Jadilah Sahabat Kulaan...

SEWA

SEWA

TRIP

TRIP
PAKEJ TRIP KE KRABBI, HATYAI TERMURAH...

Friday, 12 August 2011

Bonus RM500 : Kakitangan Sokongan Tidak Puas Hati

Kulaan ada la minum-minum di kedai mamak lepas solat tarawih dengan kawan-kawan yang majoritinya kakitangan awam sokongan. Kebanyakan mereka melahirkan rasa syukur dengan pemberian bonus oleh kerajaan minimun RM500 atau setengah bulan gaji Klik Sini. Namun ada yang melahirkan rasa kurang berpuas hati kerana bonus ini jika dibandingkan dengan jumlah yang bakal diterima oleh pegawai agak kurang adil.
Menurut mereka, pegawai sudah tentu gaji pokoknya besar sekitar RM3,000 ke atas. Bayangkan kalau ada pegawai atasan yang bergaji RM5,000, RM6,000  dan lebih. Sudah tentu bonus setengah bulan gaji mereka RM2,500, RM3,000 yang sama dengan 3 4 orang bonus kakitangan sokongan. Cuba bayangkan bonus yang bakal diraih oleh KSN jika gajinya RM20,000 sebulan, bonus yang dibayar kerajaan adalah RM10,000 menyamai bonus 20 orang kakitangan sokongan.
KSN Tan Sri Mohd Sidek
Kata mereka, keputusan ini lebih memihak dan menguntungkan pegawai atasan sahaja sedangkan mereka juga turut sama menyumbang keringat untuk memajukan negara. Betul juga kata mereka ini walaupun tidaklah berpelajaran tinggi. Sepatutnya bonus ini biarlah adil dan saksama. Tanpa bantuan kakitangan sokongan manakan agensi kerajaan boleh menjalankan tugas dan tanggungjawabnya.
Tambahan pula kebanyakan pegawai lebih banyak memberi arahan daripada melaksanakan kerja. Pengalaman Kulaan juga hampir sama ketika Kulaan bekerja dengan kerajaan satu ketika dulu. Pegawai atasan meeting saja lebih kemudian mengarah-arah saja yang tau. Lambat sikit marah-marah. Memang bukan semua pegawai atasan sebegitu, ada juga yang baik hati dan bertimbang rasa. Kepada golongan ini Kulaan mengucapkan tahniah.
Kulaan berharap agar PM mengambil perihatin dengan rungutan dan pandangan pekerja atau kakitangan sokongan kerana semua imput dan maklumat kebanyakannya PM terima daripada pegawai atasan. Tidak molek jika aduan yang dibuat tidak hadir bersamanya cadangan atau penyelesaian. Kulaan mencadangkan agar bonus diberi secara sama rata tanpa mengira pangkat atau gaji pokok. Sebagai contoh : bayaran bonus RM500 atau RM1000 diberikan kepada semua 1.27 juta kakitangan awam. Sudah tentu perbelanjaaan yang terpaksa dikeluarkan oleh kerajaan tidak melebihi dengan apa yang terpaksa dikeluarkan sekarang. Kiraan secara kasar, bonus pegawai atasan boleh menampung jumlah kakitangan sokongan.
Akhir sekali, buat KSN cuba-cubalah menyelami masalah kakitangan bawah beliau. Jangan hanya memberi maklumat kepada PM hanya untuk melepaskan tengkuk beliau sahaja. Jangan kerana info yang beliau sampai kepada PM tidak menyenangi kakitangan sokongan menyebabkan sekali lagi kakitanagan awam memberi undi kepada pembangkang pada PRU13 nanti. Jangan pisang berbuah dua kali seperti pilihanraya umum lepas, kerana dasar dan polisi KSN menyebabkan Putrajaya jatuh ke tangan pembangkang kerana undi protes Klik Sini.

Panas! Panas! Panas Hati Tengok Orang Bukan Islam Mencemar Kesucian Masjid

Panas hati Kulaan bila tengok klip video ini yang Kulaan jumpa sumbernya daripada Double-Y dan PT-Tube... Kalau betul nak masuk masjid dengan tujuan nak mendekatkan diri dengan Islam takpa la... Nie bukan nak masuk Islam pun, kalo puak-puak nie nak dekati Islam dengan tujuan memeluk Islam dah lama depa mengucap... Ni mai masjid dengan tujuan politik... Mana alim ulama' yang patut nyatakan pendirian mengenai masalah ini... Ulama' pembangkang takyah tanya la, sure statement depa mesti menang kat depa walaupun menggunakan agama Islam sebagai pendinding...


