Jadilah Sahabat Kulaan...

SEWA

SEWA

TRIP

TRIP
PAKEJ TRIP KE KRABBI, HATYAI TERMURAH...

Sunday, 12 February 2012

Naluri Seorang Ibu Tersentuh Bila PM @NajibRazak Penuhi Impian Anak Autisme....


Seorang ibu kepada remaja lelaki yang menghidap autisme amat tersentuh dengan keprihatinan Datuk Seri Najib Tun Razak untuk memenuhi impian anaknya untuk bertemu beliau.

S.Indrani, 43, berkata pertemuan selama 20 minit pada 7 petang Rabu lepas di Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya itu cukup menggembirakan anak sulungnya A.Rekneshwarkumar, 16.

Rekneshwarkumar atau nama timangannya Ricky turut ditemani ibunya, ayahnya B.Ananthkumar, 49, dan adiknya, Dinishvarkumar, 12.

Indrani, seorang pegawai di sebuah syarikat swasta, menganggap Najib sebagai “insan luar biasa” kerana di tengah-tengah kesibukan menjalankan tugas sebagai Perdana Menteri, sanggup meluangkan masa untuk bertemu rakyat biasa seperti mereka.


“Walaupun sibuk dengan urusan harian, beliau dapat juga merealisasikan impian anak saya. Ini memberi semangat kepada kami sekeluarga untuk membimbing Ricky menghadapi realiti dunia ini,” katanya.

Indrani berkata Ricky amat seronok dengan layanan mesra Najib sehinggakan dia menyanyikan lagu 1Malaysia untuk Perdana Menteri.

Ricky dikenal pasti menghidap autisme tahap tinggi sejak berumur empat tahun.

Autisme merupakan kecacatan perkembangan tegal melibatkan fungsi otak dan dianggap sebagai kecacatan neurologi dan bukan kecacatan psikiatrik.

Indrani berkata bahawa pada usia lapan tahun Ricky mula meminati Najib yang ketika itu Timbalan Perdana Menteri dan minatnya semakin terserlah tatkala Najib menjadi Perdana Menteri pada 2009 dan melancarkan gagasan 1Malaysia.

“Ricky amat tertarik dengan Datuk Seri, dia begitu gembira dan sentiasa tersenyum setiap kali melihat wajah Perdana Menteri tidak kira di akhbar, TV atau di papan iklan."

“Sejak Datuk Seri Najib menjadi Perdana Menteri, Ricky mula menyebut nama beliau dan selalu memberitahu saya ‘Mum, I want to take photo with Datuk Seri Najib’, ‘Mum, I want to hug Datuk Seri Najib’,” katanya.

Indrani berkata anaknya itu hanya akan memasuki kedai atau restoran yang menggantung gambar Najib.

“Sekiranya tiada gambar Datuk Seri, dia akan meminta pekerja kedai itu menggantungkan gambar Perdana Menteri,” katanya.

Indrani berkata bahawa melihatkan anaknya begitu kagum dengan Najib, dan anaknya itu pula dalam kategori Orang Kurang Upaya (OKU), beliau terdorong untuk menulis surat secara peribadi kepada Perdana Menteri pada 31 Jan lepas.

“Tiga hari selepas itu, saya mendapat panggilan daripada pegawai Perdana Menteri yang memaklumkan Datuk Seri Najib telah membaca surat itu dan sudi menemui kami,” katanya.

Ketika ditanya kenapa Ricky begitu meminati Najib, Indrani berkata anaknya itu mungkin mahu menjadikan Najib sebagai idola hidup.

Ricky kini bersekolah di Institut Masalah Pembelajaran dan Autisme Malaysia (IMPIAN) di Persiaran Titiwangsa, Setapak, dan berulang-alik setiap hari dari rumah mereka di Bandar Mahkota Cheras.

Indrani berkata pertemuan beliau sekeluarga dengan Perdana Menteri yang amat bermakna itu telah memberi inspirasi kepada mereka bahawa tiada yang mustahil di dunia ini.

“Ia juga membuktikan Datuk Seri Najib mengambil berat terhadap pelbagai lapisan rakyat Malaysia,” katanya.

2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The True Brothers

The True Brothers