Jadilah Sahabat Kulaan...

SEWA

SEWA

TRIP

TRIP
PAKEJ TRIP KE KRABBI, HATYAI TERMURAH...

Wednesday, 18 July 2012

Kisah Dari Seorang Anak FELDA Yang Buat Pemimpin Pembangkang Meroyan....



Ayah aku berkerja dengan Felda sebagai Juru ukur .
Dari 1967 hinngga lah 1980 dia bertugas dimerata semenanjung Malaysia
Mengukur tanah Rancangan yang akan dibuka.

Sehingga emak aku kata “ asik ukur tanah orang jer, bila nak ukur tanah sendiri ?”
Jadi pada 1981 Ayah dan emak aku buat keputusan masuk Felda.
dapat tanah Rancangan Felda tanaman Getah di Segamat Johor.

Awal-awal masuk Felda masa tu umur aku baru 7 tahun.
Hanya rumah papan yang simple Cuma da 1 bilik tidor , ruang tamu dan bilik air diluar rumah. Keluasan tanah rumah lebih kurang suku ekar. Boleh la nak bercucuk tanam dan tanam pokok dusun.

Diberi tanah ladang sebanyak 10 ekar.. masa tu blum boleh kutip hasil sebab pokok getah masih kecil, baru 1 tahun ditanam( pokok getah kena tunggu sampai sekurang-kurang 5 tahun baru boleh di toreh) .

Pasarana seperti air dan Api tak ada, Malam ayah akan pasang lampu pump gasoline cap ”buterfly” yang berasaskan minyak tanah.

Air kami biasanya akan mandi atau ambil di perigi bawah bukit depan rumah sebelahan tanah perkuburan.(jumpa pucung terlompat-lompat masa nak mandi pagi kul 5 g skolah pon pnah derr..) Atau pergi ke sungai berdekatan (dekat tak dekat la biasa jalan kaki 2 kilometer baru sampai).

Selama menungu Pokok getah boleh di tuai hasilnya. Felda menyediakan wang sara hidup kepada peneroka-peneroka, selain dari itu kedai G-Mart milik Felda menyediakan system hutang untuk peneroka membeli barang seandainya kekurangan duit. Dengan harga yang sangat rendah peneroka dapat hidup dgn sempurna membeli barang dar kedai G-Mart.

Kehidupan Felda perlukan mental dan fizikal yang kuat. Kesempitan duit adalah pekara kedua kerana didalam felda kami mengamalkan siakp gotong royong dan amalan kemasyarakatan yang kuat. Sebarang kesusahan akan cuba diselesaikan bersama-sama.

Malahan amalan ibadah seperti bacaan Yasin akan dibuat setiap malam jumaat bergilir-gilir setiap rumah mengikut blok penempatan sepanjang tahun. Dan amalan itu masih berjalan sehingga kini. Hidup dalam Felda ibarat adik beradik , susah sama diinjing senang sama di junjung. , sehingga awal 1986 barulah pasaranan seperti Air , Api dan Telephon masuk ke rumah-rumah di Rancangan Felda tempat kami.namun kehidupan kami dibela oleh ayah dan emak amat mencukupi sebagai anak felda, nak gi skolah jauh gak jalan kaki 5 kilo , tp tu biasa arr , anak felda mmng lasak ..namun apa yang disediakan oleh kerajaan pada kami sudah lebih dari cukup,ada sekolah , klinik, balai polis, temapt riadah mcm padang bola , padang gasing, malahan dikalangan kami diberi macam-macam bantuan oleh kerajaan dan agensi lain, yang cerdik dihantar belajar ke Asrama Felda Bukit Nenas, yang kurang diberi latihan Vokasional oleh Felda melalui MARA dan ILP, gerakan MBFM , sentiasa memimpin belia Felda kearah peningkatan kemajuan Intelek dan Ekonomi.Alhamdullilah Felda adalah Syurga bagi rakyat Malaysia yang terpilih..

Menguruskan kebun dan ladang juga dibuat bersama-sama. Atas selian Felda. Membaja tanaman meracun rumput adalah rutin harian peneroka bersama-sama. Peneroka akan berpakat2 dan membuat plan kebun mana nak di usahakan dulu ikut giliran..

Sehingga lah tanaman dapat dituai.. kadar harga getah tidaklah berapa tinggi sekadar RM.0.50 sekilo sehinnga paling tinggi RM1.50 sen sekilo, selama 1986-2006

Namun rezeki telah tiba kepada para peneroka Felda tanaman Getah pada tahun 2008 harga getah naik mendadak sehingga kini masih dalam lingkungan tinggi. Diwaktu ini ramai peneroka telah bersara dan melayan anak cucu. Jerih penat diorg akhirnya terbalas berkat usaha mereka dan juga kebijaksanaan Kerajaan Barisan Nasional mencipta Felda dari Idea Tun Abdul Razak, kini DS Najib menjadi penyambung warisan perjuangan Ayahndanya memberi impak dan kesan yang lebih baik kepada keluarga peneroka Felda. Melalui penyenaraian FGVH di bursa , peneroka Felda mengorak langkah sebagai pemegang saham antara terbesar dunia. Kemajuan yang dicapai dalam Felda membuktikan betapa persepakatan dan perpaduan bangsa mampu membawa kesan yang baik kepada kemakmuran ekonomi sesuatu bangsa.

1 comment:

  1. Buka terenang lipas bersarang
    Kain basah x dapat nak guna
    Masa senang PAS pun datang
    Masa susah dulu PASSSSSdimana?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The True Brothers

The True Brothers