Kerajaan Perak menerusi Perbadanan Taman Negeri Perak dan Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara sedang merancang dan meningkatkan usaha mempromosikan Royal Belum sebagai antara destinasi pelancongan utama dan bertaraf dunia, terutama ketika Tahun MelawatPerak tahun ini.
Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir, berkata bagi menjayakan usaha itu, pihaknya sudah membincangkan semua aspek berkaitan termasuk kemungkinan memanjangkan landasan kapal terbang di Gerik.
"Landasan sedia ada hanya berukuran kira-kira 450 meter panjang dan ia perlu diperluaskan sehingga 700 dan 800 meter dan saya akan berbincang dengan pihak tentera (Kementerian Pertahanan) mengenai perkara ini."
"Dengan berbuat begitu, mungkin pelancong dari Subang di Selangor dan Pangkor boleh terus datang ke sini."
"Kita juga mencadangkan kepada Berjaya Air yang kini menyediakan perkhidmatan Subang-Pangkor, boleh memanjangkan perkhidmatan mereka ke sini jika kemudahan itu disediakan nanti, malah pelancong dari Singapura juga boleh terus ke sini," katanya.
Selain itu, Zambry berkata, kerajaan negeri juga akan menganjurkan Royal Belum World Drum Festival membabitkan penyertaan 10 negara yang mempersembahkan paluan gendang yang acara kemuncaknya akan diadakan di Royal Belum pada 26 Februari ini.
"Kali ini kita anjurkan acara ini dalam skala kecil, tetapi kita mahu menjadikannya sebagai satu jenama dan berharap dapat memperkenalkan lagi Royal Belum kepada dunia," katanya.
Elok jugak tu.Boleh jadi port baru untuk meliwat suka sama suka.
ReplyDeletenice try bro... i know who you are...
ReplyDelete