Hari ni gua berkesempatan datang ke The Club Damansara untuk melihat dan mendengar debat diantara dua orang tokoh yang terkenal iaitu Ketua Pemuda UMNO, Khairy dengan tokoh demonstrasi Bersih si Ambiga.
Gua bukannya nak mengulas pasal kedua tokoh ni siapa yang paling hebat berdebat tetapi cerita apa yang berlaku di luar dewan debat. Dewan kecil di The Club ini boleh menempatkan kira-kira 200 penuh dengan orang ramai yang datang. Maka, yang tidak ada nama dalam senarai daftar tidak dibenarkan masuk.
Kira-kira 200 orang lagi duduk di luar dengan penuh minat mengikuti debat ini melalui kaca tv. Apa yang mengecewakan orang ramai apabila TV canggih ni gagal menngeluarkan suara dengan kuat. Speaker pun takda macam mana nak dengar suara.
Apa lagi, mengamuk ler orang kat luar. Macam-macam depa komplain kat organizer. Tak dengar suara la, suara slow sangat ler, organizer tak prepare la. Macam-macam rungutan. Yang lain diam jer. Risik punya risik rupa-rupanya depa ni puak-puak Bersih yang memang kaki komplain jer tau.
Sampai satu tahap puak-puak bangang ni provok plak organizer kata berat sebelah ler, lebihkan orang BN ler. Mula la kata-kata kesat keluar. Bodoh la, bangang la, tak reti organize la. Meluat aku tengok perangai hodoh puak-puak Bersih ni yang 'tak bersih' akal dia.
Aku peratikan jer puak-puak nie buat peel macam budak-budak sedangkan dah tua bangka rambut pun beruban. Memang dasar pembangkang perangai "bodoh" macam ni la dok tayang kat orang.
Entri aku lepas plak aku akan story kat korang apa perbualan aku dengan geng-geng Bersih yang dok tanya aku turun tak hari Sabtu ni 28hb kat Dataran.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
No comments:
Post a Comment