Gambar yang dipaparkan adalah seorang pelajar perubatan , yang dipengaruhi oleh dakyah PAS, bahawasanya kerajaan BN ini kejam tak berhati perut sehingga dia menyertai demo Bersih. Maka pinjamannya pun ditarik balik, elok benarlah diberikan pada pelajar lain yang benar-benar memerlukan.
Pada permulaannya Pas seolah-olah membela nasib pelajar ini dengan melancarkan kutipan derma baginya, agak malang wang yang diterima oleh pelajar ini hanya berjumlah RM50 sahaja.. Sedangkan kutipan derma yang dilancarkan di Mesir dan tanahair menerusi ceramah-ceramah politik Pas. Dikatakan mencecah puluhan ribu.
Dengan hanya RM50, pelajar ini tidak mampu untuk menyara hidupnya di Mesir dan membayar yuran pengajiannya yang dianggar berjumlah RM300ribu.
Maka dengan muka tebal dan tak malunya dia terpaksa melakukan apa yang orang Pas fobia ingin lakukan ikutilah cerita selanjutnya KLIK DISINI
Kuala Terengganu: “Saya sungguh kesal dan saya tidak akan buat lagi kerja yang sia-sia dan tidak bermanfaat begini.”
Demikian luahan Muhamad Hasyim Che Ngah yang pinjaman pendidikannya ditamatkan Yayasan Terengganu (YT) kerana menyertai perhimpunan BERSIH 2.0 di Dataran Hayyu Asyier, Kaherah, Mesir, tahun lalu. Muhamad Hasyim, 21, pelajar tahun tiga jurusan perubatan Universiti Al-Azhar adalah antara sembilan anak Terengganu ditamatkan pinjaman, dan semalam beliau menemui Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said bagi merayu agar pinjamannya disambung semula.
“YT meluluskan pinjaman sebanyak RM301,144. Daripada jumlah itu, RM170,000 digunakan untuk yuran pengajian dan sara hidup,” katanya.
Beliau yang datang bersama bapanya, Che Ngah Abdullah, 57, berkata sejak pinjamannya ditamatkan Julai tahun lalu, tidak ada pihak yang membantu untuk meneruskan pengajian.
“Saya merayu agar diberi peluang kedua. Saya berjanji tidak akan melakukan perkara sama pada masa depan dan akan memberi tumpuan kepada pelajaran,” katanya yang pulang bercuti selama dua bulan.
Mengulas perhimpunan itu, Muhamad Hasyim berkata beliau mengetahuinya menerusi rakan dan internet beberapa hari sebelum ia berlangsung, selain diberitahu mengenai pemakaian baju-T berwarna kuning. - BERNAMA
jadikan pengajaran untuk masa depan ...belajar dari kesilapan ...
ReplyDeletePemilihan story yg hebat n memberi impak yg besar.Tahniah!memang otai!hehe..
ReplyDelete"Sesat dihujung jalan kembali ke pangkal jalan". Semoga dengan Keberkatan Ramadhan, pelajar ini benar2 jujur dan ikhlas didalam pengakuan serta kesedarannya. Bukan hanya sekadar untuk melepaskan diri dikala terhimpit, maka lahir pula seorang lagi insan munafik, hasil tarbiah PAS yang fasiq.
ReplyDeletetak payah dok sesatkan orang dey.....sapa yang kejam di atas?Rakyat tak boleh bersuara ka?tak boleh...hak di nafikan...lalu pinjaman di bekukan...kejam kejam..yahudi tak buat macam tu kat anak bangsa sendiri...
ReplyDelete