Jadilah Sahabat Kulaan...

SEWA

SEWA

TRIP

TRIP
PAKEJ TRIP KE KRABBI, HATYAI TERMURAH...

Saturday 15 March 2014

Gempar!!! Pesawat #MH370 Kena Rampas Bukan Terhempas????


Kerajaan Malaysia sahkan pesawat MH370 dirampas, lapor AP

MARCH 15, 2014
LATEST UPDATE: MARCH 15, 2014 01:25 PM


Pesawat Malaysia Airlines MH370 dirampas, menurut laporan agensi AP.

AP melaporkan seorang pegawai kerajaan Malaysia berkata, rampasan itu bukan setakat teori lagi tetapi ia mencapai tahap 'konklusif'.

Pegawai berkenaan yang berada dalam pasukan penyiasatan itu, berkata mereka mendapati salah seorang juruterbang atau orang lain yang berpengalaman terbang merampas pesawat yang hilang sejak Sabtu minggu lalu.

Bagaimanapun, setakat ini, motifnya belum diketahui dan lokasi di mana pesawat itu berada belum diketahui dengan jelas.

Difahamkan, kerajaan Malaysia melalui Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak akan mengumumkan perkara itu pada sidang akhbar dijangka diadakan pada jam 1.30 petang ni di Hotel Sama-Sama, KLIA selepas mengadakan pertemuan dengan keluarga penumpang pesawat MH370.

Star Online melaporkan, sebahagian ahli keluarga di Hotel The Everly Putrajaya mula berkumpul di depan dua televisyen di lobi hotel dan kelihatan gelisah tetapi kebanyakannya masih mampu mengawal perasaan. – 15 Mac, 2014.

Janji Chew Mei Fun Yang Bikin PKR Pening Kepala!!! #PRKKajang


IKRAR MEI FUN!!!

1. Memperkuatkan check n balance terhadap kerajaan negeri Selangor.

2. Membetulkan masalah hal ehwal tempatan.

3. Memainkan peranan sebagai pihak pembangkang yg konstruktif.

4. Sebagai Duta Muhibbah untuk perpaduan rakyat.


JANJI MEI FUN BUAT WARGA KAJANG!!!

1. Memperkenalkan dan menganjurkan lebih banyak aktiviti kebudayaan untuk menonjolkan imej Kajang sebagai sebuah Bandar Kebudayaan.

2. Mendirikan pusat khidmat wakil rakyat dan berperanan sebagai jambatan berkesan di antara Majlis Perbandaran dengan rakyat jelata. Memantau pentadbiran kerajaan tempatan untuk memastikan kualiti perkhidmatan yg memuaskan. Memantau keberkesanan pihak MPKj dalam pembinaan dan penyelenggaraan infrastruktur-infrastruktur termasuk jalan,longkang,lampu jalan dan kebersihan persekitaran.

3. Meningkatkan sistem pengangkutan awam dan lalu lintas Kajang secara holistik melalui penyelarasan dengan projek MRT yg dirancang oleh kerajaan pusat,demi menangani masalah kesesakan lalu lintas di Kajang yg kian menular.

4. Menyelesaikan masalah banjir kilat di kawasan Kajang.

5. Memantau dan berkerjasama dengan pihak Polis dalam usaha membanteras jenayah,mengeratkan hubungan pihak Polis dengan orang awam,menubuhkan jawatankuasa keselamatan masyarakat dan menggerakkan penduduk-penduduk dalam usaha memperbaiki keadaan keselamatan.


Friday 14 March 2014

Muslihat PKR Dirikan Bilik Gerakan Sebelah BN Terbongkar??? #PRKKajang


Muslihat PKR Terbongkar???? Apa tujuan Parti Keadilan Rakyat (PKR) memindahkan bilik gerakan mereka bersebelahan bilik gerakan Barisan Nasional (BN)?

Hasil pemantauan mendapati sebahagian besar bilik operasi Pusat Daerah Mengundi (PDM) milik BN menghadapi kejadian sama.

Tindakan mereka dilihat cuba membuat provokasi dan dilaporkan ada kejadian ejek-mengejek dari kalangan petugas PKR di situ.

Jika perkara ini tidak dibendung oleh pihak berkuasa, dikhuatiri akan berlaku pergaduhan memandangkan semua sedia maklum dengan perangai penyokong PKR yang suka memulakan provokasi.

