Kerajaan negeri mewujudkan satu pasukan khas untuk mengenal pasti keluarga atau individu miskin bagi memudahkan pemantauan dibuat oleh agensi berkaitan dalam menangani masalah miskin tegar di Perak.
Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir, berkata beliau sudah mengarahkan agensi berkaitan untuk mewujudkan pasukan berkenaan yang berfungsi untuk menyenarai dan memantau golongan sasar itu.
"Menerusi pasukan berkenaan, ia memudahkan kita untuk mengetahui mereka yang layak mendapat bantuan"
"Pada masa sama, kita mahu membantu mereka tidak bernasib baik tanpa mengira kaum, agama dan budaya," katanya.
Dalam perkembangan lain, kerajaan negeri menerusi Yayasan Bina Upaya Darul Ridzuan turut menyumbangkan peruntukan bagi pembinaan rumah baru bernilai MR36,000 sebuah kepada dua keluarga miskin di Buntong dan Kampung Baru Ampang.
aii.....baru nak cari sbb dah nak Pru13? 3 tahun sebelum ni buat apa????Phuuuuuiiiiiii.
ReplyDeletesekurang-kurangnya buat kerja... bukan dok berpolitik 24 jam...
ReplyDelete