Kulaan akui Kulaan nie ilmu agama tak la tinggi jadi Kulaan harap kepada mereka yang Allah kurniakan pengetahuan ilmu agama yang tinggi agar dapat la ambik tindakan apa yang patut...

Riot in London : Polis Malaysia Jauh lebih Berhemah


“Ahli akademik dan NGO anggap Polis negara ini lebih berhemah dan sistematik dalam selesaikan sesuatu masalah termasuk isu keganasan termasuk berbanding apa yang berlaku di London ketika ini” Setiausaha Majlis Professor Negara, Prof Dr. Raduan berkata biarpun UK lebih maju dan mempunyai pasukan polis antara yang terbaik di dunia namun mereka masih gagal halang rusuhan sehingga menyebabkan kecederaan dan kecurian.

Ketua Pemuda Kimma, Amir berkata polis di negara ini dilihat lebih bijak kawal situasi dan emosi. Rusuhan di UK harus jadi iktibar dan pengiktirafan terhadap kecekapan PDRM tangani perhimpunan Bersih bulan lalu. Rata-rata orang awam berpendapat kekacauan di London tunjukkan tindakan pantas dan profesional pasukan keselamatan penting kawal perusuh. Pekerja swasta, Hanani, 24, kata “rakyat Malaysia perlu bersyukur kerana tindakan pantas polis berjayakekang insiden sama di negara ini ketika perhimpunan Bersih 9 Julai lalu”. Pekerja bank, Abu Bakar, 39, kata beliau sokong tindakan diambil kerajaan melalui PDRM dalam kekalkan keamanan ketika perhimpunan Bersih kerana jika tidak dikawal ia boleh melarat dan membawa kemusnahan besar.

Polis Malaysia lebih berhemah
KUALA LUMPUR 10 Ogos - Ahli akademik dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menganggap polis negara ini lebih berhemah dan sistematik dalam menyelesaikan sesuatu masalah termasuk isu keganasan berbanding apa yang berlaku di London ketika ini.

Setiausaha Majlis Profesor Negara, Prof. Dr. Raduan Che Rose berkata, biarpun negara tersebut lebih maju dan mempunyai pasukan polis antara terbaik di dunia namun, mereka masih gagal menghalang rusuhan sehingga menyebabkan kecederaan dan kecurian.

"Pendekatan yang dilakukan oleh pihak polis di sana dan polis di negara ini ternyata berbeza. Di sana punca utama menyebabkan mereka bertindak ganas ialah selepas seorang remaja kulit hitam ditembak mati oleh polis.

"Berbanding di negara ini, polis lebih banyak menggunakan pendekatan pencegahan malah, lebih sistematik dalam mengatasi masalah agar tidak merebak menjadi lebih serius," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Beliau yang juga Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) Universiti Pertahanan Nasional Malaysia berkata demikian ketika diminta mengulas kejadian rusuhan di London yang gagal dikekang malah mula merebak ke seluruh Britain.

Dalam pada itu, Ketua Pemuda Kongres India Muslim Malaysia (Kimma), Amir Hamzah Abdul Rajak berkata, polis di negara ini dilihat lebih bijak mengawal situasi dan emosi baik di kalangan anggotanya mahu pun perusuh.

"Mereka dilihat lebih berperikemanusiaan serta bijak menangani masalah seperti yang sedang berlaku di London," katanya.

Sementara itu, Ketua Pengarah Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), Datuk Nik Mustapha Nik Hassan pula menganggap kejadian rusuhan yang berterusan bukan disebabkan oleh kegagalan polis mengekang masalah sebaliknya tiada kesedaran di kalangan rakyat negara itu.
"Bagi saya ini bukan masalah polis sebaliknya rakyat di negara itu sendiri. Kita tidak tinggal di sana jadi kita tidak tahu apa yang berlaku.