Mungkin juga itu yang dirancang oleh PKR, mereka mahu mencetuskan pergaduhan atau pun cuba menakut-nakutkan petugas BN.

Mereka PKR akan buat apa saja demi kemenangan mereka tanpa menghiraukan perasaan parti BN. Tapi dengan penuh kesabaran juga kejujuran serta berhemah BN berjaya menawan DUN KAJANG kecuali pengundi di DUN Kajang buta hati buta telinga buta prasaan dan buta mata...

Sapa Kata Mat Taib Takut Bini... Bini Dia Tak Takut Mat Taib!!!!


Sapa kata Mat Taib takut bini, bila masa plak dia takut bini, bini dia yang tak takut kat Mat Taib.... kah kah kah kah kah kah kah kah kah *sambilguling2atasjalan

Mat Taib.... Mat Taib.... Dia dok kutuk PM Najib kata PM takut bini dan bini yang menjadi ketua keluarga tanpa beliau sedari beliau sebenarnya ibarat "meludah ke langit terkena muka sendiri" atau "paku dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih". Sapa sebenarnya yang takut bini, PM atau Mat Taib. Bagi mereka yang tidak mengenali siapa Mat Taib tentu tak tahu cerita sebenar bagaimana bekas Menteri Besar Selangor ni yang kini memilih untuk masuk Pas setelah karier politik beliau berakhir dalam UMNO apabila dianggap liabiliti dalam parti kerana terlalu banyak skandal melibatkan beliau dan akhirnya dikutip oleh Pakatan Rakyat masuk Pas.


Ramai orang Selangor tau cerita Mat Taib dan Ku Yah yang berasal dari keturunan ada-ada. Bagaimana Ku Yah yang bukan setakat menjadi tulang belakang tetapi dah macam "Queen Control" kepada pergerakan dan tindakan Mat Taib. Orang Selangor tahu sangat semasa beliau memerintah negeri terkaya Malaysia banyak keputusan beliau dipengaruhi oleh Ku Yah dan Mat Taib dilihat tidak lebih dari seperti boneka sahaja.

Bila dah masuk pembangkang dan dan kata PM ikut kata Rosmah konon. Satu penghinaan terhadap pemimpin negara oleh seorang yang pernah naik menjadi pemimpin negeri melalui parti UMNO yang telah banyak berjasa kepada beliau sehingga berjaya ke tahap ini termasuk menjadi kaya-raya berbanding dalam Pas di mana beliau tak lebih hanya sebagai macai vip pemimpin Pas. Tidak mustahil suatu hari nanti Pas akan membiarkan beliau terkapai-kapai tenggelam seorang diri.


p/s : lain kali Mat Taib ooooooiii kalo nak cakap tu pandang-pandang la kiri kanan buat perbandingan diri dulu. Kalo awak pun lagi teruk perangai jangan dok sedap nak mengata orang....

Video Peniaga India Kajang Ketawa Besar Bila Sebut Nama Anwar Ibrahim??? #PRKKajang


Korang ingat nama Anwar Ibrahim orang suka sangat ker. Bukan semua suka kat Anwar ni melainkan pengikut-pengikut beliau yang buta hati termasuk dengan macai-macai Pakatan Rakyat. Itu tak termasuk dengan pemimpin pembangkang terutama dari parti Pas yang mana Anwar telah berjaya "plant" pengaruh Anwaris ke dalam Pas.

Sebab tu bila sebut dan ditanyakan kepada penduduk Kajang terutama peniaga di sekitar Kajang, pasti mereka akan ketawa besar bila tanya nama Anwar Ibrahim. Sebab apa? sebabnya mudah saja. Satu Malaya dah tau Anwar ni jenis keluar masuk keluar masuk nak bertanding dalam satu-satu kawasan demi untuk mencapai tujuan dan kepentingan diri sendiri. Yang mengjadi mangsa adalah rakyat dan pengikut beliau yang masih buta hati diperkotak-katikkan dan diperkudakan.

)

Thursday 13 March 2014

Puaka Niring : 5 Nahas Pesawat Yang Masih Jadi Misteri Selain Pesawat #MH370...


Kehilangan pesawat MH370 diakui setakat hari ini, masih jadi satu misteri yang belum mampu diungkap termasuk oleh pakar penerbangan.

Bagaimanapun berdasarkan sejarah, terdapat beberapa kes membabitkan nahas pesawat yang hingga kini masih mencetuskan tanda tanya.

