PENDEDAHAN eksklusif muka depan akhbar New Strait Times hari ini (lanjutan dari pemilikan 20 akaun rahsia Anwar bernilai RM 3 billion) memang menarik perhatian gua untuk mengupas mengenainya.
Menurut laporan tersebut, seorang CEO bank telah mengakui kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR – nama lama bagi SPRM) pada 1999, yang beliau terlibat menguruskan wang dari akaun Anwar ini yang berpengkalan di British Virginia Island (BVI). Agak mengejutkan kerana nama negara itu pun jarang kita dengar tapi tahu-tahu wang negara kita berlambak disimpan disana –semuanya gara-gara Anwar.
Penulis tidak mahu meneka CEO bank mana satu tapi sekarang rasa-rasanya baru penulis faham kenapa nama ‘Rashid’ begitu memberi nilai sentimental kepada Anwar sehinggakan ada bekas banduan dengan nama sama pun menjadi mangsa pertamanya sebaik keluar dari penjara pada 2004. Apa kaitan ‘Rashid’ dengan bank, pembaca boleh cari sendirilah tapi sekadar nak menyebutkan, bank ini dulu diketahui mempunyai kaitan yang cukup rapat dengan Anwar.
Malah isteri Azmin, Shamsidar Taharin juga dikatakan pernah memiliki saham yang besar dalam bank tersebut. Tapi sekali lagi penulis nak tegaskan disini, penulis tidak mahu meneka dan terpulang sepenuhnya kepada pembaca untuk membuat tafsiran sendiri.
Seperti yang kita ketahui, wang ini ada kaitan rapat dengan not RM 1,000 dan RM 500 yang penggunaan dan pengeluarannya dihentikan oleh Bank Negara Malaysian (BNM) pada 1998, sebagai sebahagian daripada proses pemulihan ekonomi negara yang diserang penyangak mata wang asing pada 1997. Dalam Statutory Declaration (SD) yang dibuat Datuk Murad dulu pun sudah dijelaskan tentang perkara ini, dan bagaimana ianya dibawa keluar dari negara kita.
Berapa besarkah ekonomi BVI ini, penulis tidak tahu tapi yang jelas sekarang, apa pun nilainya, kelihatan ia disumbang sedikit sebanyak oleh berbilion wang negara kita yang disimpan disitu.
BVI, setakat yang penulis tahu, tidak mempunyai tahap kerahsiaan kewangan sehebat Switzerland. Di Switzerland, tidak ada Mahkamah atau undang-undang dalam negara itu yang boleh mengarahkan bank-bank negara tersebut mendedahkan maklumat kewangan pelanggan mereka kepada pihak ketiga. Ada khabar mengatakan perkara ini menjadikan Switzerland sebagai tempat paling sesuai untuk menyimpan jumlah wang yang banyal tanpa perlu risau ia diketahui pihak lain – termasuklah wang haram.
Penulis yakin, sistem perbankan di BVI tidak jauh beza dengan Britain yang menjajah negara tersebut. Sudah tentu ada selok belok perundangan yang membolehkan pemilik sebenar wang tersebut didedahkan kepada pihak-pihak berkepentingan. Mungkin masih ada saksi-saksi yang pernah disiasat BPR dulu yang masih hidup dan boleh melengkapkan siasatan kalau kes tersebut dibuka semula sekarang.
Itupun kalau samseng-samseng upahan Anwar tidak sampai kepada dia dahulu.
Kerajaan SPRM dan BNM perlu ambil serius perkara ini. Wang, (walaupun dalam not yang sudah tidak dikeluarkan lagi), perlu dibawa balik ke negara ini untuk dimusnahkan kerana ia boleh mempengaruhi ekonomi negara kita, terutama bila bercakap tentang kitaran wang (circulation of money). Apa terjadi kalau wang itu dibawa balik ke Malaysia dan masuk ke dalam pasaran? Sudah tentu inflasi akan meningkat naik, sila-silap sejarah ‘wang pisang’ semasa penjajahan jepun dulu, boleh berulang semula.
Maaflah, ini bukan niatnya nak mengajar, penulis tahu, BNM pun sedar tentang perkara ini. Cuma penulis mahu sesuatu dilakukan segera untuk memastikan negara kita tidak lagi terjerumus ke dalam kegawatan ekonomi sekali lagi setelah kita terselamat dari krisis sub prima yang melanda Amerika Syarikat pada 2008.
Dalam masa yang sama juga, tidak salah rakyat negara kita berkunjung secara beramai-ramai ke BVI untuk melancong. Tahulah kita sekarang, apa pun yang cantik, apa pun yang menarik, canggih dan sebagainya di negara tersebut, sedikit sebanyak disumbangkan oleh wang negara kita yang disimpan disitu dan dilaburkan oleh bank yang menyimpannya. -
No comments:
Post a Comment