Jadilah Sahabat Kulaan...

SEWA

SEWA

TRIP

TRIP
PAKEJ TRIP KE KRABBI, HATYAI TERMURAH...

Friday, 24 February 2012

"Bai'ah" Pas : Ciri Bukan Demokrasi Dalam Pas...


Dewan Pemuda PAS Perak (DPP Perak) meminta orang ramai melihat perkara Bai’ah calon yang mewakili parti itu pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) sebagai menjaga hak dan keputusan pengundi.
Setiausahanya, Salman Saleh mendakwa, Bai’ah atau sumpah taat setia tersebut juga sebagai langkah menangani kebimbangan senario lompat parti menjadi amalan di Malaysia seperti yang pernah berlaku di Perak.
Justeru, kata beliau, DPP Perak menyokong setiap calon PAS melakukan proses Bai’ah demi `mengikat’ mereka agar tidak khianat kepada parti itu dan rakyat yang mengundi.
“Bai’ah calon PAS selama ini dilihat sehingga kini masih utuh tanpa menggadai dan bertindak merosakkan parti yang telah mencalonkan mereka atas nama parti yang mereka sertai.
“Ini juga kerana setiap individu yang ingin menyertai mana-mana parti perlu mengikut ketetapan yang telah ditetapkan oleh parti berkenaan dan kami yakin Bai’ah adalah proses yang dibenarkan oleh Islam selama ini,” dakwanya melalui satu kenyataan media hari ini.
Mufti Perlis, Dr. Juanda Jaya dipetik berkata, bai’ah boleh menjadi haram dan berdosa sekiranya terma yang terkandung di dalamnya melanggar hukum Islam dan lebih menjurus kepada kepentingan parti atau pemimpin.
Menurutnya lagi, tidak salah bagi mana-mana individu untuk berbai’ah selagi sumpah taat setia dinyatakan itu tidak terkeluar daripada syariat dan peraturan Islam.
Inikah demokrasi yang kononnya dilaungkan oleh Pakatan Rakyat terutama sebuah parti berteraskan Islam seperti Pas. Pas telah menggunakan Islam sebagai perisai mereka dalam berpolitik bukanlah kerana ingin memperjangkan Islam seperti yang dicanangkan oleh pemimpin Pas.

Maka, pengikutnya yang taksub tanpa boleh berfikir menggunakan akal fikiran yang waras lagi terus mengikut telunjuk ketua mereka tanpa perlu membantah jika perkara itu bertentangan dengan Islam sekali pun asalkan niat dan tujuan berpolitik tercapai sama seperti konsep "matlamat menghalalkan cara".

Jadi, nasihat Kulaan kepada mereka yang berkira-kira mahu dan akan masuk pembangkang mahu menyokong pembangkang agar berfikirlah secara waras menggunakan akal yang telah Allah kurniakan. Janganlah menjadi manusia yang hanya mengikut nafsu. Masuk Pas belum tentu menjamin Syurga dan menyokong kerajaan belum tentu neraka jaminannya kerana soal Syurga Neraka adalah hak Allah dan dikira berdasarkan amalan yang dilakukan oleh seorang yang bergelar Muslim...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The True Brothers

The True Brothers