Jadilah Sahabat Kulaan...

SEWA

SEWA

TRIP

TRIP
PAKEJ TRIP KE KRABBI, HATYAI TERMURAH...

Monday, 9 December 2013

[18SX] Inilah Kerjaya Impian Lelaki Miang Sedunia…


Pekerjaan yang dilakukan oleh seorang lelaki di Chile ini pastinya menjadi dambaan setiap jejaka miang di luar sana.

Masakan tidak, kerja yang perlu dilakukan oleh Jaime Rascone adalah tersangat mudah dan unik iaitu dia perlu terlebih dahulu menguji atau 'test drive' seseorang pelacur sebelum mereka boleh digolongkan sebagai pelacur kelas atasan atau pelacur untuk golongan VIP di sana.

Di sana, sesiapa yang ingin menjadi pelacur kelas atasan perlu menjalani beberapa ujian termasuk ujian ditemubual, ujian psikologi, ujian sesi fotografi dan ujian bagaimana calon-calon pelacur itu boleh memuaskan hati para pelanggan di ranjang.

Di sinilah Jaime memainkan peranan untuk menguji pelacur-pelacur tersebut, sama ada mereka layak untuk dinaikkan taraf sebagai pelacur untuk golongan VIP.

Hai, macam-macam hal...

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Banjir Pantai Timur : Antara Khemah Dan Makanan??? @NajibRazak @KhairyKJ

Gua sempat mengikuti perkembangan banjir yang berlaku di Pantai Timur di televisyen hari ini sementara berkemas untuk ke Pantai Timur juga bagi bantuan kemanusian mangsa banjir. Negeri yang terjejas teruk dengan banjir adalah Terengganu dan Pahang.

Namun apa yang mahu dibincangkan di sini bukanlah pasal kelewatan atau bekalan makanan yang kononnya dikatakan tiba lewat dan tidak mencukupi. Tapi pasal khemah! Ya khemah! Kenapa isunya di sini khemah? Seperti apa yang dinyatakan oleh mangsa banjir di Kemaman bukan bekalan makanan yang tidak cukup tetapi khemah.

Menurut mangsa banjir, khemah yang ada di pusat perpindahan tersebut adalah milik mangsa atas inisiatif dan pengalaman penduduk terjejas. Persoalannya di sini, kejadian banjir berlaku saban tahun dan sudah tentu pihak kerajaan terutama agensi seperti Majlis Keselamatan Negara (MKN) sudah sedia maklum.

Memang benar kejadian banjir ini di luar jangkaan pihak terbabit ditambah dengan jumlah mangsa yang agak besar serta dikatakan sebagai banjir terbesar sejak tahun 1971 tetapi sekurang-kurangnya sebahagian besar persediaan seperti khemah sudah dalam jangkaan. Berdasarkan pemerhatian di media massa yang melaporkan gambar pusat perpindahan mangsa banjir memang kita dapat lihat sebahagian besar mangsa di tempatkan dalam dewan yang luas dan terbuka.

Dengan pemberian khemah sekurang-kurangnya dapat membantu setiap keluarga dan mangsa terutamanya kaum wanita untuk berada dalam keadaan lebih selesa seperti mahu menyalin pakaian, tidur, menyusukan bayi atau perkara-perkara lain yang melibatkan aurat.

Perkara ini masih belum lambat untuk diperbaiki oleh pihak berkaitan dan jangan pula disalah anggap antara teguran dengan menghentam. Ini bukannya mahu mengentam sesiapa sekadar memberi pandangan.

Manakala kepada mereka-mereka yang berhati mulia di luar sana yang turut membantu meringankan beban dengan menderma sama ada wang ringgit, bekalan makanan atau keperluan asas eloklah berfikir kembali untuk membuat sedikit peruntukan dan perubahan dengan membekalkan khemah-khemah pula kepada mangsa-mangsa banjir.

p/s : insyaAllah jika tiada aral melintan gua bersama seorang sahabat blogger lagi turut sama akan turun ke Pantai Timur malam ini bagi menghulurkan bantuan dan tenaga tulang empat kerat kerana hanya inilah yang mampu kami hulurkan lantaran kurang berkemampuan dari segi kewangan.

