CALIFORNIA – Seorang lelaki `gila' telah dihadapkan di mahkamah atas tuduhan mengheret dan merogol seekor anjing berulang kali.
Aksi jijik Christopher Alexander Caceres, 22, dari San Pedro, telah dirakamkan oleh kamera pengawasan CCTV yang dipasang oleh pemilik anjing berkenaan.
Dia didakwa melakukan perbuatan terkutuk itu ke atas anjing tersebut selama beberapa jam.
Caceres ditangkap ketika sedang dia merompak dan dibebaskan dengan ikat jamin $50,000.
Ketika kejadian, pemilik anjing berkenaan sedang tidur di dalam rumahnya dan kejadian itu berlaku di halaman rumahnya.
"Ia merupakan perbuatan jijik dan tidak berperikemanusiaan. Saya tidak pernah menyangka perkara seperti ini akan berlaku.
"Saya kenal dengan neneknya dan dia juga mempunyai tiga ekor anjing,'' kata pemilik anjing terbabit.
Menurut pemilik terbabit, beberapa minggu lalu dia mendengar bunyi anjing menyalak, dan salakan itu berbeza dari hari biasa.
Bunyi yang sama juga kedengaran beberapa minggu lalu dan kali ini pemilik anjing itu menemui telefon bimbit, manakala pintu pagarnya pula terbuka.
Susulan itu, dia telah memasang kamera CCTV untuk menyiasat bunyi pelik itu.
"Selepas menemui bulu anjing di atas tanah, saya terus melihat kamera itu dan menyaksikan kejadian menjijikkan itu.
"Dalam video itu, suspek telah masuk ke dalam halaman rumah saya dan memberi sesuatu kepada anjing itu. Binatang tersebut tidak menyalak kerana mengenali mangsa dan nampaknya anjing saya gembira bertemu dengannya,'' katanya.
Pemilik anjing tersebut kemudiannya melihat aksi menjijikkan itu dan menyaksikan bagaimana anjing peliharaannya cuba melepaskan diri.
Ia berlaku selama dua jam dan berakhir hingga jam 4 pagi.
Anjing itu kemudiannya dibawa ke doktor haiwan dan selepas alat pengesan rogol dilakukan, anjing itu didapati menjadi mangsa serangan seks berulang kali.
"Doktor tersebut memberitahu kejadian itu pernah berlaku sebelum ini dan demi keselamatan anjing saya, dia menasihatkan agar laporan polis dibuat,'' kata pemilik anjing terbabit.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
No comments:
Post a Comment