Jadilah Sahabat Kulaan...

SEWA

SEWA

TRIP

TRIP
PAKEJ TRIP KE KRABBI, HATYAI TERMURAH...

Tuesday, 28 January 2014

Betul Ker Pengerusi BMB @ibdil Mintak Bajet Nak Bayar Blogger???? @NajibRazak @KhairyKJ


Hari ni 28hb Jan 2014, lagi 2 hari dah masuk bulan 2 atau bulan Februari maka habis dah sebulan dalam kalender 2014. Dengar kata Ibdil sebagai Pengerusi Biro Media Baru (BMB) Pergerakan Pemuda Umno Malaysia  sewaktu gua sempat bertemu dengan beliau depan tandas sebelah Riverside semasa Perhimpunan Umno tahun lepas beliau akan memulakan kerja-kerja media baru ini bermula bulan Januari 2014. Sebagai berlaku adil gua pun perhatikan jer apa yang berlaku di media sosial dan di alam maya pasal politik semasa negara.

Sejak awal tahun kerajaan dilanda terutamanya pentadbiran dihentam kiri-kanan sama ada dari pihak pembangkang mahupun dari penyokong kerajaan sendiri dengan pelbagai isu seperti kenaikan harga hinggalah ke isu PM dengan kangkung. Dan hari ini isu panas hentaman beberapa blogger berbayar Tun Daim yang balun kepimpinan PM hinggalah hari ini negara dikejutkan dengan perletakan jawatan Adun Kajang bagi memberi laluan Anwar Ibrahim bertanding seterusnya meneruskan misi beliau untuk menjadi Menteri Besar Selangor setelah kecewa tak dapat jadi Perdana Menteri Malaysia masa PRU lepas.

Sepanjang dari lepas PAU sehingga sekarang gua belum nampak sebarang gerakan di media sosial melainkan ada satu perjumpaan dengan blogger yang dijemput di NZ Garden. Itu pun tak berapa kerat yang datang. Line-up BMB pun masih tidak diketahui. Mungkin ini taktikal konon dengan merahsiakan line-up. Ikut ko la bedil. Selain itu tak nampak apa peranan yang dimainkan Biro Media Baru selain updating instagram Pengerusi BMB yang xda kaitan langsung dengan politik. Bahkan lebih teruk, tiada langsung kenyataan sama ada di nlog beliau (ada ker update posting) atau di twitter beliau secara agresif menjawab tohmahan dan fitnah pembangkang.

Dalam kekalutan begitu banyak isu gua ada dengar khabar-khabar angin kata Ibdil sudah berjumpa dengan PM bagi menyampaikan hasrat memohon bantuan senjata dan peluru untuk diberikan kepada pengamal media seperti blogger dan facebooker untuk berperang. Ala..... korang ni tanya gua plak senjata apa peluru apa... bantuan gajet ngan kewangan la nak bayar kat blogger. Jumlah yang diminta juga dengarnya agak besar dengan tujuan digunakan bagi membayar cybertroopers tapi berapa jumlah sebenar tidak pulak di bawa oleh angin yang memberi perkhabaran tersebut.

Wah! Nak bayar blogger jugak ker. Kata hari tu beliau nak bawak demensi baru dalam war game of cywar dengan pembangkang dengan mengajak pengamal media sosial pro kerajaan agar mengurangkan sehingga 50% berpolitik dan TIDAK AKAN MEMBAYAR pengamal media seperti blogger. Kalo dah tak nak bayar habis tu pi mintak berkoyan-koyan tu buat apa. Nak masuk tembolok sendiri ker or nak buat belanja "spending for lifestyle".

PRK Kajang dah dekat bro, dah kumpul ker bala tentera dan komando untuk bertempur bukan kecik-kecik anak ni yang nak bertanding kat kerusi tu. Yang kita nak berperang nie level bapak jeneral pembangkang Ketua Umum yang jawatannya tak payah penat nak bertanding pakai lantik jer. Dah ada "game plan" ker nak "defuse" fitnah pakatan nanti. Dah plan ker "end game" nak lawan macai-macai pakatan nie. Ker masih "lena di ulit intan" bak kata lagu Wings.

p/s : gua bukan balun lu bro... gua nak tanya jer... kalo ada jawapan... boleh jawab kat blog lu sendiri or kat ruangan komen gua yang gua tak sensored pun.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The True Brothers

The True Brothers