Di bawah adalah lima kes membabitkan kemalangan dan kehilangan pesawat yang belum terungkap sepenuhnya hingga ke saat ini.

Apa pun, didoakan pesawat MH370 tidak akan termasuk di dalam senarai ini dan bakal ditemui pada kadar segera.

1) Amelia Earhart


Kes pesawat hilang yang paling popular melibatkan juruterbang wanita, Amelia Earhart pada 1937. Kali terakhir diketahui, Earhart menerbangkan pesawat bersama penunjuk arah, Kapten Fred Noonan dari Papua New Guinea ke Pulau Howland melalui Lautan Pasifik dalam usaha mencipta rekod mengelilingi glob. Selepas pencarian tidak menemukan sebarang hasil termasuk serpihan pesawat dua enjin yang diterbangkannya, Earhart diisytiharkan meninggal dunia dua tahun kemudian.

2) Air France 447


Hanya enam hari selepas pesawat Air France penerbangan 447 dari Rio de Jeneiro ke Paris terhempas, barulah mayat dan serpihan pesawat ditemui terapung di lautan Atlantik. Manakala kotak hitam pesawat hanya dijumpai dua tahun kemudian pada kedalaman 4,000 meter. Kesemua 228 penumpang maut dalam nahas disebabkan pesawat dipercayai kehilangan altitut apabila sistem autopilot tiba-tiba termati. Indikator kelajuan pesawat dilaporkan mengalami kerosakan ketika kejadian disebabkan cuaca terlalu sejuk namun sesetengah fakta masih dinafikan Air France.

Puaka Niring : Misteri Mengapa Telefon Bimbit Penumpang #MH370 Masih Berdering???


Telefon sesetengah penumpang dan anak kapal dilaporkan masih berdering ketika dihubungi, sekaligus memarakkan teori bahawa terdapat konspirasi di sebalik kehilangan pesawat MH370.

Pengarah Komersial MAS, Hugh Dunleavy dilaporkan memberitahu The Strait Times, syarikat dapat mendengar deringan ketika menghubungi telefon bimbit anak kapal selepas kejadian namun panggilan tersebut tidak disambut.

Nombor berkenaan dikatakan telah diberikan kepada pihak berkuasa China untuk tujuan siasatan.

Dalam pada itu, sebuah laman web China turut menyokong dakwaan ini apabila memaparkan pengalaman 19 keluarga yang menyatakan mereka dapat mendengar bunyi deringan ketika menghubungi nombor telefon waris mereka yang menaiki pesawat MH370.

Justeru, anggota keluarga terbabit dikatakan meminta penjelasan sebenar daripada pihak penerbangan yang disangka mereka tidak memberitahu situasi sebenar.

Mereka turut mendakwa, anggota keluarga mereka yang hilang bersama pesawat turut dilihat masih 'online' di laman perkhidmatan mesej segera QQ.

Susulan itu, keluarga terlibat dikatakan keliru dan menganggap tidak susah untuk mengenalpasti lokasi pesawat jika kedudukan signal telefon bimbit ini diambil kira.

Bagaimanapun, kesemua deringan dan signal online daripada telefon bimbit dikatakan mulai hilang sejak Isnin lalu sekaligus meninggalkan anggota keluarga penumpang pesawat MH370 kian tertekan dan keliru.

Adakah bateri telefon bimbit sudah habis? Atau ia dimusnahkan air masin? Atau mungkinkah ini isyarat biasa yang disebabkan oleh server Internet? Atau pesawat masih ada di satu lokasi setelah dirampas pihak tertentu?

Satu dunia masih menanti jawapannya…

p/s : pelik gak aku dengan dakwaan mengarut ni. Bukan aku tak biasa naik "flight", kalo kapal terbang dah start berlepas dan mula berada dalam ketinggian tertentu pasti "line" telefon akan terputus dengan sendirinya.

Itu satu, yang kedua bukan ker biasanya kapten akan mengarahkan segala peralatan elektronik dipadamkan ketika berlepas dan sebab takda line data kat atas awan aku tengok ramai penumpang lebih suka tido dari dok belek tepon yang bukan ada wassap pun atas awan sana.

Dan yang paling penting kenapa keluarga penumpang warga china tu tampil kepada pihak berkuasa untuk menyiasat di mana sumber lokasi telepon tu berdering yang sudah pasti dapat dikesan menara komunikasi terdekat. Zaman dah canggih la sekarang ni.


