Jadilah Sahabat Kulaan...

SEWA

SEWA

TRIP

TRIP
PAKEJ TRIP KE KRABBI, HATYAI TERMURAH...

Saturday 22 September 2012

Pro-Menipu Terkantoi Menipu Pasal "Calon Tua" #PRKUM... #AspirasiMahasiswa


Minggu ini merupakan minggu yang penuh dengan warna-warni cerita menarik dalam negara. Antara yang menarik untuk diperkatakan selain daripada isu filem menghina Rasullullah saw melalui filem bertajuk "Innosence of Muslims" yang membangkitkan kemarahan umat Islam seluruh dunia adalah pilihanraya kampus yang sedang berlangsung minggu ini dan minggu depan.

Semalam 5 buah IPTA telah selesai menjalankan pilihanraya kampus antaranya UiTM, UTHM, UniMAP, UNISZA dan UTeM yang menyaksikan kelima-lima IPTA ini dimenangi dan dikuasai oleh calon daripada Pro Mahasiswa yang menang dengan selesa. 15 IPTA lagi bakal menyusul akan mengadakan pilihanraya secara serentak minggu hadapan termasuklah Universiti Malaya (UM).

UM memang terkenal dengan "panas"nya suasana kempen sehinggalah hari pembuangan undi. Tambahan pula UM sebelum ini dikuasai oleh calon daripada Pro-M. Hari ini adalah hari penamaan calon dan timbul pula satu isu yang agak "panas" berkenaan dakwaan 'ketidaklayakan' calon daripada Penggerak Mahasiswa yang kononnya tidak mengikut syarat pencalonan iaitu calon itu sudah "tua" atau tidak cukup semester untuk menjadi calon. Pro-M mendakwa 6 calon Penggerak Mahasiswa sudah "tua" dan tidak cukup syarat kerana berada di tahun akhir yang mana "kononnya" syarat calon mestilah mempunyai sekurang-kurangnya baki 2 semester.

Kat bawah nie gua petik skit jawapan yang lebih jelas, padat, betul, sahih dan benar tidak ada yang tidak benar melainkan benar-benar belaka pasal kes "calon tua' :

Hari ini selepas beberapa hari Pilihanraya Kampus berjalan dengan rancak, Pro Student sebagai pemerhati ingin menyatakan kebenaran daripada terus diputar atau dispin oleh Pro M yang kita kenal sebagai kaki spin yang terhebat.

Isu "Calon Tua:

Pro Mahasiswa yang tidak mempunyai modal dalam menyerang Penggerak Mahasiswa telah mencipta satu fitnah yang amat besar dengan mengatakan bahawa 6 calon Penggerak Mahasiswa yang dicalonkan tidak layak bertanding kerana faktor final year student. Betul kah tidak layak? Jom kita bongkar!

Hari ini Pro Student sebagai pemerhati yang bebas ingin menyatakan bahawa dakwaan Pro Mahasiswa adalah TIDAK BENAR SAMA SEKALI. Berdasarkan bukti


Syahmi Naim

Syahmi Naim adalah seorang calon daripada Pusat Kebudayaan yang menjadi salah seorang mangsa fitnah Pro-M kerana dikatakan sebagai 'Calon Tua' dan tidak layak bertanding. Tapi benarkah begitu?

Ini ialah bantahan daripada pihak Pro-M mengenai Syahmi Naim. Disini JELAS MENUNJUKKAN BAHAWA Pro-M tidak mengkaji dahulu status calon berkenaan sebelum membuat bantahan! Janji bantah kan? Pro-M sudah gentar kerana mereka tidak mampu menghantar calon bagi Pusat Kebudayaan! Malahan mereka tidak berani mendedahkan perkara ini. Jom kita lihat!

Page Pilihanraya Kampus Universiti Malaya ialah page proksi kepada Pro Mahasiswa. Benarkah yang calon Penggerak Mahasiswa yang menang tanpa bertanding ialah 5 sahaja? Pro-M, janganlah menutup kebenaran. Jika kamu tidak mampu menghantar calon, nyatakan sahaja! Mari kita pergi bukti lebih kukuh lagi!

Kenapa tidak dipaparkan calon daripada Pusat Kebudayaan yang mana Pro-M GAGAL, diulangi GAGAL menghantar calon????? Adakah mereka takut kebenaran terbongkar???

Untuk mendapatkan keseluruhan jawapan artikel di atas sila KLIK SINI



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The True Brothers

The True Brothers