Siapa tak kenal dengan BTN atau nama panjangnya Biro Tata Negara sebuah agensi yang ditubuhkan oleh kerajaan di bawah Jabatan Perdana Menteri. BTN yang ditubuhkan pada 1981 untuk melaksanakan program yang menepati objektif utama iaitu memupuk semangat patriotisme, membina sikap berteraskan nilai murni dan penghayatan cintakan negara di kalangan warga negara.
KN rasa cukup setakat itu intro pasal BTN, kalo anda nak tahu lebih detail eloklah google sendiri. Cuma apa yang KN nak "highlight" kan di sini adalah persoalan apakah Kapten ini masih releven lagi mengemudi kapal BTN agar peranan BTN tidak lari dari peranannya mendokrin rakyat Malaysia agar sayangkan negara terutama kaum cina yang KN lihat sudah lain benar peel bangsa ni. Ini dibuktikan lagi semasa PRU13 yang lepas.
KN nampak BTN kini tidak lagi segarang peranannya sekarang mungkin kerana Kapten kapal terbang yang diambil untuk mengemudi kapal laut. Dah tentu cara atas angin dengan cara atas air jauh berbeza. Hasilnya kapal BTN terus terumbang-ambing. Tambahan pula wujud pemberontakan anak kapal dan kelasi yang tidak puas hati dengan corak kemudi Kapten kapal yang tak tahu tapi berlagak macam tahu semuanya.
Itu belum campur lagi dengan sikap ego dan bongkak seperti nakhoda Tanggang dalam hikayat lama serta keras kepala Kapten kapal yang tak reti ikut arah angin. Orang lain belayar ikut arah angin monsun, dia belayar ikut kepala angin dia. Sebab tu anak kapal berterabur pening. Masa dan saatnya sudah tiba untuk Sultan negeri pertimbangkan agar Kapten kapal yang dok cakap tak berenti masa wawancara ni digantikan dengan kapten baru.
Sultan dan Pak Menteri yang berkaitan perlu melihat ini sebagai sesuatu yang serius sebab kalo tidak kena gaya dan salah membuat percaturan, sebuah kapal perang yang gagah perkosa bakal tenggelam dek masalah dalam yang tidak pernah selesai.
Elok sangat ler Kapten kapal bergelar Raja yang mungkin berketurunan keSultanan ini diturunkan ke darat atau hantar saja ke pulau tidak berpenghuni.
Rujuk saja kitab-kitab lama cerita pasal Kapten berketurunan Raja ini :
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Assalamualaikum, saya salah saorang daripada peserta kumpulan pertama kursus BTN 1973 di pertak kkb. utk mengembalikan btn kpd perjuangan teras membina bangsa dan utk meneutraliskan keangkuhan KP dan teamnya yg anwarinas saya cadangkan/sarankan timb. menteri menubuhkan alumni peserta kursus dan k.tangan btn sejak 1973
ReplyDeletesekian ikhlas dari saya