Tu kadang-kadang bila keluar cerita teori terbaru pasal kehilangan pesawat malang MH370 ni dah makin mengarut-ngarut...

Sent from my BlackBerry® smartphone over the TuneTalk network











Wednesday 12 March 2014

Kurang Ajar!!! Kakitangan MAS Di China Dibaling Botol!! #MH370


Bukan sahaja penumpang, pakar penerbangan moden sendiri keliru dengan misteri sebenar yang menimpa pesawat MH70 hingga ke saat ini setelah banyak teori dan usaha masih menemui jalan buntu.

Namun di saat segala usaha digembleng untuk menyelesaikan kehilangan pesawat MH370, insiden yang tidak patut berlaku menimpa kakitangan MAS di Beijing, China.

Waris dan keluarga penumpang yang sedih, letih dan keliru dilihat menjadikan kakitangan MAS sebagai tempat untuk melepaskan tekanan.

Ketika sesi mesyuarat diadakan antara dengan pegawai kedutaan China dan keluarga penumpang semalam, sekurang-kurangnya tiga botol air mineral dilempar ke arah kakitangan MAS diikuti teriakan meminta penjelasan sebenar.

Ini adalah perlakuan yang amat tidak bertimbang rasa.

Bayangkan, jika kapal dan pesawat daripada sepuluh negara yang dikerah menjalankan usaha mencari pun masih menemui jalan buntu hingga ke saat ini, bagaimana mungkin jawapan jitu diberikan petugas MAS kepada sanak saudara penumpang ini?

Bagaimanapun, ini adalah asam garam dalam dunia perhubungan awam dan sudah tentu kakitangan MAS yang terlibat memahami keadaan ini.

Diharapkan mereka terus tabah memikul nama syarikat dan Malaysia bagi menyelesaikan masalah yang secara tak langsung, turut melibatkan antara negara ini.

Keluarga penumpang MH370 di China diberikan penginapan dan makanan percuma oleh MAS di Hotel Metropark Lido di samping membenarkan dua anggota keluarga bagi setiap penumpang diterbangkan ke Kuala Lumpur pada bila-bila masa jika perlu.

Pesawat MH370 dari Kuala Lumpur ke Beijing yang hilang dari radar jam 2.40 pagi Sabtu lalu hingga ke saat ini, membawa 239 penumpang dan anak kapal dengan 153 daripadanya warga China.

Sent from my BlackBerry® smartphone over the TuneTalk network

Pelik Belum Tentu Benar!!! Raja Bomoh Dakwa Nampak Mana Pesawat #MH370 Berada???


Raja Bomoh dakwa lihat pesawat MH370 tergantung di udara, disembunyikan di alam ghaib

Datuk Mahaguru Ibrahim Mat Zin, 80, yang mempunyai lebih 50 tahun pengalaman dalam dunia keilmuan mendakwa melihat pesawat MH370 tergantung di ruang udara dengan lokasinya terletak antara Laut China Selatan, Filipina dan sebuah negara asing menerusi upacara yang dilakukan selama 30 minit.

Apa komen korang pasal bomoh ni ?

Gempar!!! Video Pilot #MH370 "Entertained" Awek Orang Putih Dalam Kokpit Cemarkan Nama Baik MAS???


Dalam keadaan negara Malaysia dilanda kesedihan dengan insiden kehilangan pesawat #MH370 yang tiba-tiba ghaib dari skrin radar dan masih belum dijumpai walaupun setelah lebih 4 hari atau lebih 100 jam dari masa dilaporkan kehilangan tersebut. Perbagai usaha telah dilakukan melibatkan pelbagai negara namun segala usaha ini menemui jalan buntu kerana tidak ada satu serpihan dari bangkai pesawat tersebut dijumpai bagi menandakan apa yang telah berlaku sebenarnya serta menimbulkan 1001 spekulasi dan 1001 misteri.

Dalam kekalutan Malaysia menjalankan usaha menyelamat dan mencari bangkai pesawat MH370 tetiba gua terjumpa video klip dari luar negara dipercayai dari Australia dengan tajuk "Woman raises questions about cockpit behaviour" berdurasi 7 minit yang di muatnaik sejak 15 jam lalu dengan mendapat 25,635 serta semakin meningkat memperlihatkan salah laku juruterbang dan pembantu juruterbang MAS dengan mendakwa membenarkan penumpang memasuki kokpit sepanjang penerbangan.

