Pilihanraya kampus kini menjelma kembali setelah setahun berlalu dan sudah tentu tumpuan pasti diberikan kepada universiti panas seperti Universiti Malaya (UM) kerana ia adalah universiti tertua yang mempunyai siknifikannya tersendiri dengan senario politik negara.
Tahun 2012 menyaksikan satu drama yang menarik apabila 43 kerusi dipertandingkan dengan Pro-Aspirasi menang tipis 21 kerusi berbanding Pro-Mahasiswa memenangi 20 kerusi manakala 2 kerusi dimenangi oleh wakil Fakulti Undang-undang yang sudah diketahui bersifat neutral tanpa memihak ke mana-mana kumpulan.
UM yang sebelum ini memang dikenali sebagai sebuah universiti pro pembangkang apabila sejak beberapa tahun kebelakangan ini dimenangi wakil pelajar pro pembangkang yang dikenali sebagai Pro Mahasiswa kononnya tapi adalah alat kepada parti pembangkang yang akhirnya tewas kepada kumpulan yang memang mewakili suara mahasiswa iaitu Pro Aspirasi.
Tambahan pula penggal 2012-2013 ini sedikit panas di UM kerana PRK kebetulan sebelum PRU13 yang sedikit sebanyak mempengaruhi semangat dan sentimen mahasiswa di UM. Namun, kini PRU13 sudah lepas dan hasil pemerhatian suasana hari berkempen yang bermula hari ini sedikit hambar dan lesu.
Semalam adalah hari pencalonan wakil-wakil mahasiswa yang bakal bertanding mengisi jawatan sebagai wakil pelajar di fakulti dan peringkat kolej. Hasil temubual dengan beberapa koresponden memperlihatkan pelajar dan mahasiswa UM telah mula selesa dengan kepimpinan Pro Aspirasi yang dilihat berkesan sejak memimpin setahun yang lalu dengan program dan aktiviti yang mantap sesuai dengan selera mahasiswa.
Apa pun berbaki dua hari untuk berkempen dan hari Khamis ini adalah hari pembuangan undi, apa-apa pun boleh berlaku. Tambahan pula umum sudah mengetahui dengan karektor Pro Mahasiswa yang dipengaruhi cara dan sikap pembangkang yang sanggup melakukan apa saja asal dapat memenuhi matlamat.
Oleh itu selamat berkempen diucapkan kepada calon-calon yang bertanding dan berkempenlah secara harmoni dan berhemah.
No comments:
Post a Comment