lain macam jer ushar tu... 20 tahun penjara 20 kali sebatan ooooo |
Pagi tadi sedang enak gua menikmati hidangan bekpes kat Mamak Saadiah Presint 8 sambil melayari dunia internet melihat cerita-cerita terkini dunia politik di blog-blog Pro BN, tetiba mata gua tertarik dengan satu tulisan daripada blog sangkakalajari9.blogspot.com mengenai satu artikel berkaitan dengan nama Khairun Aseh.
Gua tak kenal sangat mamat nie secara peribadi. Yang gua tau dia pernah jadi Ketua Pemuda Putrajaya suatu ketika dulu. Tapi dia memang terkenal sebagai Exco Pemuda Malaysia yang suka bawak balik rakyat Malaysia dari Lombok. Yang gua tau bapak dia sekarang nie Presiden Perbadanan Putrajaya. Lubuk masyuk tu. Sekarang bakal menjadi Setpol (Setiausaha Politik) kepada PM plak. Ada plak ura-ura mamat nie berminat mengintai untuk bertanding jawatan Ketua Pemuda Putrajaya sebab dia masih ada umur sedangkan tiga exco lain dah monopous.
Korang baca ler cerita penuh Sangkakalajari9 kat bawah nie...
Sangkakala baca dari satu blog petang ni tadi dalam dalam blog tersebut ada mengatakan bahawa Setiausaha Politik Yang Amat Berhormat Datuk Seri Najib akan didesak untuk melepaskan jawatan dan desakan ini akan dilakukan secara besar besaran oleh media arus perdana dan dengar khabar juga beberapa ahli majlis tertinggi menyokong tindakan tersebut.
Alies Nor yang dikatakan bertanggungjawab dalam memilih calon calon pilihanraya kali ini dilihat telah gagal untuk memeberikan satu nasihat yang berguna kepada Datuk Seri Najib dan dengan itu juga, ramai dikalangan pemimpin Barisan Nasional sudah memulakan gerakan supaya beliau disingkirkan.
Apa pula kata Datuk Rauf Yusoh yang dikatakan sebagai salah seorang yang berasa kurang selesa apabila gerakan ini dilakukan dan ada kemungkinan tempias daripada apa yang terjadi keatas Alies Nor sedikit sebanyak akan terpercik kepada beliau.
Berita selanjutnya disini Gandasari Merdeka
Kini kita beralih pula kepada Datuk Khairun Aseh anak kepada Tan Sri Aseh Che Mat yang merupakan Presiden Perbadanan Putrajaya, Datuk Khairun pula dikatakan akan dilantik sebagai Setiausaha Politik Perdana Menteri, aduhh..keluar mulut buaya masuk mulut naga nampaknya kali ni.
Ada juga dalam sebuah laman blog bercerita tentang anak kepada Tan Sri Aseh ni yang dikatakan mempunyai kekayaan yang luarbiasa dan ada juga dikhabarkan bahawa ianya diperolehi semasa Tan Sri Aseh menjadi Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri dulu dan selama menjadi Presiden Perbadanan Putrajaya.
Baca sini prokhairun
Kalau betul cerita ni memang le hebat Datuk Khairun ni, nampak sahaja lembut tapi rupanya kasar juga.
Ada desas desus yang mengatakan Datuk Khairun akan bertanding sebagai Ketua Pemuda Bahagian Putrajaya, wahhh..hebat la kalau macam tu, tapi setahu Sangkakala beliau tidak terlibat dalam kempen pilihanraya semasa Setiausaha Agung UMNO bertanding sebagai ahli parlimen Putrajaya yang di tentang oleh Naib Presiden PAS Husam Musa dalam PRU yang lepas.
Perkara ini Sangkakala dapat tahu daripada jentera Putrajaya sendiri, mereka rata rata mengatakan bahawa Datuk Khairun tidak turun membantu dalam kempen tersebut, alih alih nak bertanding Ketua Pemuda Bahagian?
Ishhh..takkan dah menang Datuk Seri Tengku Adnan baru le nak tunjuk muka semata mata nak bertanding ketua pemuda, nak tambah aset yang ada ke?
Sangkakala rasa cukup dulu sampai disini dulu buat masa ni, nanti Sangkakala akan sambung lagi, sebab nak buat risikan sikit pasal Datuk Khairun, sebab bagi Sangkakala kalau nak cari bakal pemimpin biarlah yang ada kebolehan untuk memimpin, kalau tak nampak tokoh kepimpinan baik suruh dia belajar dulu.
Perlu diingat, sifat kepimpinan ini bukan mampu diwarisi atau diwariskan oleh semua orang, cuma ada segelintir sahaja yang mampu berbuat demikian. -sangkakalajari9-
orang umno nie memalukan jer dari dulu sampai hari ini jawatan jer yang disebokkannya bukannya sebok macamana nak pulihkan dan tarik anak muda masuk umno ... khaikk ptuiiii memang sueyyyy laaa ..
ReplyDeleteSiapapun boleh. Yang lama tukar yang baru. Lihat sahaja hasilnya. Nak meroyan pe hal plak. Ganti siapa sahaja pasti ada yang berbunyi. Jika tidak bagus..buat desakkan untuk ditukar. Bukan susah sangat pun.
ReplyDeletemari belajar bahasa pasar ... cina stail ...
ReplyDeletemelayu kata mari ... cina kata mali ...
melayu kata almari ... cina kata almali ...
melayu kata pergi ... cina kata pelegi ...
melayu kata perigi ... cina kata peligi ...
semua orang tahu bahkan budak tadika pun tahu cina amat susah nak sebut huruf r ... bahkan huruf r tiada dalam sebutan mereka ... er meleka ...
kenapa aku tulis perkara ini?
cuba tengok ... cina tulis nama najib sebagai ... ah jib gor ... nama cina tidak ada "gor" ... tetapi goh memang ada ...
kenapa cina perlu tulis "gor"?
sedangkan cina tidak dapat menyebut "gor" ...
jadi apabila cina tulis Ah Jib Gor ... apa yang cina akan sebut ...
tidakkah cina akan menyebutnya sebagai "Ah Jib Go ..."
go ... a gogo ...
hem ... go dalam bahasa inggeris maknanya pergi ... er pelegi ...
semasa cina menyebut "Ah Jib Go", dalam hatinya berkata, "Ah Jib pelegi"
Ini bermakna semasa mereka memberi nama "Ah Jib Go" kepada Najib memang terpendam hasrat mereka yang tersembunyi iaitu "Ah Jib pelegi" ... yang membawa maksud "Ah Jib pergi" ...
Pergi kemana kamu Ah Jib ... Pergi dari persada politik kerana kami (cina) dah menolak kamu ah jib ... tak percaya? ... Ah Jib Go ... heh heh heh ...
penasihat ah jib go?
apa dia buat?
dia balun 25% dari Najib ... dia bodek Najib ... dia kata Cina suka sama Najib ... sampai sanggup memberi nama cina kepada Najib ...
kemudian dia balun 25% dari cina ... dia bodek cina ... dia kata najib dah setuju dengan nama ... "Ah Jib Go" ... er "Ah Jib Pelegi" ... er "Ah Jib pergi ..." itu Ah Jib sudah setuju mau pergi ... jadi semua cina tak perlu undi najib ... tapi tunjukan sokongan kepada najib dengan menyebut ... "Ah Jib Go ..." dan semua mesti datang ke majlis najib ramai-ramai kerana "Ah Jib dah nak pergi ..."