Video ini jelas cuba mencemarkan nama baik syarikat penerbangan negara MAS dan secara tidak langsung mengaibkan keluarga juruterbang yang dimaksudkan dalam video tersebut yang dikatakan salah seorang juruterbang nahas MH370.
She's the Aussie girl who flew with the missing Malaysian airlines co-pilot. Now, Jonty reveals all to A Current Affair and her claims have raised serious questions about the pilot's cockpit behaviour.

March 11, 2014: She's the Aussie girl who flew with the missing Malaysian airlines co-pilot. Now, Jonty reveals all to A Current Affair and her claims have raised serious questions about the pilot's cockpit behaviour.

March 11, 2014: She's the Aussie girl who flew with the missing Malaysian airlines co-pilot. Now, Jonty reveals all to A Current Affair and her claims have raised serious questions about the pilot's cockpit behaviour. Woman raises questions about cockpit behaviour Woman raises questions about cockpit behaviour Woman raises questions about cockpit behaviour


p/s : entah la tak pasti siapa yang betul siapa yang salah dalam hal ini... terpulanglah kepada pembaca menilainya... tepuk dada tanya selera...

Tuesday 11 March 2014

Puaka Niring : Blog Misteri Cuba Kaitkan Kehilangan #MH370 Dengan Serangan Pemisah Uighurs Pulak???


Sebentar tadi, Pengarang Mynewshub menerima sebuah sistem pesanan ringkas (SMS) daripada sebuah nombor yang tidak dikenali memberitahu kewujudan sebuah blog yang mendedahkan mengenai siapakah dua lelaki misteri yang menaiki pesawat MH370 menggunakan pasport pihak lain, Sabtu lalu.

Blog yang menamakan dirinya Glodef (Global Defence And Security Research Centre – KLIK SINI ) memuat naik entri pertama semalam. Kemungkinan besar ia baru dibuka.

Tidak diketahui sama ada ia blog yang dibuka dari dalam Malaysia atau luar kerana menggunakan domain blogspot sahaja.

Apa pun, blog itu mendakwa, dua lelaki misteri yang menaiki pesawat MH370 menggunakan pasport lelaki Itali dan Austria merupakan masyarakat Uighurs dari wilayah Xinjiang yang berjuang untuk memisahkan diri pemerintahan China dan mereka memang dikenali memiliki rupa paras menyamai masyarakat Eropah. KLIK SINI

“Mereka menempah tiket mereka menggunakan China Southern Airlines, mereka sudah pasti dapat melepasi pemeriksaan di lapangan terbang dengan mudah kerana memiliki rupa paras menyerupai lelaki pemegang pasport yang asal,” katanya.

Blog itu mendakwa, kehilangan MH370 mungkin berkaitan dengan serangan pemisah Uighurs yang menyerang stesen keretapi Kunming pada 2 Mac lalu yang menyaksikan 33 orang terbunuh manakala 140 lagi cedera.

Kehilangan penuh misteri MH370 menyebabkan ramai pakar penerbangan dunia melihat serangan pengganas sebagai salah satu aspek penting.

Pesawat MH370 berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada pukul 12.41 tengah malam awal Sabtu lepas dan sepatutnya tiba di Beijing pada pukul 6.30 pagi hari yang sama.

Ia bagaimanapun hilang dan terputus komunikasi dengan menara kawalan udara di Subang pada pukul 2.40 pagi.

Menurut laporan awal, sepanjang penerbangan komunikasi menara kawalan dengan juruterbang, Kapten Zaharie Ahmad Shah, 53 tahun berjalan lancar tanpa isyarat kecemasan ataupun masalah diberikan oleh pengendali pesawat kepada menara kawalan.

Perhubungan terputus selepas komunikasi menara kawalan di Subang menyerahkan komunikasi pesawat MH370 kepada menara kawalan udara di Ho Chi Minh City, Vietnam kerana pesawat itu sudah menghampiri ruang udara Vietnam dalam penerbangan ke Beijing, China.

Gempar!!! Teori Terkini Kehilangan #MH370 Tapi Jangan Percaya??? Bukan Hilang Tapi Ada Kat China???


Mesej yang bertaburan menerusi group-group wassap... Anda baca dan anda nilaikan sendiri... Tepuk dada tanya selera...

"Latest info (belum confirm) Diorang selamat semua alhamdulillah.. tunggu je pc..

Kat satu perkampungan dekat-dekat mongolia... atas ckit dengan china... rencana amat baik..

