Satu akaun Facebook dengan nama Rejimen Anarki (RA) dikesan di laman sosial itu menghina Raja-Raja Melayu dengan memanggil mereka sembilan ekor berhala sultan.
Terdapat dua perbuatan melampau individu itu dikesan dengan menggunakan status Facebook dan menghasilkan poster untuk menyuarakan penghinaanya.
Dia menghina kesemua sembilan sultan di Malaysia tetapi penghinaan lebih lagi diberikan kepada Sultan Johor, penulis rasa individu yang tidak bertanggungjawab ini adalah orang Johor rasanya.
Dalam status Facebooknya, RA menghina melalui statusnya yang berbunyi :-
STATUS REJIMEN ANARKI
Bila harga minyak naik, harga barang pun ikut naik dan rakyat kena hadapi semua kesusahan ini. Dalam masa sama, Sultan dan menteri hidup kaya raya, semua benda free dan membazir duit rakyat, Adakah ini adil untuk rakyat? Perkara paling malang di Malaysia adalah memiliki sembilan 'ekor berhala'sultan yang kesemuanya tidak layak dipanggil pemimpin, hipokrit dan menyusahkan rakyat.
Pada akhir statusnya RA menyatakan, "Sultan menyusahkan hidup rakyat, Malaysia tak perlu ada Sultan,". Petikan status itu dipetik daripada entri ohpolitik.blogspot.com pada 3 September lepas dengan gambar RA menunjukkan dua orang lelaki teramasuk Adam Adli memegang bendera Sang Saka Malaya.
HINA GUNA POSTER
Penghinaan kedua dari individu yang sama dikesan dengan penghasilan poster disertakan dengan foto Sultan Johor Sultan Ibrahim dengan anaknya Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Idris sebagai gambar utama di poster berkenaan.
Poster berkenaan dihasilkan dengan tema Jika Malaysia Tanpa 9 Orang Berhala Sultan, berbilion ringgit dapat dijimatkan setiap tahun.
Poster berkenaan dipaparkan di laman blog Azmy Awang Kelana Jaya (AAKJ) dalam entri beliau semalam.
Menurut AAKJ, beliau sentiasa memerhatikan gelagat si RA dan ini bukan kali pertama RA membuat status atau kenyataan menghina Raja-Raja Melayu melalui laman Facebooknya itu.
Oleh itu, pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia diminta menyiasat segera perkara ini dan mengambil tindakan segera kepada penghina terang-terangan Raja-Raja Melayu ini.
Jika di negara jiran Thailand, pesalah yang menghina Raja Thailand akan dikenakan hukuman penjara maksium 10 tahun manakal di Indonesia, jika didapati bersalah menghina bendera Indonesia pesalah boleh didenda sehingga RM150,000 atau penjara selama lima tahun.
Sumber : MyNewsHub
PDRM, SKMM, KDN sila ambil tindakan cantas pemilik Rejimen Anarki ini. Dah lama jadi barah membusuk tapi tak da tindakan langsung. Masih khayal dengan jamuan raya ka?
ReplyDeletetido bro... sbb tu rakyat meluatt..
ReplyDelete