Kami juga cuba untuk berkongsi pengalaman dan maklumat tepat berkaitan mangsa banjir yang cuba dipolitikkan oleh pihak pembangkang yang lebih banyak melalak komen, kutuk, kondem, fitnah serta memburukkan usaha kerajaan serta individu tertentu turun memberi bantuan daripada turut sama membantu mangsa banjir. Doakan kami... Amin...

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Mesti Baca!!! Pengakuan Doktor Mangsa Banjir Kemaman Dan Pantai Timur!!! @NajibRazak


Dari Datuk Dr Lokman Hakim...

Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan KKM

"I was at ground 0 in Kuantan and kemaman yesterday. Memang chaotic, simply because air naik terlalu cepat dan juga di kawasan yg tak dijangka di Kemaman. Org dipindahkan terlalu ramai dlm masa singkat dan pusat pemindahan yg muat 1000 org dihuni lebih 3000 org.

Ada kawasan pusat/kampong terputus langsung dan putus bekalan makanan more than 2 days, hingga bila bekalan tiba, jadi macam mob katanya. Tambah lagi bekalan elektrik, air bersih dan komunikasi talipon terputus. Hosp Kemaman without clean water such that we have to close certain wards, OT and ICU and latients transfered to dungun.

Ramai staff hospital and kesihatan juga jadi mangsa and hosp Kemaman turut jadi pusat pemindahan utk staf. Apa yg mengharukan, ada our staf dalam menghadapi rumah mereka dan klinik dinaiki air, they choose to selamatkan harta kerajaan dulu, to me the highest level of public servant integrity manifested by the majority, despite being ridiculed of late by laporan audit.

Sunday, 8 December 2013

Mesti Baca!!! UMNO Tidak Kebal…Jika Tidak Berubah, Boleh Kecundang!!! @NajibRazak

"Kita tidak kebal… sama seperti parti LDP (Jepun), Kongres (India) dan Golkar (Indonesia), sekiranya kita tidak berubah kepada landskap politik sekarang, maka kita akan kecundang," kata Datuk Seri Najib Razak.

Presiden UMNO itu berkata, hanya parti yang sanggup berubah akan terus memerintah dan menerajui tampuk kepemimpinan negara.

"Ayat 'business as usual' tak boleh dipakai sekarang sebab suasana sudah berubah landskap politiknya juga berbeza, kerana itu jika tak faham politik baru, kita akan kecundang," katanya ketika menggulung perbahasan pada Perhimpunan Agung UMNO 2013, semalam.

"Kita tidak kebal… sama seperti parti LDP (Jepun), Kongres (India) dan Golkar (Indonesia)," kata Najib.

Beliau berkata, perkara itu antara tiga aspek penting yang disentuh perwakilan ketika berbahas selain mendaulatkan Islam dan terus memperjuangkan agenda Melayu dan Bumiputera.

Katanya, UMNO mesti membetulkan segala kesilapan lalu dengan segera kerana jika bertangguh akan mengakibatkan kesan besar yang negatif kepada parti.

Menurutnya, perubahan itu dituntut demi kelangsungan masa depan dan UMNO tidak mahu lagi dibuai kegemilangan lalu.

"Kita cuba betulkan sebelum terlambat, jangan sudah dekat PRU-14 baru kita terkial-kial nak buat kerja," katanya.

Dalam pada itu, Najib berkata, Perlembagaan UMNO akan dipinda bagi mengubah Fasal 33 dengan menyatakan bahawa Islam adalah agama Persekutuan dan Ahli Sunnah Wal Jamaah sebagai pegangan umat.

"Untuk itu Perhimpunan Agung Khas untuk meminda perlembagaan akan diadakan tahun depan," katanya.

Berkaitan Indeks Prestasi Utama (KPI) pemimpin parti, beliau berkata, semua perkara berkaitan perjalanan mesyuarat Badan Perhubungan UMNO Negeri, Bahagian dan Cawangan ada termaktub dalam perlembagaan parti.

"Sudah tiba masanya kita kuatkuasakan dan Majlis Tertinggi akan menentukan kaedahnya selepas ini," katanya. Harian Metro

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The True Brothers

The True Brothers