Ada stewardess sempat hantar message kat husband... tapi semua selamat... kena tawan..

Pilot sempat hantar emergency code... ada kena mengena dengan 2 orang yang curi passport tu..

Sekian sampai ctu sumber saya... tapi pilot kita pun hebat..."

p/s : nak percaya atau tidak terpulang... ramai rakyat Malaysia ada kaki intelligence rupanya... mengalahkan pihak berkuasa plak... macam-macam teori pelik-pelik yang keluar sekarang ni...

Sent from my BlackBerry® smartphone over the TuneTalk network

Panas!!! 9 Teori Misteri Kehilangan Pesawat #MH370???


Perkongsian pandangan daripada kapten yang cukup berpengalaman, Kapten Nik Huzlan Nik Hussain.

"Baik ini sedikit info yang dapat saya kongsikan berdasarkan ilmu saya yang cetek dan apa yang mampu saya ingat. Kepada juruterbang / kapten / jurutera kapal terbang dan yang sewaktu dengannya, sila betulkan dengan hikmah sekiranya saya silap.

1. Agak mustahil untuk sebuah kapal terbang terputus isyarat atau komunikasi kerana setiap pesawat ada 3 peringkat komunikasi dan ketiga-tiga ini memang berkualiti.

2. Agak mustahil untuk kita katakan pesawat mengalami total 'electrical shutdown' dan sekiranya berlaku sekalipun, pesawat ada masa yang sangat cukup untuk buat pendaratan.

Bukan sahaja itu, setiap pesawat mempunyai banyak bateri dan bateri ini mampu menjana tenaga untuk pesawat.

3. Di udara, setiap pesawat akan dapat baca pesawat lain, yang berdekatan.

Monday 10 March 2014

Puaka Niring : Video Mat Salleh Kata Kehilangan #MH370 Sebab UFO??? Boleh Caya Ker...


Siasatan masih belum selesai dan kata putus mengenai apa sebenarnya yang berlaku kepada pesawat MH370 ni masih menjadi misteri tapi mat salleh ni dah buat macam-macam spekulasi yang mengarut sampai kait-mengait dengan UFO la makhluk asing la. 
For those who have not heard of the Malaysia Airline Flight that had gone missing after Air Traffic Control lost all communication many assume the plane to have crashed or possibly still in flight with no form of communication which is a bad situation. Some are now speculating for it to be blamed by a UFO or possibly an engine failure. I amtgrying to figure out what happened here, because it did eventually crash. and I say to just hold on to that for a second as we have not done a clear search for the plane as of yet, if we still cannot find it thats when things get very very strange.
Flight MH370 may have gone underwater or somewhere on land, we simply just don't know yet. Search and rescue is being sent out. It was actually heading for Beijing but from our assumption, has never made it. Aliens?? maybe?? lets wait it out than think about that. The flight went from Kuala Lumpur. the signal was lost in or around Vietnam. Malaysia Airline carriers states that it's misplaced connection with a new plane venturing coming from Kuala Lumpur for you to Beijing, with 239 individuals fully briefed.
This flight mentioned inside a assertion in which flight MH370 gone away in 02: 50 neighborhood time upon Weekend (18: 50 GMT upon Friday).
It had been anticipated to area in Beijing in 06: thirty (22: thirty GMT).
"Malaysia Airline carriers currently is using the services of the authorities who've initialized the look for as well as save team to uncover the jet, inch the company mentioned.
"Our team currently is getting in touch with the next-of-kin of passengers as well as team. inch

This Boeing B777-200 jet was holding 227 passengers, including a couple young children, as well as 12 team associates.
"We deeply are sorry for that any of us have misplaced just about all acquaintances with flight MH370 which left Kuala Lumpur in 12. 41 was before this morning bound regarding Beijing, inch mentioned the flight.
This flight proceeded to go lacking a couple several hours soon after removing coming from Kuala Lumpur.
China's Xinhua express reports bureau mentioned it had been misplaced in airspace handled by simply Vietnam. People who have read on BBC news and CNN news have most certainly heard about this. At this time we do not know where the Malaysia plane is. Sadly, eventually Vietnam confirmed that the plane had crashed into the Ocean. Malaysia Airlines flight Crash in Vietnam Sea was Kuala lumpur to South. I am very sure Malaysia Airlines feels very very bad about this crash. Malaysia Plane Crash Into Vietnam Sea VIDEO is not even in existence so you cannot see the crash and determine if it was a engine failure of some sort.

