Jadilah Sahabat Kulaan...

SEWA

SEWA

TRIP

TRIP
PAKEJ TRIP KE KRABBI, HATYAI TERMURAH...

Sunday 4 August 2013

Diskriminasi Penguatkuasa DBKL Pada Peniaga Melayu Di Dataran!!! @NajibRazak @TengkuAdnanReal


Ini gambar peniaga kecil melayu yang dirampas barang jualannya oleh Penguatkuasa DBKL 5 minit selepas gambar ini dirakamkan dan dihantar oleh seorang sahabat yang kebetulan berada dilokasi kejadian.

Menurut cerita sahabat, peniaga kecil melayu ini sempat berniaga cuma 1 jam yang menjual barangan mainan kanak-kanak kepada pengunjung yang datang bersantai di Dataran Merdeka malam tadi. Menurut beliau agak ramai juga ibubapa yang membeli mainan tersebut untuk anak masing-masing.

Secara tiba-tiba datang Penguatkuasa DBKL terus merampas barang jualan tanpa memberi amaran terlebih dahulu. Dikhabarkan 5 6 orang peniaga kecil melayu turut dirampas barangan jualan mereka tanpa diberikan amaran terlebih dahulu.

Persoalan gua, kenapa keras sangat tindakan Penguatkuasa DBKL ni dengan peniaga kecil-kecilan melayu. Kenapa dirampas tanpa memberi amaran terlebih dahulu.


Mungkin ada pembaca yang akan mengatakan Penguatkuasa DBKL hanya sekadar menjalankan tugas. Itu gua hormati TAPI kenapa tak jalankan tugas betul-betul di Brickfields atau di Petaling Street atau di Chow Kit. Berapa banyak kedai haram kat sana takkan Penguatkuasa DBKL tak nampak kot. Itu belum lagi masuk cerita penyalahgunaan permit bunga api bila ramai yang berani jual mercun dan bunga api terlarang di Jalan Masjid India dan Jalan TAR.

Agak-agak la kalo nak menguatkuasa tu kalo ada pilih-pilih. Pembaca mesti pernah tengok senario gerai haram ni bila berjalan di sekitar Kuala Lumpur. Macam mana dengan kedai-kedai urut haram di Bukit Bintang yang secara terang-terangan menyediakan khidmat seks. Mana peginya Penguatkuasa DBKL bertindak. Takkan DBKL tak ada unit risikan.

Gua harap Menteri Wilayah yang baru Datuk Seri Utama Tengku Adnan dapat melihat permasalahan ini secara serius. Jangan sampai akhirnya rakyat marah dan menterjemahkannya semasa PRU14 nanti.

Kepada Penguatkuasa DBKL gua nasihatkan agar jangan pilih kasih dalam membuat kerja. Jangan sampai rakyat melihat seolah-olah Penguatkuasa DBKL ini menerima rasuah dari pihak tertentu.


p/s : "jangan kuman seberang laut nampak tapi gajah depan mata tak nampak atau buat-buat tak nampak" 

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.






4 comments:

  1. yg cina punya tak rampas pun..cuma halau saja..

    ReplyDelete
  2. Ni yg aku pelik ni... sama Melayu berani ajer.Dgn Cina kecut telor. Ada main belakang ke?

    ReplyDelete
  3. DBKL hanya berani dengan orang Melayu saja...

    ReplyDelete
  4. aku pernah tengok di Ipoh...MBI serbu pasar rapat setia..diaorang rampas beberapa piring lada...kemudian pergi gerai buah-buahan...beberapa kotak buah limau dan epal telah sedia...dan terus diberikan. Ada yg tukang kutip tanpa banyak bicara. Kalo betul nak rampas rampas le semua...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The True Brothers

The True Brothers