Jadilah Sahabat Kulaan...

SEWA

SEWA

TRIP

TRIP
PAKEJ TRIP KE KRABBI, HATYAI TERMURAH...

Monday, 13 May 2013

Sketsa : Khas Buat Janda Muda Saja, Yang Lain Jangan Baca!!!!


Al-kisah….. ada seorang janda muda bergetah yang comel, cantik dan cute telah lama menjanda lepas kematian suaminya. Setelah bertahun menjanda, wanita cantik ini kesunyian dan memasang niat untuk kahwin sekali lagi. Memandangkan janda ni lawa, cantik, bergetah ramai la orang-orang kampung yang teringin berbinikan si janda ni.Untuk memudahkan orang kampong dan sebagai guideline untuk mereka yang berminat, maka si janda ni buat satu iklan mengenai syarat-syarat untuk menjadi suami dia:

Ada 3 syarat utama yang wajib dipenuhi oleh setiap calon:-

1- Orang tu mestilah bukan mata keranjang. Tak mudah tergoda dengan perempuan cantik yang lain.

2- Orang tu bukan kaki pukul isteri – kerana dia takut dengan berita2 semasa pasal suami pijak perut isteri, pukul isteri, belasah isteri… hish ngeri.

3- Orang tu mestilah mempunyai alat sulit yang perkasa. Hebat di ranjang.Setelah membuat iklan tersebut, maka ramailah jejaka/ orang tua/ anak muda yang mencuba nasib mengurat si janda ni.

Sampai 3 hari 3 malam orang beratur untuk ujibakat jadi suami dia. Namun tak ada satu pun yang menepati ketiga-tiga syarat yang diberikan. Ada yang kurang satu syarat, ada kurang 2 dan tak ada langsung ciri2 pun ada.Si janda semakin putus asa. Sehinggalah pada malam terakhir ujibakat, masih belum ada calon yang mempunyai ketiga-tiga kriteria tersebut.

Akhirnya bila semua calon sudah habis… janda tu pun masuk la ke bilik tidur dengan perasaan frust yang amat sangat.Baru dia nak tertidur tiba2-tibaterdengar ketukan di pintu rumahnya bertalu2… TOK! TOK! TOK! TOK! TOK! TOK!


Apabila Si Janda membuka pintu ada seorang lelaki berkerusi roda tanpa tangan dan kaki sedang menunggu di luar. Dia memakai spek mata hitam walaupun hari sudah malam…"Ya, apa saya boleh tolong encik?" tanya Si Janda tersebut penuh sopan."Saya datang nak ujibakat menjadi calon suami cik," jawab lelaki tersebut.Maka Janda muda tu terkejut lantas memandang lelaki kudung kaki dan tangan tu atas bawah, kemudian atas bawah lagi.Dengan perasaan kurang yakin si janda bertanya, "Adakah anda menepati ketiga-tiga syarat yang saya tetapkan?"

"Sudah tentu," jawab di lelaki kudung yakin. "Baiklah…. Kalau betul… cuba buktikan," kata janda muda tadi."Baiklah, syarat pertama. saya memang bukan mata keranjang sebab saya buta. Saya tak mungkin terliur tengok perempuan lain yang lebih cantik dari cik," jawab lelaki itu sambil membuka spek matanya.Janda tersebut berpuas hati lantas bertanya,"Bagaimana syarat yang ke-2?"

"Seperti yang cik nampak, saya kudung tangan dan kaki maka tidak ada kemungkinan langsung saya akan mengasari cik, apatah lagi memukul cik."Janda tersebut berpuas hati dengan jawapan lelaki kudung itu. Lantas sambil tersenyum dia bertanya,

"Baiklah, dengan keadaan awak yang macam ni sekarang, apa yang awak boleh buktikan mengenai syarat ke-3 tu?" tanya Si Janda dalam nada suara seperti mengejek.Si Kudung tersenyum sambil berkata…


"Cik fikirlah, saya kudung tangan dan kaki…. Jadi cuba cik fikir, saya mengetuk pintu rumah cik dengan kuat tadi menggunakan apa?? Hehehehehee"Terpengsan terus janda tersebut mendengar jawapan Si Kudung tadi… 
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.









1 comment:

  1. KAH KAH KAH KAH KAH.....

    Memang lawak giler citer ni. Thanks for sharing.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The True Brothers

The True Brothers