin lama, Azwan yang dulunya seorang pengacara macho bertukar macam pengacara dua alam pula jadinya.

Akaun Anwar Di Luar Negara????... Betul Ka????...


Sedang Kulaan melayari fb mencari apa berita terkini yang berlaku semalam sempena kes liwat ANUar 901, tiba-tiba mouse Kulaan terhenti di satu ruangan fb yang tertera nama Uki Lagenda... puas Kulaan membelek dengan mata tercelik dan mulut terlopong... 

Betul ka apa yang mamat dalam fb nie tulis... biar betul????... takkan la ANUar banyat sangat duit dengan gaji sebagai Timbalan Perdana Menteri... 


Takkan la anak bini dia yang tak da kerja pun boleh ada duit macam tuh punya banyak... sapa-sapa yang ada kepakaran atau contact member-member yang pakar dalam bidang nie sahkan no akaun tuh 'genuine' atau palsu...


Sapa-sapa yang ada info sama ada benda betul atau salah, sila maklum kepada Kulaan untuk kita kongsikan bersama... jangan buat giler pasal 'harta kekayaan Ismet Ulam Raja... kapal di laut, gudang di darat...'


Silap hari bulan mau Kulaan kena saman kalo silap bagi info... jadi kepada yang ada maklumat atau bagaimana hendak memastikan maklumat di bawah ini benar atau salah, boleh hubungi atau email terus kepada Kulaan...

Family of Anwar:

1. Name : Ms Wan Azizah Bte Wan Ismail
Post : Wife of Deputy Prime Minister
Passport No. : D 174685 (M)
Bank : Israeli National Bank
Type of Account : Fixed Deposit (Foreign Currency)
3 years
Account No : AGF-2192-2442-722-(X)
Amount : USD 4,000,000.00
Date of opening account : 25/06/95
Date of Maturity : 25/06/98
(Maturity continued to 25/06/2001)
(Extension interest agreed upon)

2. Name : Ms Wan Azizah Bte Wan Ismail
Post : Wife of Deputy Prime Minister
Passport No. : D 174685 (M)
Bank : Israeli National Bank
Type of Account : Fixed Deposit (Foreign Currency)
3 years
Account No : FA-4196-2493-313 (A)
Amount : USD 8,000,000.00
Date of opening account : 09/06/97
Date of Maturity : 09/06/00

Edisi Khas Buat Penyokong PR : So, Mahkamah Kita Adil La Sekarang??? @NajibRazak #bebasAnwar901


Konspirasi, konspirasi, konspirasi diikuti maki hamun serta kutukan tak ingat dunia terutama ke atas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bermula sejak awal perbicaraan kes liwat melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan bekas pembantu peribadinya, Saiful Bukhari Azlan bermula.

Dan dengan keputusan hari ini, Kulaan yakin semua penyokong beliau akan kata sistem kehakiman telus dan adil. Kebenaran terbukti.

Andai kata kalau Anwar didapati bersalah, sepantas peluru hakim berkenaan akan dituduh sebagai berat sebelah, ikut cakap kerajaan, takut kat Najib la…lagi parah, takut kat Rosmah la. Najib masuk campur la. Mahkamah kanggaroo la.

Buruknya Perangai Muslimah Pas Yang Nak Dijadikan Teladan... #bebasAnwar901





Kulaan : korang tengok ler sendiri perangai "huduh" Muslimah Pas konon yang dikatakan kuat "keIslaman"nya... menyanyi, melalak dan yang teruknya sanggup keluar perkataan "MAMPOS"... astagfirrullah hal azim... ini yang dikatakan "Muslimah"... muslimah ntah ker hapa nyer...