Bukti Jelas Termasuk Gambar Baru Memperlihatkan #MH370 Mungkin Terhempas Di Wilayah Laut Selatan Vietnam???


Setakat malam ini, semakin banyak bukti memperlihatkan bahawa pesawat MH370 milik Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) berkemungkinan besar telah terhempas kira-kira 50 batu ke arah barat daya Pulau Tho Chu, di selatan wilayah laut Vietnam.

Ini berikutan penemuan sebahagian serpihan yang dikatakan ekor kapal dan bahagian komposit pintu dipercayai milik pesawat berkenaan siang tadi (Ahad).

Pihak berkuasa Vietnam telah pun mengeluarkan gambar rasmi dari udara bagi membuktikan dakwaan penemuan itu (lihat gambar di atas).

Ia dikatakan ditemui tidak jauh dari laluan asal MH370 menuju ke Beijing.

Pihak itu bagaimanapun tidak membawa sebarang kapal laut ke kawasan itu untuk menyiasat berikutan hari semakin gelap ketika serpihan berkenaan ditemui.


Lebih memperkukuhkan lagi kemungkinan itu ialah akhbar rasmi Vietnam, Tienphong melaporkan sebentar tadi bahawa pasukan keselamatan Malaysia telah meminta kebenaran Jabatan Penerbangan Awam Vietnam (CAA) untuk memasuki perairan negara berkenaan bagi mengkaji penemuan beberapa objek.

Sebanyak lima kapal tentera milik Malaysia terbabit dalam permohonan itu, namun belum dapat disahkan sama ada sebarang kebenaran telah diberikan atau tidak.

Pasukan mencari dan menyelamat Malaysia mahu memasuki perairan berkenaan malam ini juga dan tindakan itu boleh ditafsir sebagai satu lagi kemungkinan MH370 telah terhempas di kawasan laut.

Pesawat MH370 dari Kuala Lumpur ke Beijing, yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal, hilang daripada radar selepas berlepas dari KLIA pada 12.41 pagi Sabtu. Ia sepatutnya mendarat di Beijing 6.30 pagi waktu tempatan.


Gempar!!! Video #MH370 Sebelum Hilang Di Skrin Tanpa Dapat Dikesan... #PrayForMH370


Inilah satu-satunya video yang melihatkan di mana kedudukan pesawat MH370 sebelum hilang dari skrin...
Despite denials of wreckage being found in the sea off southern Vietnam the area appears to be a focus of search activity for Malaysia Airlines flight MH370 which vanished early today en route from Kuala Lumpur to Beijing.
Aviation Herald had earlier reported an emergency beacon locator signal from the missing Malaysia Airlines 777-200 has been detected 20nm south of the coast of Ca Mau in Vietnam. However government sources have denied this is the case and the airline says it has no confirmed information concerning its location.
Flight MH370, went missing between Kuala Lumpur and Beijing with 239 people, including six Australians and two New Zealanders on board early this morning some two hours after departing from the Malaysia capital's international airport at 12.40 am.
It was due in Beijing at 6.30 a local time after a flight scheduled to last five hours 50 minutes.
The beacon signal report was consistent with a location in or near Vietnam after contact was lost.
Other elements of the reports coming from China are that the aircraft was noticed to be in a steep decent moments before it disappeared, however there are reports that it vanished almost instantly from ATC radar, which would imply a violent disintegration.
It is important to keep an open mind at this early stage of the search for the crash site. There is a high probability that the flight data recorder and cockpit voice recorder will be retrieved and read upon their discovery. That should quickly determine if this is a criminal investigation, or a mechanical or systems failure.
The 777 has an outstandingly good safety record. The only previous crash occurred at San Francisco airport, when an Asiana Airlines flight crashed onto runway after an unstable approach last July, causing two fatalities and leading to a third passenger being killed by a rescue vehicle after escaping from the burning jet.
As reported earlier According to Flightaware (see screen grab below) the last plotted position of the jet was comparatively close to Kuala Lumpur but the flight tracker displayed only the first 18 minutes of data.

Sunday 9 March 2014

Kurang Ajar!!! Datuk Chia Doakan Ganti #MH370 Dengan Kapal Terbang Yang PM @NajibRazak Naik???


