Jadilah Sahabat Kulaan...

SEWA

SEWA

TRIP

TRIP
PAKEJ TRIP KE KRABBI, HATYAI TERMURAH...

Saturday, 10 March 2012

Ya Allah!!! Malunya Rafizi, Kantoi Jadi Penipu, Pembohong Dan Pemfitnah PKR Isu Pertunangan Anak @NajibRazak


Siakap senohong gelama ikan duri,
Bercakap bohong lama-lama jadi pencuri,

Itulah pantun nasihat dua kerat yang pernah diulang-ulang oleh arwah opah kepada gua ketika gua kecik dahulu. Rupa-rupanya segala nasihat orang-orang tua ini memang ada kebenarannya.

Buktinya adalah Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli yang melemparkan fitnah terhadap PM, Najib Razak dan keluarga PM kononnya PM telah menyalahgunakan wang pembayar cukai rakyat untuk melangsungkan majlis pertunangan anak perempuan PM pada 17 Jun tahun lalu.

17 Jun 2011!!! Dah setengah tahun benda nie dok jadi kenapa la ni baru timbul. Kenapa sekarang? Kenapa tidak ketika itu? Kalo betul la Pejabat PM yang 'sponsor' majlis pertunangan anak PM guna duit kerajaan, takkan la pembangkang nak tunggu benda dah jadi sejuk suam-suam kuku baru nak kecoh-kecoh.

Friday, 9 March 2012

KSN Yang Buat Idea Giler, PM Plak Yang Kena Kasi Settle???... @NajibRazak


Semalam kecoh satu Putrajaya cerita PM mansuhkan SPBA. Bukan setakat kakitangan awam jer, kakitangan swasta, bekerja sendiri, meniaga sendiri, yang tak bekerja, surirumah dan yang tak boleh tahan 'neng cleaner' kat ofis pun dok sembang topik hangat ni. Entah si 'neng cleaner' ni tau hujung pangkal cerita aku pun tak pasti.

Dua tiga hari lepas pun dah bertiup kencang berita dan khabar angin dikalangan kakitangan awam terutama yang tinggal di Putrajaya bahawa PM bakal mengumumkan sesuatu yang mengembirakan kakitangan awam terutama kumpulan sokongan.

Bukan kerana pelarasan gaji 13% yang dinikmati oleh kumpulan sokongan tetapi suara hati mereka didengari oleh pihak atasan terutama PM. Sistem SPBA yang sebelum ini dilihat banyak menguntungkan kumpulan atasan terutama pegawai profesional, JUSA, Turus tak terkecuali KSN sendiri yang kononnya kenaikan gaji 130%.

KSN... KSN... Berapa kali dah Kulaan bagi tau sebelum ni tindakan dan dasar KSN banyak tidak menguntungkan dan menyebelahi kerajaan sekarang terutama dalam menjaga kebajikan kakitangan awan peringkat bawahan.

Thursday, 8 March 2012

Puaka Niring : Rumah Berhantu Misteri Villa Nabila Di Johor...



Mesti ada antara korang yang pernah dengar pasal Vila Nabila ni. Ada macam-macam cerita yang menarik pasal rumah ini.

Baru-baru ini Kulaan ada menerima kiriman dari sorang brader yang telah pergi sendiri ke Villa Nabila ini. Dia pegi pepagi buta, nak pegi malam-malam buta apa barang ye dak?

Jadi seterusnya adalah tulisan En. Haziq yang menceritakan pengalaman beliau (dan kawan-kawan) ke vila berhantu ini:

Salam.

Saja berkongsi gambar penampakan selepas khusyuk tengok penampakan di blog ini.

Lokasi rumah lama ini ialah berdekatan Danga Bay Johor Bahru.

Berpagar warna biru.

Saya dulu pelajar di IPTA di sini, dan kampung halaman disini.

Konsert Cromok Selepas 20 Tahun... Datanglah Beramai-ramai...


Kumpulan thrash metal veteran tanah air, Cromok akan mengadakan konsert terbaru mereka Reunion Thrashing Kuala Lumpur selepas 20 tahun tidak beraksi di atas pentas berskala besar pada persembahan mereka di KL Live di sini pada 8 April ini pukul 4 petang.

Menurut gitaris Cromok, Khairul Anwar Shariff atau Karl, 45, kumpulannya tidak sabar untuk beraksi pada konsert berskala besar itu selepas kali terakhir mereka mengadakan persembahan di KL Live yang ketika itu dikenali sebagai Live Centre pada tahun 1992.

“Ketika konsert pertama Cromok itu diadakan di Live Centre kami baru sahaja habis belajar di Universiti Wollongong, Sydney, Australia. Malah, masa itu Cromok pun baru sahaja ada sebuah album bertajuk Image Of Purity yang kami rakamkan di Sydney."

“Sedangkan sekarang ini kami ada lebih lima album termasuklah album-album kompilasi. Selepas 20 tahun kami rasa teruja kerana dapat beraksi lagi pada konsert seperti ini. Ini kerana, selama ini kami lebih banyak menumpukan kepada kerjaya sendiri dan bukannya sebagai pemuzik."

Wednesday, 7 March 2012

Puaka Niring : Misteri Nasi Tomato Berhantu Di Batu Lancang, Pulau Pinang???...


Baru-baru ini Kulaan sempat berkunjung ke Pulau Mutiara, Pulau Pinang atau biasa orang panggil Penang la atas jemputan sahabat-sahabat di sana. Setibanya di Pulau Pinang, Kulaan diberitahu bahawa kat Penang nie ada satu cerita yang memang terkenal dengan masyarakat dan penduduk Penang. Dan peristiwa tersebut masih berlaku sehingga ke hari ini.

Kisah "Nasi Tomato Berhantu Batu Lancang"... Halamak! menarik nie. Kebetulan pun Kulaan memang meminati cerita berunsur misteri dan paranormal. Menurut cerita sahabat Kulaan, peristiwa ini hanya berlaku tengah malam sahaja sekitar jam 12 tengah malam berlarutan sehingga jam 2 pagi sahaja. 

Tanpa membuang masa Kulaan di bawa ke satu lokasi yang dikenali dengan nama Batu Lancang jam 2 pagi setelah urusan di Penang selesai sekitar tengah malam.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The True Brothers

The True Brothers