Kenyataan Nik Aziz baru-baru ini yang menarik perhatian pelbagai pihak termasuk media massa, media cetak dan media baru. Tindakan Murshidul Am Pas ini Kulaan lihat tidak lebih daripada cubaan untuk mengalihkan pandangan masyarakat Malaysia daripada isu moral yang menghimpit pemimpin pembangkang lain terutama isu video klip Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim yang baru-baru ini keluar pula video terkini berkenaan video seks beliau. Kenyataan Nik Aziz ini mengundang kemarahan pemimpin dalam Pakatan Rakyat terutama pemimpin DAP yang sememang daripada asal penubuhan parti itu adalah menentang penubuhan negara Islam dan perkenalan Hukum Hudud.
Perlaksanaan hukum hudud yang disuarakan oleh Nik Aziz mendapat tentangan hebat daripada kawan-kawan dalam Pakatan Rakyat sendiri terutama DAP yang secara terang-terang tidak dapat menerima idea tersebut. 
Bab                3 : Tujuan Hukuman Hudud, Qisas, Diyat dan Ta'zir
                  Hukuman hudud, qisas, diyat dan ta`zir diperuntukkan                  dalam qanun jinayah syar`iyyah adalah bertujuan untuk menjaga                  prinsip perundangan Islam yang tertakluk di bawahnya lima perkara: 
1.                  Menjaga agama, iaitu menjaga aqidah orang-orang Islam supaya tidak                  terpesong dari aqidah yang sebenar dan tidak menjadi murtad. Orang                  yang murtad akan disuruh bertaubat terlebih dahulu dan sekiranya                  dia enggan bertaubat maka hukuman bunuh akan dikenakan ke atas                  mereka. Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:
                  "Sesiapa yang menukar agamanya (murtad), maka bunuhlah dia."                  (Riwayat Bukhari) 
2.                  Menjaga nyawa, iaitu menjaga jiwa seseorang dari dibunuh termasuklah                  menjaga anggota tubuh badan seseorang dari dicederakan atu dirosakkan.                  Sesiapa yang membunuh manusia atau mencederakan anggota tubuh                  badan mereka itu dengan sengaja wajib dijatuhkan hukuman qisas                  atau diyat sebagaimana firman Allah s.w.t. yang bermaksud:
                  "Dan di dalam hukum qisas itu ada jaminan hidup bagi kamu,                  wahai orang-orang yang berakal fikiran supaya kamu bertaqwa."                  (Surah Al-Baqarah, 2:179) 
3.                  Menjaga akal fikiran, iaitu memelihara akal fikiran manusia dari                  kerosakan disebabkan minum arak atau minuman-minuman yang memabukkan.                  Mereka yang meminum arak wajib dijatuhkan hukuman sebat tidak                  lebih dari lapan puluh kali sebat sebagaimana yang telah diriwayatkan                  oleh Saiyidina Ali di dalam sebuah hadith yang bermaksud: 
"Rasulullah                  s.a.w. telah menyebat orang yang minum arak sebanyak empat puluh                  kali sebat, dan Saiyidina Abu Bakar telah menyebat empat puluh                  kali sebat juga, dan Saiyidina Umar menyebat sebanyak lapan puluh                  kali .
4.                  Menjaga keturunan, iaitu memelihara manusia dari melakukan perzinaan                  supaya nasab keturunan, perwalian dan pewarisan anak-anak yang                  lahir hasil dari persetubuhan haram itu tidak rosak. Orang yang                  melakukan perzinaan wajib dijatuhkan hukum sebat dan rejam sebagaimana                  sabda Rasulullah s.a.w. dalam hadithnya yang diriwayatkan daripada                  `Ubadah bin As-Somit r.a. yang bermaksud:
                  "Ambillah peraturan daripada aku, ambillah peraturan daripada                  aku. Sesungguhnya Allah telah memberi jalan untuk mereka. Perawan                  dengan jejaka yang berzina hukumannya disebat sebanyak seratus                  kali sebat, dan dibuang negeri selama setahun. Dan janda dengan                  janda yang berzina hukumannya disebat sebanyak seratus kali sebat                  dan direjam." (Riwayat Muslim dan Abu Daud) 
5.                  Menjaga harta benda, iaitu memelihara harta benda manusia dari                  dicuri dan dirompak dengan menjatuhkan hukuman potong tangan ke                  atas pencuri, dan menjatuhkan hukuman mati atau potong tangan                  dan kaki kedua-duanya sekali atau dibuang negeri ke atas perompak.                  Hukuman ini tertakluk kepada cara rompakan itu dilakukan sebagaimana                  firman Allah s.w.t. yang bermaksud: 
"Dan                  orang lelaki yang mencuri dan perempuan yang mencuri maka (hukumannya)                  potonglah tangan mereka sebagai satu balasan dengan sebab apa                  yang mereka telah usahakan, (juga sebagai) suatu hukuman pencegah                  dari Allah. Dan (ingatlah) Allah maha Kuasa lagi Maha Bijaksana."                  (Surah Al-Ma'idah: 38)
                  Firman Allah s.w.t. lagi yang bermaksud: 
"Sesungguhnya                  balasan orang-orang yang memerangi Allah dan RasulNya serta melakukan                  bencana kerosakan di muka bumi (melakukan keganasan merampas dan                  membunuh orang di jalan ) ialah dengan balasan bunuh (kalau mereka                  membunuh sahaja dengan tidak merampas), atau dipalang (kalau mereka                  membunuh dan merampas), atau dipotong tangan dan kaki mereka dengan                  berselang (kalau mereka merampas sahaja, atau dibuang negeri (kalau                  mereka hanya mengganggu ketenteraman awam). Hukuman yang demikian                  itu adalah suatu kehinaan di dunia bagi mereka, dan di akhirat                  kelak mereka beroleh azab siksa yang amat besar." (Surah Al-Ma'idah:                  33) 


No comments:
Post a Comment