"Sepatutnya mereka lebih menumpukan kepada cara menyelesaikan masalah ekonomi dan pengangguran.
"Keadaan akan menjadi lebih teruk sekiranya masalah rusuhan yang terjadi di sana dibiarkan berterusan," katanya.
Riot in Kuala Lumpur
Riot in London
Sony Centre Enfield - Hangus dijilat api angkara perusuh
Riot inTottenhem
Riot in Birmingham
 

Kulaan rasa kalo bukan kerana tindakan pantas dan cekap pihak polis mau 9 Julai hari tu jadi macam kat kota London... Bila dah jadi macam tu nak menyesal pun tak guna... Nak meruntuhkan sesuatu perkara memang mudah tetapi tidak semudah untuk membinanya... Berfalsafah pulak Kulaan… 



Thursday, 11 August 2011

Gempak : Siapa Nak Nombor Telefon Shuhardi Mat I.S.A

Bukan setakat klip video dan gambar-gambar pelakon terbaik perhimpunan Bersih Shuhardi Mat I.S.A telah tersebar meluas di alam siber tetapi terbaru nombor telefon Shuhardi  juga telah dapat di kesan. Kulaan cadangkan kepada artis-artis dan pelakon-pelakon di Malaysia ni yang mutu lakonannya kurang "uuummmphh" atau kurang "power" agar segera menghubungi Shuhardi dan "booking time" dengan dia untuk ambil kelas lakonan sebab lakonan mantap beliau telah menggegarkan dunia terutama di alam siber. Bukan senang nak berlakon mati sehingga pening manusia satu alam bana ni. Watak mati ni bukan calang-calang orang boleh menghayatinya.

Jika berminat untuk mengambil kelas lakonan tahap dewa-dewa bolehlah menghubungi :
Shuhardi Mat I.S.A
Tel : 012-3900740
 



Untuk keterangan lanjut boleh menghubungi : Akutfelda

Untuk melihat secara detail perbualan antara Akutfelda dengan Shuhardi Mat I.S.A Klik Sini




Panas! Panas! Klip Video Pelajar Malaysia Diserang Perusuh London



Rahang patah ditumbuk perusuh
Oleh Zaharah Othman

2011/08/11
MUKHRIZ dan Noorzalina melawat Asyraf Haziq di Royal London Hospital, semalam.
Pelajar Malaysia di London cerita saat cemas jadi mangsa keganasan London

LONDON: "Ini kejadian paling mencemaskan dalam hidup saya dan berlaku pantas. Saya menaiki basikal tiba-tiba dikerumuni 20 lelaki berpisau yang mahu merampas basikal. Mereka kemudian menyeluk poket seluar dan mengambil telefon bimbit.

“Mereka menumbuk di dagu dan rahang hingga berdarah. Saya tidak tahu apa yang berlaku selepas itu dan apabila tersedar, saya terduduk di kaki lima dengan mulut berdarah,” kata Asyraf Haziq Rosli, 20, yang terlantar di Royal London Hospital di sini, sementara menunggu pembedahan bagi membetulkan rahang bawahnya yang pecah dan tulang pipinya yang patah.

Banyak perkara yang tak kena dengan masyarakat apabila kita lihat orang berpura-pura membantu seorang pemuda yang cedera sedangkan sebenarnya mereka merompaknya. - David Cameron, Perdana Menteri Britain. Asyraf Haziq tidak dapat bercakap banyak kerana rahang bawahnya diikat dawai sebelum pembedahan, walaupun cuba melayani pelawat petang semalam termasuk Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mukhriz Mahathir; Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di United Kingdom (UK), Datuk Zakaria Sulong; Pengarah MARA, Dr Noorzalina Mohd Noor dan Pengerusi UMNO London, Dzuhair Hanafiah.

Pelajar tahun satu bidang perakaunan di Kolej Kaplan, di sini itu diserang ketika berbasikal bersama rakannya, Sheikh Muhammad Faris Jamil Azhar, 20, di Barking, timur London iaitu satu daripada tempat berlaku kekacauan untuk berbuka puasa Isnin lalu.

Asyraf Haziq berkata, penyerangnya tidak menyedari kejadian dirakamkan individu dari bangunan berdekatan dan klip video satu minit 14 saat dimuatkan dalam YouTube serta diguna stesen penyiaran di sini termasuk BBC dan Sky TV.

Beliau berkata, selepas diserang, beberapa lelaki seolah-olah cuba membantunya tetapi mencuri barangan dalam beg sandang.
Asyraf Haziq berkata, beliau enggan memaklumkan kejadian itu kepada ibu bapanya bagi mengelak mereka bimbang.

Sementara itu, 11 pelajar dipindahkan dari Barking dan Mile End. Dzuhair juga memindahkan dua pelajar wanita di Peckham ke asrama MARA di Bayswater.

Zakaria berkata, Suruhanjaya Tinggi Malaysia, MARA dan Jabatan Pelajar Malaysia sentiasa memantau keadaan dan mengeluarkan arahan apabila perlu, memandangkan rusuhan merebak cepat.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The True Brothers

The True Brothers