KATA-KATA TERAKHIR TUN DR MAHATHIR MOHAMAD sebelum meninggalkan kerusi PRESIDEN UMNO ketika PERHIMPUNAN AGUNG UMNO 54
"Sesungguhnya musuh UMNO tidak kuat.  Mereka tidak mungkin   mengalahkan   UMNO.    Tetapi   UMNO    boleh mengalahkan UMNO.  Saya tidak perlu hurai perkara  ini. Kita semua tahu.  Parti lawan tidak menang.  Hanya UMNO yang kalah.
Sesungguhnya  UMNO  tidak  mungkin  kalah   jika kesetiaan  kita  kepada parti, pada  bangsa  dan  agama tidak  dilunturkan kerana kepentingan diri.  Tidak  ada parti   politik   di  mana-mana  yang   lebih   berjaya  memulihkan   maruah  sesuatu  bangsa,   seperti   UMNO. Daripada bangsa yang dijajah dan dihina, bangsa  Melayu sekarang  dianggap sebagai bangsa yang  begitu  berjaya sehingga menjadi contoh kepada ramai bangsa-bangsa lain di  dunia.   Jasa UMNO kepada orang Melayu,  Bumiputera lain, bangsa Malaysia dan negara Malaysia amatlah jelas dan besar.  Janganlah kekecewaan kita menghancur semula maruah bangsa kita
Jika boleh saya ulangi, perjuangan kita, UMNO dan orang Melayu dan Bumiputera lain belum selesai.  Banyak lagi   yang  perlu  dibuat  oleh  kita.   Hanya   untuk mengekalkan    kemerdekaan   kita,   kebebasan    kita, memerlukan  usaha  yang gigih dan  berterusan.   Apatah lagi  jika  kita  ingin  memulih maruah  bangsa  dengan sepenuhnya dengan menjadi bangsa yang maju dalam sebuah negara maju.
UMNO,  saya  ulangi bukan sebarang  parti.   UMNO adalah  teras dan tunjang kepada parti yang  memerintah negara   tercinta  ini.   Kuat  UMNO  kuatlah   Barisan Nasional,  kuatlah Kerajaan Malaysia, kuatlah Malaysia. Lemah  UMNO  akan  mengundang  malapetaka  kepada  kita semua.
Ini adalah kali terakhir yang dapat saya sampaikan ucapan  perasmian dalam Perhimpunan Agung  UMNO.   Saya pohon  maaf jika saya mengambil masa yang panjang untuk menyampaikan  ucapan ini.  Saya hanya ingin  menyumbang kepada  parti  yang telah memberi peluang  yang  banyak bagi saya merealisasikan segala idea yang ada pada saya bagi  pemulihan  maruah bangsa saya, memajukan  sedikit bangsa  saya dan negara saya.   
Sama ada saya berjaya atau tidak bukan untuk saya menilaikannya.  Rakyat  dan sejarah yang akan menghukum dan menilai baik atau buruk khidmat yang telah saya berikan.
Saya amat menghargai sokongan UMNO, orang  Melayu dan  Bumiputera dan rakyat Malaysia yang lain dan saya bersyukur  dan  berterima kasih kerananya.   Saya  juga pohon  ampun  dan  maaf terhadap segala  kesilapan  dan kesalahan  saya sepanjang saya berkhidmat  dalam  parti yang bertuah ini.
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah, yang telah memberkati  hamba-Nya  yang kerdil  ini.   Saya  berdoa kepada-Nya  supaya  memelihara  bangsa  hamba-Nya   ini daripada  sifat-sifat yang keji dan  menjadikan  mereka bangsa  yang  mulia dan berjaya, yang  mematuhi  segala ajaran agama suci Engkau, ajaran yang menyuruh berusaha bersungguh-sungguh memelihara dan memajukan bangsa  ini untuk  dijadikan contoh sebagai umat Islam yang  tunduk kepada segala perintah Engkau Ya Allah.  Amin
Dengan doa ini, saya dengan hati yang berat tetapi gembira, merasmikan Perhimpunan Agung UMNO yang  ke  54 ini"
Sumber : Pejabat Perdana Menteri 
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
la tak mampos lagi babi sekor ni
ReplyDelete