Jadilah Sahabat Kulaan...

SEWA

SEWA

TRIP

TRIP
PAKEJ TRIP KE KRABBI, HATYAI TERMURAH...

Sunday 9 December 2012

Pas Terus Menipu Umat Islam...


Undang-undang negara dan perlaksanaannya bukan ditentukan oleh mana-mana satu parti atau mana-mana satu kaum mahu pun mana-mana satu agama. Ianya ditentukan bersama oleh majoriti rakyat hasil rundingan dan kerjasama antara parti, antara kaum dan antara agama.

Kerajaan, samada Kerajaan BN ataupun Kerajaan PR hanya akan mencadangkan undang-undang ke dalam DUN atau pun Parlimen setelah mendapat persetujuan sesama semua sekutu komponen atau pakatan sebelum dilaksanakan.

Apa saja cadangan untuk dibawa ke Parlimen oleh Kerajaan yang memerintah samada UMNO/BN atau PAS/PR, ianya mesti dipersetujui dulu oleh komponen-komponen BN atau sekutu PR.

PAS yang menganggotai Pakatan Sekular PR bagi berkongsi kuasa untuk memerintah, mesti mendapatkan persetujuan dari rakan kongsi kuasa sekularnya (DAP dan PKR) sekiranya hendak melaksanakan Undang-undang Jenayah Syariah di negara ini dan tidak akan mampu melaksanakan apa jua tanpa persetujuan sekutu-sekutusekular/kafirnya.

Sekiranya PR memerintah, PAS hanya boleh melaksanakan agenda PR, seperti yang terkandung dalam Buku Jingga dan dokumen-dokumen kerjasama mereka dan bukan agenda PAS.

Tapi apabila Pakatan Sekular PAS/DAP/PKR (PR) juga sama-sama membuat keputusan dan berjanji untuk tidak melaksanakan Hudud, PAS terus menipu Umat Islam dengan janji palsu perlaksanaan hududnya.

DAP dengan tegas menentang hudud bila bercakap dengan orang-rang Cina dan India dan bila bercakap dengan PAS dan Umat Islam, mahu berbincang mengenainya (Bincang untuk tidak melaksanakannya) dan PKR terus bermain wayang seperti sesumpah.

UMNO hanya menjanjikan apa yang telah dipersetujui dalam BN tapi PAS terus menipu dengan menjanjikan perkara-perkara yang tidak dipersetujui dalam PR.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The True Brothers

The True Brothers