Saiful Bukhari Tenang dan Redha Dengan Keputusan Mahkamah #bebasAnwar901


Bekas pembantu peribadi Datuk Seri Anwar Ibrahim, Mohd Saiful Bukhari Azlan redha dengan keputusan Mahkamah Tinggi apabila membebaskan bekas majikannya itu daripada tuduhan kes liwat yang dibuatnya tiga tahun lalu

”Tidak di dunia, namun di Masyar PASTI. Redha dgn ketentuaNya. Akn trs tenang, doa, istiqamah & sabar. Illahi Antal Maksudi Wa Ridhoka Mathlubi,” katanya dalam twitter miliknya.

Perbicaraan kes itu bermula pada 3 Februari 2010 iaitu kira-kira dua tahun tujuh bulan selepas Anwar didakwa di Mahkamah Sesyen pada 7 Ogos 2008.

Monday 9 January 2012

#bebasAnwar901 : Lokasi Letupan Bom Ketika Perhimpunan Bebas ANUar????...




Kulaan : lokasi dipercayai letupan bom yang merosakkan beberapa kenderaan seperti motosikal yang diparking berhampiran kawasan letupan... angkara siapa????... pihak polis masih menyiasat kejadian dan motif kejadian....

#bebasAnwar901 : Pengerusi UMB, Tun Faisal Kata Hakim Tidak Adil Bebas Anwar????...




Kulaan : "Pengerusi UMB Kata Hakim Tidak Adil Bebas Anwar????... " biar betul Pengerusi UMB, Tun Faisal boleh keluar statement macam tuh????... takkan dia 'tergamak' nak cakap macam tuh????... korang tengok sendiri dan nilaikan kata-kata beliau nie... Kulaan tak nak komen panjang...

#bebasAnwar901 : Bukti Penyokong PR Membawa Senjata Merbahaya Ke Perhimpunan Mahkamah Jalan Duta????...




Kulaan : apa benda panjang yang terlilit kat pinggang individu yang dikatakan penyokong PR??? nampak macam senjata seperti parang atau pedang????... kata nak datang buat perhimpunan aman dan tak ada provokasi... nie secara terang-terang  membawa senjata merbahaya... korang tengok la sendiri dengan mata kepala sendiri... takkan kena bawak 4 orang saksi kot... sikit-sikit 4 orang saksi... 

#bebasAnwar901 : Ulasan Ketua Pemuda Seputeh Tentang Keputusan Mahkamah Adil Dan ANUar Bebas...




Kulaan : ulasan Ketua Pemuda Seputeh yang juga merangkap Timbalan Pengerusi Unit Media Baru (UMB) Pergerakan Pemuda UMNO mengenai keputusan mahkamah yang membebaskan ANUar daripada pertuduhan liwat...

#bebasAnwar901 : Gambar Kak Wan Azizah Sedih Dengan Keputusan Bebas Pak ANUar????....


Kenapa Wan Azizah macam tidak happy jer bang ANUar bebas ???

Adakah sedih suaminya tidak masuk ke penjara???

Adakah Kak Wan kena jaga lebih pulak bang ANUar yang bebas jangan bebas buat sesuka hati???

Jaga-jaga China-Doll... here Pak ANUar coming.... it's coming... it's coming.... yeeeessss!!!

#bebasAnwar901 : Inilah Kata-kata Provokasi Dan Fitnah Pemimpin Pembangkang????...


Sudah bebas tetapi masih lagi mengeluarkan kata-kata yang tidak sepatutnya. Apakah mereka masih lagi gelar mahkamah sebagai zalim? Satu soalan mudah, apakah kejadian liwat itu tidak berlaku? Jangan lupa video yang dengan dot dot tu bagaimana pula?


#bebasAnwar901 : Mahkamah Adil Dan Bebas Dari Pengaruh UMNO!!!!...


Sekarang terbukti bahawa tuduhan Anwar menyatakan mahkamah korup dan tunduk kepada Najib dan Umno terbukti tidak benar.

Dalam road show sebelum ini berbakul tuduhan Anwar terhadap mahkamah telah dilemparkannya.

Hari ini Anwar bebas, beranikah dia memohon maaf kepada mahkamah kerana menghina sistem perundangan negara?

