Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) sedang menjalankan siasatan berhubung dakwaan kebocoran maklumat kesiapsiagaan BN bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang yang kononnya dimiliki pembangkang.
Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, pihaknya juga telah menghantar surat kepada semua parti komponen BN supaya berhati-hati dan menganggap dokumen-dokumen yang diedarkan sebagai rahsia.
Meskipun menganggap dakwaan pembangkang itu sebagai gimik politik, tegasnya, sebarang tindakan terhadap mereka yang bertindak membocorkan maklumat tersebut akan diserahkan kepada Presiden parti, Datuk Seri Najib Tun Razak.
"Kita sedang siasat. Kita hendak dapatkan dokumen yang ada pada Lim Guan Eng (Setiausaha Agung DAP) supaya tahu siapa yang beri kepada beliau. Ini kerana setiap dokumen yang diedar ada kod tersendiri. (Tetapi) kemungkinan ini pun gimik politik DAP sebab mereka juga rasa tertekan. Kita pun ada dokumen pembangkang, tak bising pun.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
No comments:
Post a Comment