Jadilah Sahabat Kulaan...

SEWA

SEWA

TRIP

TRIP
PAKEJ TRIP KE KRABBI, HATYAI TERMURAH...

Saturday, 10 November 2012

Doa Bersama Paderi Lebih Afdal Dari Berdoa Bersama Orang UMNO - Ijtihad Mujahid Yusof!!!


Bidaah besar ini hanya dilakukan oleh kaum Khawarij dan PAS nampaknya menjejaki dan mengulangi perbuatan kaum khawarij yang telah mengorbankan para Sahabat r.a dalam beberapa peperangan selain pembunuhan kedua-dua orang cucu kesayangan Rasulullah s.a.w., Syaidina Hasan dan Syaidina Husin r.a dalam Peristiwa Karbala yang kemudian dituduhkan kepada Muawiyyah bin Abi Sufyan dan Yazid bin Muawiyyah.

Islam jenis apakah yang ditunjukkan oleh Mujahid Yusof dan PAS ini? Kalau benarlah orang-orang UMNO tersasar daripada perjuangan Islam, bukankah sepatutnya para pemimpin dan ahli-ahli PAS yang konon-kononnya lebih arif, meneruskan usaha kerja-kerja berdakwah? Apa perlu PAS mengingkari Allah Taala dan sunnah Rasul-Nya semata-mata untuk menang dalam pilihanraya?

Amat menghairankan bagaimana Mujahid Yusof begitu berbangga dengan penerimaan paderi dan gereja terhadap parti itu, terutama selepas parti PAS sentiasa tunduk dan akur dengan kehendak mereka berbanding berusaha lebih keras untuk mendekati puak-puak UMNO yang dikatakan sebagai tersasar. Walhal pada puak-puak UMNO berkenaan adalah kalimah thoiyibbah dan majoriti daripada mereka, beriman kepada lima rukun Islam dan enam rukun Iman, sama seperti majoriti puak-puak PAS sendiri!


Pernahkah kita melihat bagaimana Mujahid Yusof atau mana-mana orang PAS mengangkat tangan bersama-sama orang UMNO berdoa dan bermunajat kepada Allah Taala untuk mengeratkan kasih sayang dan ukhwah antara mereka berbanding mengangkat tangan di hadapan paderi dan kemudian berbangga-bangga dengan perbuatan berkenaan?.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The True Brothers

The True Brothers