#bebasAnwar901 : Pergaduhan Diantara Penyokong Anwar Dan Perkasa!!


Apabila kumpulan baju kuning anti sex bebas keluar mengadakan himpunan di hadapan kumpulan pro Anwar. Tercetus pergaduhan apabila pro Anwar menyerang kumpulan Perkasa.

#bebasAnwar901 : ANUar Bebas Daripada Tuduhan Liwat!!!...


Keputusan mahkamah pagi ini... ANWAR IBRAHIM DIBEBASKAN daripada pertubuhan liwat....

#bebasAnuar901 : DSAI Datang Disambut Penyokongnya Yang Akan Buat Onar Dan Provokasi!!!...


Penyokong ANUar mula membanjiri parking kereta dan ada sebahagian kecil penyokong ANUar nie mula membuat onar dengan provok beberapa wartawan dengan cubaan menolak wartawan yang membuat liputan di kawasan tersebut.

Kulaan : cilaka puak-puak nie dok mula cari pasal dan buat perangai gampang depa nie!!!

Sunday 8 January 2012

Ketua UMNO Larut Cadang Selama Dinaik Taraf Menjadi Sebuah Daerah @ZambryAbdKadir...


Selama yang terletak dalam kawasan Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER) perlu dinaik taraf menjadi sebuah daerah bagi mempercepatkan pembangunan di kawasan itu, kata Ketua UMNO Bahagian Larut, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar.

Beliau berkata kawasan kecil itu kini berada di landasan yang betul untuk berkembang daripada segi ekonomi dan pembangunan seperti daerah lain di Perak.

“Saya menggesa kerajaan negeri agar segera mengkaji saranan ini kerana Selama mempunyai kekuatan untuk berdiri sebagai sebuah daerah seperti Kampar yang diisytiharkan sebagai daerah ke-10 negeri Perak pada 21 Mei 2009."

Hanya Si Bacul Sahaja Berani Conteng Bangunan UMNO Sekitar Kedah!!!!...


Beberapa bangunan milik UMNO Kedah disembur cat dan kata-kata nista terhadap parti itu menjelang keputusan mahkamah pada Isnin ini berhubung kes liwat melibatkan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Turut menjadi mangsa ialah kenderaan orang awam serta bas yang disembur cat warna hitam dengan perkataan “Bebaskan Anwar” dan “Gerakan 901″.


Bangunan Tunku di sini yang menempatkan pejabat Badan Perhubungan UMNO Kedah, Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah dan Bank CIMB, disembur perkataan memburukkan UMNO, Barisan Nasional dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak serta isteri Datin Seri Rosmah Mansor.

Lensa Niring 1 : Datuk Hishammuddin Turun Kawasan Parlimen Sembrong

Hari ini Ahli Parlimen Sembrong yang juga Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin turun ke kawasan Taman Puteri, Kluang untuk bersama-sama penduduk sekitar bergotong-royong membersihkan kawasan taman dan sekitarnya.

Kehadiran Ahli Parlimen yang juga seorang menteri sememangnya ditunggu-tunggu oleh rakyat yang juga pengundi utama Datuk Seri Hishammuddin yang turun padang melihat keadaan penduduk setempat.

Antara Lembu Fidlot Dan Lembu AUKU…. Siapa Yang Dilembu-lembukan????...


Setiap tahun ada lebih kurang 500,000 warga yang dilahirkan di negara ini jika diambil dari jumlah murid yang memulakan persekolahan baru setiap tahun.

Pada tahun 1998/99 mereka yang baru layak mengundi hari ini berada dalam lingkungan umur 10/11 tahun. Sekarang ini sebahagian dari anak-anak ini sedang belajar di universiti.

Apa yang mereka tahu pada umur 11 tahun? Apakah kelayakan golongan ini hari ini untuk menyatakan mereka lebih arif dan tahu mengenai kebenaran kisah di sebalik pemecatan Anwar pada 1998?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The True Brothers

The True Brothers