Jadilah Sahabat Kulaan...

SEWA

SEWA

TRIP

TRIP
PAKEJ TRIP KE KRABBI, HATYAI TERMURAH...

Sunday, 17 March 2013

Pewangi Udara Dari Taik Lembu???...


Tahi lembu berbau busuk dan hanya digunakan sebagai baja di negara kita. Di negara miskin tahi lembu digunakan sebagai mortar untuk membina rumah dan juga bahan api untuk memasak.

Di Indonesia dua orang pelajar sekolah menengah menemui cara terbaru untuk mengitar semula tahi lembu. Dwi Nailul Izzah dan Rintya Aprianti Miki mengalahkan 1000 peserta Indonesia Science Project Olympiad (Olimpiad Projek Sains Indonesia) dengan pewangi udara berasaskan tahi lembu ciptaan mereka.

Sungguhpun menggunakan tahi lembu, pewangi udara yang dicipta dua remaja ini mempunyai bau seperti rumput yang menyegarkan. Ianya juga mesra alam dan jauh lebih murah kerana tidak menggunakan bahan tambahan kimia seperti majoriti pewangi udara yang ada di pasaran sekarang.

Untuk menghasilkan pewangi udara ini, tahi lembu ditapaikan selama 3 hari. Kemudian air dari proses penapaian dikutip sebelum dicampurkan dengan air kelapa sebelum disuling secara berperingkat selama 7 hari. Air yang terhasil dari proses penyulingan ini akan berbau seperti rumput yang baru dipotong dan kini boleh digunakan sebagai pewangi udara.

Dwi Nailul Izzah dan Rintya Aprianti Miki akan mewakili Indonesia di International Environment Project Olympiad di Istanbul tahun ini. Mereka sedang dalam proses mendapatkan paten untuk rekaan mereka. Syabas keapda dua orang saintis muda ini.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The True Brothers

The True Brothers