Kurang ajar!!! Memang kurang ajar betul mamat berbangsa cina ini yang menggelarkan namanya dalam facebook sebagai "Datuk Chia". Tak pasti pula sama ada mamat kurang ajar ni memang bergelar "Datuk" atau beliau menyamar menggunakan nama "Datuk". Kenyataan kurang ajar beliau "Dear GOD, if you must take 1 plane down. Please take this 2, give us back MH370" (sambil merujuk gambar PM sedang menaiki pesawat rasmi kerajaan). Jika kita faham betul-betul maksud kenyataan ini sudah pasti ia merujuk kepada maksud seolah-olah beliau mendoakan jika "Tuhan" mahu sebuah pesawat itu terhempas biarlah pesawat yang dinaiki oleh PM bukannya pesawat MH370 serta dalam masa yang sama mahu pesawat MH370 ini dikembalikan dengan selamat.


Untuk melihat lebih detai apa sebenarnya ditulis oleh "Datuk Chia" berbangsa cina ini dan komen-komen kurang ajar kawan-kawan beliau boleh la KLIK SINI.


Inilah rupa pemilik akaun facebook dengan nama "Datuk Chia" yang mengeluarkan kenyataan provokasi di atas. Sumber fb sila KLIK SINI. Jika benar beliau ini pernah dianugerahkan gelaran "Datuk" oleh mana-mana negeri, digesa agar Sultan negeri berkenaan menarik balik anugerah gelaran "Datuk" ini daripada beliau yang sangat kurang ajar ini.



Panas!!! Orang Sibuk Pasal MH370 Hilang, Minah Ni Sibuk Nak Reformasi Pulak!!! #MH370 #PrayForMH370


Ini wajah salah seorang penghasut, penyebar fitnah, mencarut, memaki entah apa-apa lagilah yang tak elok pasal pihak kerajaan dan Umno.....

Weii... orang sibuk pasal pesawat MAS MH370 hilang... macai ni sibuk nak reformasi... harap pakai tudung tapi takde hati perut..



Puaka Niring : Misteri Jawapan Persoalan Kenapa Pesawat MH370 Tidak Diisytiharkan Terhempas???


Jawapan mengenai persoalan kenapa pesawat MH370 Tidak Diisytiharkan Terhempas

Pesawat Boeing 777-200 milik Malaysia Airlines dalam penerbangan dari Kuala Lumpur menuju ke Beijing yang hilang sejak awal pagi Sabtu sehingga lewat petang masih belum lagi dapat disahkan nasibnya.

Apa yang menimpa pesawat yang membawa 239 penumpang dan anak kapal itu menjadi spekulasi orang ramai yang memulakan hari minggu mereka dengan berita yang mengejutkan itu.

Kebanyakan laporan media menyebut pesawat itu dipercayai terhempas di perairan Laut China Selatan, berdasarkan kepada lokasi akhir pesawat berkenaan dikesan melalui sistem perhubungan penerbangan.

Tetapi kenapakah pihak berkuasa belum mengesahkan laporan tersebut?

"Memang secara umumnya, siapapun boleh mengatakan pesawat itu terhempas tetapi kalau terhempas di manakah bangkainya?

"Hanya kalau ada bangkai pesawat ditemui barulah pesawat itu boleh disahkan sebagai terhempas," kata seorang pakar penerbangan kepada Astro AWANI.

Beliau yang enggan dikenali mempunyai pengalaman bertahun-tahun dalam soal kawalan trafik udara serta selok belok operasi mencari dan menyelamat.

Penerbangan MH370 terputus hubungan dengan Pusat Kawalan Trafik Udara Subang kira-kira pukul 2.40 pagi, awal Sabtu, dua jam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Ia membawa 239 penumpang termasuk 2 orang bayi dan 12 anak kapal dari 14 buah negara. Ia sepatutnya mendarat di Lapangan Antarabangsa Beijing pada pukul 6.30 pagi.

Ditanya bagaimanakah pesawat itu boleh hilang daripada radar, pakar berkenaan menjelaskan, ada kemungkinan pesawat itu terbang rendah pada paras bawah 500 kaki dari aras laut.

"Ada dua jenis radar yang digunakan iaitu radar pengawasan utama dan radar pengawasan sekunder," katanya.

Radar pengawasan utama mengukur hanya jangkauan dan arah kompas dengan mengesan isyarat kelip pada skrin. Radar pengawasan sekunder pula sebaliknya tidak hanya mengesan maklumat yang sama tetapi boleh mengesan maklumat lain seperti paras ketinggian penerbangan dan identiti pesawat.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The True Brothers

The True Brothers