Seorang bapa di China yang dikenali sebagai Chen tergamak menghempas anaknya yang berusia satu tahun ke lantai selepas dikatakan berang bergaduh dengan isterinya melalui perbualan di telefon bimbit.
Menurut laporan doktor, kanak-kanak malang itu mengalami kecederaan yang serius di mana tengkoraknya retak, bengkak otak dan pendarahan serius di bahagian muka.
Buat masa ini, budak itu dilaporkan masih berada dalam keadaan kritikal dan tidak sedarkan diri.
Bapa durjana itu telah berjaya ditahan oleh pihak polis dan menurut sumber lagi, tiga hari sebelum kejadian itu berlaku, Chen terlibat dalam satu lagi kes di mana dia didakwa mencederakan isterinya dengan pisau selepas bertengkar.
Hmm, ke mana hilangnya akal kewarasan seorang manusia normal apabila sesuka hati menghempas anak kandung sendiri ke lantai seperti budak itu tidak bernyawa pula kan..
Harapnya, kanak-kanak itu akan melepasi tahap kritikal dan kembali stabil seperti biasa.
No comments:
Post a Comment